Blog Masih Relevan Ka?

by Alia Farhan, 10:55 PM

 Assalamualaikum,

Kadang-kadang terlintas juga di minda ni, blog ni masih relevan ka tak ya? Ada lagi ka maknusia rajin baca blog ya? Sebab kalau perasan sekarang ni more to trend video...so banyak la influencers yang lahir di tiktok dan ig. Tak kurang juga bloggers pun banyak da switch to ig sebab view dekat blog pun makin lama makin sendu.




To be honest, memang view dekat  blog kebelakangan ni sendu gila. Dulu pun sendu juga la tapi lani lagi senduuuuuuuuuuuuuuu lahaiiii. Aku pun enjoy most of my time di Instagram sebab dekat situ aku boleh layan gmabr-gambar cantik and reels video yang best-best. Tiktok pun video kalau kena genre memang best ya. And lagi satu aku memang suka tengok and layan vlog aesthtetic Korean vloggers dekat Youtube tu. Eh macam best pulak ya tengok idup orang ya. 

So berbalik kepada tajuk post ni, blog ni masih relevan ke dak? Kalau untuk kekal di carian Google, yes memang blog ni sentiasa relevan selagi adanya Google di dunia ni. Tak dinafikan, untuk clients yang nak keputusan yang cepat, diorang akan prefer medium social media macam ig, fb, or tiktok ka. Dekat sana clients pun akan prefer pilih people with high followers and high engagement kan. So traget dia memang nak fast results. Nak-nak sekarang ni orang suka tengok video lawak-lawak ka cantik-cantikk. So memang diorang nak orang yang boleh buat content-content menarik macam tu?

So betul la blog ni dah tak relevan? For me, YES and NO. Yes sebab dah outdated jugak. The trends in reading online is declining. Tapi people still do some study on travelling, food hunting by googling and this will lead to blogs.  And macam kalau nak pi ke mana-mana ka, people will still googling, kalau tiktok tu yes memang la keluar tapi kalau aku rasa tak puas dengan ke- tak -detail-an review tu. I want more feel and elobration ok. hahahah typical blogger. Budak-budak zaman sekarang ni kita kena akui memang malas membaca. Tapi asyik la dengan tiktok nya.



As for me pulak, mood blogging aku ni sentiasa turun naik. Ada time memang malas meguasai diri lepas tu bila tengok pv sendu sekarang ni lagi la makin rasa down. Tapi takpa lah, i stil blogging because this is the way i express my feeling, i share what i love. Sendu tak sendu belakang kira la kan. Yang penting, kita buat kita happy. And selain tu, kita pun kena la follow the trend. Kalau rasa boleh buat content and sharing di instagram, buat ja. Kalau rasa best buat di tiktok, buat ja. It is nothing wrong pun to explore more social media. Belajar buat content menarik is a process of learning.

Paling bagus, setiap pagi bangun dengan semangat untuk learning new things in life. Kadang-kadang kita rasa post or content tu biasa-biasa ja bagi kita, tapi amat bermkana untuk orang lain. So relevan atau tak, bergantung kepada kita. We might think what we are doing useless sometimes, but sometimes it can help others at the same time. So, just go with the flow ja.



SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Dah ramai juga yang meninggalkan blog dan beralih ke media lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul wak... Biasa la trend da berubah skrg ni kan

      Delete
  2. kalau ammi, masih suka membaca blog sbb ammi sejenis tak gemar tgk video panjang-panjang. kalau pendek ok lagi. prefer membaca kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka tgk reels video lawa2 tu.. Kdg2 suka gak melayan video kt utube sambil lipat2 kain kt rumah

      Delete
  3. Dah ramai yg tinggalkan blogging.. tapi tu lah, om tetap dengan blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe... Sama la kita. Tpi tetap nk upgrade ke social media yg lain

      Delete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS