Positive Covid , Kekal Tenang

by Alia Farhan, 10:03 PM

 Assalamualaikum 

Rasanya sekarang ni sana sini kawan2 kit or ahli family kit positive covid kan..tanbah2 musim omicron ni..sat ja da spread merata2. Aku la salah sorang nya yg dapat dari suami..suami pulaj dapat dari kawan..:nasib anak2 negative sepanjang tempoh kami berdua positive hari tu..memang kuasa Allah kan…padahal kuarantin pun macam tak kuarantin sangat pun kalau dah nama pun kuarantin dalam rumah ni..Tmbah2 dua2  beradik tu memang manja dengan kami berdua.




 Bila dapat ja tau suami positive hari tu memang terus kekal tenang and suruh dia berehat ja dalam bilik kat belakang tu. Tapi bila da wife pun positive..nak taknak dua2 kena take part untuk help each other. Masa hari pertama kena tu memang aku ada demam and sakit badan sikit. Memang terasa la sendi semua tu sakit. Tapi Alhamdulillah hari kedua tu dah ok dah cuma sakit tekak and batuk2 la. And start si kakak pulak demam..tapi bila check negative…sama juga dengan si adik..dua2 pun negative sepanjang tempoh kuarantin.




Kalau orang tanya aku masa kena Covid apa korang buat untuk bagi cepat baik…nak bagi tips pun xtau sebab ktorg memang time positive tu…kena pikiaq positive jugak la walaupun the only positive thing yg orang takmau adalah Covid and HIV kan… 

Tips dia time makan kena makan…walaupun tak lalu..kena paksa diri unuk makan…sebab badan kita tengah duk fight dengan virus and tengah nak recover kan…so kita kena lawan perasaan gloomy tu. Lagipun simptom kami pun xteruk, Alhamdulillah Allah dorong untuk berikhtiar dengan amik vaksin as first line protection kan..so masa kena tu awal2 tu categori 2a and hari ketiga tu dah masuk stage 1 dah.




Wajib ada


Antara ikhtiar lain yang kami laki bini amalkan : 

Amik vitamin C ( sampai overdose)

Minum air kelapa pandan

Air lemon+ madu

Spray betadine dekat tekak

Amik panadol bila rasa nak demam and sakit badan

Ambil ubat selsema sebab memang ada selsema juga time tu

Spray Dettol from time to time to sanatize

Pakai mask setiap masa dalam rumah( kami nak protect anak2 kami)

Sentiasa check level SPO2 dengan  oxymeter(penting ya..beli oxymeter yg berkualiti ok..invest sikit untuk musim2 ni)


Ni sangat bagus ya..kalau start sakit tekak tu..sila la spray benda alah ni..masa aku kena influenza n kena tahan dekat Gleneagles tu memang dr bagi ni untuk spray n kurangkan sakit tekak.


Untuk anak-anak kami:

Kami bagi high dosage of vitamin C untuk kuatkan sistem immune depa dua

Pakai mask sepanjang masa

Asingkan bilik air diorang dua dari kami

Bagi makan benda-benda yang boleh tingkatkan imuniti badan depa dua beradik. 

Sapu diluted thieves dekat pergelangan tangan depa

Sentiasa suruh diorang minum air yang banyak untuk kekal bertenaga.

Check SPO2 level jugak sehari dua kali walaupun check negative..in case we never know kan🥲

Alhamdulillah hari ke 5 macam tu double line yang bawah tu dah start samar2..And hari ke enam tu dah negative…syukur Ya Allah.

Sekarang pun SOP sentiasa duk update sebab varian yang Omicron ni memang cepat menular tapi simptom dia masih mild untuk orang2 yang da vaksin…so d vaccine do works…Alhamdulillah atas sebab kami laki bini terkena Covid ni la kami amik keputisan untuk vaksinkan anak2 kami secepat mungkin sebab kami takut post/long covid effect😢 .  bagi kami…kami ikhtiar dengan bagi vaksin kepada anak2 kami dan selebihnya kami serahkan dekat Allah. 

Post covid dekat aku pun hari tu kepala cepat sakit. Asal naik kereta duk kat seat co pilot ja mesti akan pening.:sakit kepala n nak muntah.. kemuncaknya masa jjcm dekat Gurun hari tu lepas kuarantin aku pening teruk masa otw balik ke Penang..sampai2 rumah terus muntah2 n cirit birit satu malam. Lepas2 tu baru la naik kereta da tak pening2 n da  xsakit kepala dah.. teruk betul penangan kena Covid ni.

Alhamdulillah sekarang makin sihat. Vitamin C memang jadi amalan kami satu family untuk kuatkan immunity badan kami semua.


Muka lepas kena Covid pun helok sebab overdose vitamin C..memang regime kecantikan kulit betul lah


Komen aku pasal Omicron ni..dia memang cepat merebak tapi mild simptom untuk kita2 yang da vaksin ni.Mungkin akan demam 2-3 hari lepas tu dah ok. Macam aku..aku tak demam..aku cuma sakit2 badan masa hari 1st tu..lepas tu ok..cuma sakit tekak skit la. Kalau compared omicron dengan Influenza B yang aku kena dulu..influenza tu lagi sakit..nak bernafas payah tercungap2 cari udara..mintak nyawa wei..time tu mana tau SPO2 oxymeter tu apa wei. Memang mintak nyawa betul. Kalau ikut Omicron ni mmg mild ja.

And aku rasa kita dengan varians Omicron ni da masuk fasa endemic dah. Dah macam flu mcm influenza semua tu gak. Cuma tu la kita kalau da positive tu kena la declare jangan la gatai2 duk keluaq melewaq buat mcm xdak apa2 pulak kan. 

Apapun jaga diri baik2 bagi kawan2 yg diduga dengan Covid ni…May Allah ease everything u are facing now ❤️❤️❤️ Take care


Xoxo,

❤️ Alia





SHARE 1 comment

Add your comment

  1. alhamdulillah kak alia dah recover...semua org tak akan sangka kena covid sebab sekarang ada yg takdak simptom langsung bila kena..stay safe..

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS