Rindu Melaka!!!!

in , by Alia Farhan, 9:00 AM

 Sumpah Rindu Melaka

 

Bulan 12 hari tu masa aku balik dari JB lepas bercuti ke Legoland tu.. Kami ada singgah bermalam di Melaka. Dekat area Bandar Hilir tu. Sampai pun da malam dah. Tapi nasib la sempat singgah makan dekat Pak Putra kan. Pak Putra ni memang port favourite aku dengan laki aku dari zaman bercinta lagi. Sedap roti nan dia wei!





Hey Banda Hilir.. I miss u.. Dapat stay semalam hari tu dah terubat rindu aku ni!

Ni la kawasan aku menghabiskan masa diploma dan degree. Resort apa kat bawah sekali tu ya... Resort baru tu.. Sebab masa kami duk dulu xda lagi. 


Aku  ni rindu Melaka bukan sebab apa… ya lah.. Dekat Melaka tu kira dekat 6 tahun jugak la aku duk dekat Melaka. Dari zaman diploma dekat UniKL-MICET tu sampai sambung ke degree kan.. Kira-kira dekat jugak la enam tahun. Kalau kawasan yang aku belajar dulu tu dah dekat sempadan Melaka-Negeri Sembilan sebab dekat Alor Gajah-Naning. So kawasan ni macam kampung-kampung sikit la kan… but I trully enjoy staying there. Seronok sebab orang-orang kampung dekat situ baik-baik. Kalau tau student yang makan dekat kedai dia selaku nanti dapat murah ja.

 

Banyak la kenangan-kenangan yang tak dapat aku lupakan masa stay dekat sana dulu. Selaku antara batch terawal dekat UniKL MICET tu.. Of course la aku adapat tengok how tempat yang aku stay for quite a long time tu develop and grow kan. Ada satu time tu dulu-dulu aku dengan kawan-kawan aku.. Time tu fames la dengan Akademi Fantasia ka apa ntah… tapi aku ni pulak jenis tak melayan menda-menda macam tu… tapi aku join la jugak diorang-diorang ni pergi lepak dekat warung ni dekat railway  tu.. Sebab nak makan punya pasal… Railway tu sekarang pun dah ada fly over lalu kot atas dah. Punya la dah lain. Dah lain benerrrr Melaka sekarang ni.

Kalau dekat Melaka ni… of course variety untuk hang pilih Hotel tu terbentang seluas-luasnya. akap la nak jenis hotel yang ala-ala servis apartment ka… yang boutique hotel ka yang macam mana ka.. Nescaya berlambak-lambak hampa boleh pilih. Even dekat tempat aku study dulu dekat Alor Gajah tu ada hotel yang well known jugak macam A Famosa Resort. Sini dulu-dulu ada la jugak kawan-kawan aku sewa apartment dekat dalam ni kes hostel penuh and kami kena merempat duduk dekat luaq. Hahahha.. Kenangan sangat. Tapi aku tak la.. Geng-geng aku duduk rumah kos rendah ja… marhaen kata kan…

Tapi tu la.. Kalau weekend tu memang tak pernah lekat di hostel or rumah sewa. Ada ja keluar berjalan-jalan dekat Melaka tu. Selalunya kalau Melaka ni refer to kawasan Bandar Hilir.. Kalau kitaorang lah.. Duk kat Alor Gajah.. Weiii jommm keluaq pi Melaka weiiii… kalau orang xtau mesti macam eh apahal da duk Melaka nak pi Melaka lagi kan. Of course la banyak gila port.. Dekat Jusco Bukit Beruang la.. Dataran Pahlawan la Mahkota Parade la.. Tu yang Jusco baru tapi tak baru tu lupa dah nama tempat tu ha.. Dekat situ-situ pun jadi port jugak tu.

Bila dah tak stay dekat Melaka.. Memang aku akan ajak la jugak husband aku jalan-jalan Melaka to reminiscing the good old days kan. Rindu la kan. Enam tahun stay dekat sana. Takkan la tak leave foot prints to my heart kan. Kalau ikutkan tahun lepas 2020..ada alumni day… supposedly dalam bulan 3 macam tu.. Before Covid 19 hit world wide and averything we plan need to be callee off. Sob sob sob.. Sedih sangat sebab tak jadi. Plannya nak bertemu with my bikui sisters and we planned to rent a villa at A Famosa Resort dah pun. Tapi terpaksa la cancel. But it’s OK… Harap-harap in future dapat la reunion dengan Bikui’s Sister sekat Melaka. Last time Reunion dekat Perth. Kali ni kita reunion dekat Melaka dulu la kot kan. Harap-harap time tu Covid 19 pun dah gone. Boleh booking Hotel Melaka yang best-best. Dah banyak hotel yang duk survey-survey and dalam list untuk cuba kalau ke Melaka nanti.

Aku pun ada quite few numbers of Hotel Melaka yang aku pernah stay. Selalunya kalau ke Melaka aku dengan husband akan pilih ikut lokasi la kan. Selalunya tak akan stay hotel yang sama.. Sebab prefer nak rasa keunikkan setiap hotel tu yang tersendiri kan. Duk cakap pasal Melaka ni.. Memang rindu gila wei dekat Melaka… I miss u Melaka!

Rindu nak makan asam pedas.. Rindu nak makan roti nan dekat Pak Putra.. Rindu nak makan keria melaka… rindu nak minum coxonut shake. Rindu Nasi Ayam Nadia dekat Alor Gajah… rindu Sate Dol dekat Simoang Ampat Alor Gajah.. Rindu nasi kerabu pasar malam Alor Gajah… ah banyaknya rinduuuuu….




Dulu2 masa kami duk Melaka ni.. Kedai dia kecik ja.. Kagum dengan progress depa

Haihhhh.. Cepat lah Covid 19 nyah dari muka bumi ni… dapat la aku ajak lakiku terjah Melaka yang banyak sejarah untuk kami berdua ni.. Hahhahaha…. Meroyan ja kejanya time-time MCO ni sebab nak pi berjalan tak boleh… lepas tu stuck dengan pdpr anak yang tak abih2… meroyan la gi la omakkk kauuuu ni haaa….

 


Rindu omak kau nak makan keria gula melaka lagi haaaa... 



 

 

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Haritu pegi sekali pun rasa mcm nak pergi lagi

    ReplyDelete
  2. hopefully dpt travel lagi kan in this year.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. rindu melaka jugak!! sbb suka cari port makan kt sana best2

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS