Healthier option.. Diet ke tuuu

Hari tu masa aku upload gmbar aku repost dr ig ni yang ada gmbar aku ni kt ig ada kawan aku tegur... Dah seroh skit badan aku. To be frank.. Aku tak perasan sangat pun menda ni. Sebab rumah aku ni penimbang pun xdak... Sejak2 pindah hari tu xtau buang mana dah.


Tak tau la tang mana yang serohhh nya. Ada sikit la kot.. Sebab aku rasa seluaq jeans aku.. Aku boleh cabut lagu tu ja without unbuttoned itπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Nak kata xtreme diet tu idok ler... Makin aku  nak diet2 strict2 bagai ni.. Makin aku stress. Bila makin stress. Makin aku makan banyak... Tambah kalau masuk group diet tu... Lagi stress.. Kita upload makan apa.. Nanti kena kondem 🀣🀣🀣 stressnya lahai... Lantak situ... Sejak dari tu.. Aku diet ikut cara aku la... Yang paling berkesan dengan aku... IF... Suku-suku separuh and deficit kalori. Yang lain2 tu memang kirim salam lah...



Gemok la lagi kalau nak compared dengan Rebel Wilson tu kan 😭😭😭


Oh my dear.. Such an inspiration.. U are not my sweet Fat Amy anymore... 😘😘😘






Big steps yang aku amik dalam nak konon-konon "healthy lifestyle" ni.. Yang penting dalam nk loose weight ni 80% adalah pemakanan.. And another 20% adalah exercise.. Nak jogging so not me... Brisk walk swimming ok.. But sekarang MCO.. Swimming pool kat bawah pun x bukak lagi... So BIG THINGS aku change rice grain/beras and gula aku. Kalau dulu aku memang suka makan beras Siam yang cap umbrella tu...ya lah.. Dulu kan selalu masuk Siam.. So rajin la angkut beras Siam buat stock kan... So start MCO hari tu.. Aku change terus kepada basmathi parboiled.

Salah satu sebab aku pilih basmathi ni sebab basmathi ni beras dia low GI...GI tu apa pulak... GI tu glisemik indeks.. Low glisemik indeks ni pendek kata bagus la untuk control gula dalam badan kita especially kalau orang yang ada potential untuk diabetic.. Serammmm oiii... Meh la tengok kelebihan basmathi parboiled ni 


Baca ni pun boleh tau benefits dia kan 😜😜😜


KELEBIHAN BASMATHI PARBOILED:

1. Tinggi Khasiat dan Lazat:

a. Beras yang direbus/”parboiled” diproses terus dari padi yang dituai. Tanpa membuang kulitnya, padi direndam, distimkan dan kemudian dikeringkan. Setelah itu barulah kulit padi dibuang menjadikan ianya beras rebus/parboiled. Oleh kerana beras tersebut telah menjalani proses stim bersama dengan kulit-kulitnya sekali, beras ini telah menyerap begitu banyak nutrisi dan wujud proses pengubahan kanji di dalam beras sehingga menjadikan ianya lebih tahan dari kepatahan dan lebih berderai daripada beras putih biasa dan beras basmati yang tidak direbus/non parboiled basmati rice.

2. Kandungan Amylose Tinggi yang membantu  diet:

a. Beras basmati ini memiliki kadar 'amylose' yang tinggi. Amylose ini adalah sejenis karbohidrat yang tidak mudah untuk dicerna. Dengan kata lain, bila makan basmathi, lambatlah rasa lapar. Ini menyebabkan kita tidak makan lebih dari sepatutnya. Dengan kata lain, memang cunlah process menjaga portion makanan kita. Otai2 diet suku-suku separuh kata tak penting pun tukaq beras ka apa ka.. Janji jaga portion.. Ya aku setuju part jaga portion tu..tpi aku rasa kalau betul nak change for better and healthier option boleh la change to basmathi ni.. Especially yang parboiled ni... Bayangkan.. Hang da jaga portion cun dah.. Pastu hang dapat cut pulak gula yang wujud dalam basmathi parboiled ni yang dah tentu2 GI dia rendah.. Wehuuu


3. Baik Untuk Pesakit Diabetis:

a. Tahap glycemic index yang rendah membuatkan basmathi menjadi makanan ruji terbaik untuk pesakit diabetis. Makna taknya, GI rendah maknanya kurang gula. Untuk yang dok jaga fit level pun benda2 yang low GI ni mmg bagus ye.


4. Menjaga Jantung Anda:

a. Basmathi ni sebenarnya sangat terbaik ya untuk jantung. Kandungan serat yang tinggi membantu dalam menangani masalah kolestrol tinggi. Sebab tu ia dapat mengurangkan kadar serangan sakit jantung. Power kan.

5. Mencegah Kanser:

a. Hah, bila banyak serat, maka proses nak membuang tu senang. Tak delah masalah usus tu bekerja terlalu kuat ke. Dah usus tu kerja dengan smooth, risiko kolon kenser pun kurang. Remember sugar is toxic to our body... N sugar is the best feed to cancer cells... So by taking basmathi parboiled that contain low sugar level.. We can minimise the risk of getting cancer. 

See banyak kan benefits basmathi parboiled ni. Kadang-kadang tu aku campurkan jugak dengan beras biasa yang ada dekat rumah ni.. Sebab kadang-kadang aku beli jugak beras biasa untuk buat makan hantar ke surau etc. So beras tu ada lebih.. And aku nak kena habiskan rather than membazir bagi kutu beras makan kan. But seriously memang lain wei bila da totally changed to basmathi parboiled ni.. Memang makan nasi dia sikit pun rasa da full. Dats why aku suka ❤️


Another things yang aku change... Adalah.. Sugar... Instead of using white sugar.. Aku memang totally changed to brown sugar. To be precise aku tukar ke jenama CSR Better Brown sebab depa claimed depa punya sugar low GI.. about 55 n below which is in a lower range of GI value. Aku ni bukan jenis makan menda-menda manis sangat. Bukan sejenis yang suka dessert sangat. Hari-hari kena makan kek ka kuih ka.. Apa ka.. Dats not me.. Tapi aku ni memang suka minum teh o.. So one of the way aku nak enjoy teh o aku.. Aku kena letak gula skit.. Bagi ada rasa manis2 ni.. So the choice yang aku ada adalah amik CSR Better Brown ni sebab gula dia claimed as Low GI.. n hopefully apa yang dia claimed tu betul lah kan. Nak cut out sugar terus pun memang tak boleh jugak aku ni.. Kang mngigil macam apa ja. Kenapa tak guna stevia? Ada orang tanya aku... Sebab aku dengar sekarang banyak stevia ni yang synthetic.. Taknak lah aku..kang lain pulak jadiknya... 



Selain brand Jasmine.. Aku suka jugak beli Sunflower Pure Basmathi Parboiled ni... Haa tu yang CSR Better Brown Low GI yang aku cakap tu. 

Jom tengok how Low GI food tu bertindak-->info credit to CSR - Malaysia 









So banyak la lagi aku da change skit demi sikit.. Kalau dulu aku tak suka bahagian dada ayam. Now aku da start makan bahagian dada. But stil bukan sketul besar macam tu. Mesti kena potong-potong marinate ka apa ka. And baru-baru nk aku tertarik dengan ayam yang ada dekat Jusco ni.. Ada ayam nanas and ayam jagung.. Satu lagi tu ayam apa ntah... Ayam dja bebas dari suntikan dan free range.. Makan nanas or jagung macam tu la cita dia. And ayam dia tak besar pun.. Kecik halus ja. Ya lah sebab tak inject pun kan... Seriously aku memang tertarik nak cuba. Tunggu la stock ayam dekat rumah ni habis dulu. In Sha Allah lepas ni boleh  cuba ayam tu pulak



Menarik kan. Aku suka benda-benda macam ni. 


Ni yang ayam nanas tu. 


 Ni yang mana ntah. Harga dia mahal la kalau nak compared dengan ayam injek tu πŸ˜…

Tapi tu la orang kata kan.. Benda sihat ni memang mahal kan... Lagi mahal kesihatan kita ni.... So small step lah untuk jaga kesihatan. Mana yang boleh tukar... Aku try tukar dulu skit-skit untuk kebaikkan aku dan family kecil aku ni. 


Aku tak pernah kurus... Tapi aku nak la kecillllll dari sekarang ni... Sekarang ni berat mata memandang dengan berat nanang betul lahhh 🀣🀣🀣


Tak target kuruih sampai 55kg pun.. Kang jadi 55kg tibeh jadi perangai macam HJ pulak..target nak macam ni ja 😜😜😜

Ok la... Bye2.. Nak lena dulu 




17 Comments

  1. Terbaiklah beras basmati

    By the way sha dah tukar domain baru..nnt mnta tlg add/edit ya dari www.opzzpinky.my --> www.opzzpinky.com tq

    ReplyDelete
  2. wowww banyak benda saya belajar dalam entry ni hahaha sayang la dah pi beli beras baru haritu kalau dak boleh tukaq basmathi parboiled. Nak exercise tak larat la ni, nak kena control makan ja la hehe

    ReplyDelete
  3. cayookkkk cayookkkk !!! now ramai yang focus dgn fitness sbb pkp ni!

    ReplyDelete
  4. Masalahnya dalam rumah ni semua orang nak turun berat badan. Saya seorang aje yang nak naik berat badan πŸ˜‚ pun kena makan yang semua GI rendah. Haha

    ReplyDelete
  5. Saya pun suka teh o kadang taruh limau sekali

    ReplyDelete
  6. Haritu saya ada try ayam jagung beli kat tesco. Mula2 tak faham apa promoter tu cakap sbb bm dia xbrp bagus. Ingatkan ayam tu perisa jagung. Hahaha.

    ReplyDelete
  7. love reading about your diet transition from refined food to healthier options. i totally agree with ditching white rice and white sugar, they are the worst for health!

    ReplyDelete
  8. Bagus ni. Kebetulan sekarang ni mmg ke arah hidup yg lebih sihat. Just tukar cara pengambilan makanan shj

    ReplyDelete
  9. Tahniah. Rawlins kena kurangkan berat gak nie. Sejak MCO 2.0 nie semakin rancak kenaikan berat badan. Hahaha

    ReplyDelete
  10. Pilihan makanan memang penting dalam diet kan, tapi, kadang-kadang mouse mommy enjoy makan dessert jugak!

    ReplyDelete
  11. Kontrol kalori dalam pemakanan bukan mudah. Ber huhuu jer selalu walau pun tahu faktor utama sihat dari pemakanan, kemudian baru senaman. Thanks sharing

    ReplyDelete
  12. Takpe janji sihat.. Sama Sis makan beras bramsthi Pusa tu, tapi yang pek hitam tu Sis makan.. Sis pun tengah cut sugar dalam minuman dan manisan, istiqoamh le kita kan...

    ReplyDelete
  13. Bagus kak jaga pemakanan. Sebab kita bukan nak tukar diet utk kurus sahaja. Kalau boleh nak jadikan gaya hidup dan pemakanan sampai bila-bila. Saya suka beras dan ayam organik tu. Kalau nak ubah tak makan nasi, saya lg gemuk kak. hahahaha. so tukar ayam dan beras tu anjakan paradigma yang baguihhhhh!

    ReplyDelete
  14. Yes! Betul 80% makanan. Nak tak nak kena ubah. Diet ni ramai ingat sampai tak boleh makan. Huhu. Diet ni adalah susun pemakanan sekadarnya ikut keperluan sepatutnya dan tak berlebih. InsyaAllah tak perlu berlapar atau telan air liur. Hehe. Bagus sharing dalam ni banyak gila info. Good luck!

    ReplyDelete
  15. terkejut baca tang beras tu. tak sangka jenis beras pon main peranan dalam menyumbang sugar dalam badan kita. ingatkan hat manis je.

    ReplyDelete
  16. cayalahhh!! lps ni seluaq loose tu tau dak berat turun.

    ReplyDelete
  17. Terbaik!!! Cantik, cun dan sihat je alia sekarang. Keep it up tau!!!

    ReplyDelete

Post a Comment