Lauk Kampung

by Alia Farhan, 11:02 AM

 Assalamualaikum korang

Tibahhhh nak update jugak malam-malam pun. Korang tau kan sekarang ni semua harga barang naik gila-gila. Takut betul tengok harga masing-masing naik tanpa pedoman😪


 Baru-baru ni aku nampak la pucuk paku masa ke market(pasar) . Haihhh dan-dan teringin nak buat masak lemak pucuk paku. Dah ambil kakak tu cakap adik yang ni RM6 ya (referring to pucuk paku la kan). Aku pun ok ja lah sebab da teringin kan. Lepas tu nampak pucuk janggus and putat akik la.total rm8.40 wei. Xpa lah benda nak makan kan. Redho ja lah.

Lepas tu pi la kat tempat ikan, nampak udang laut yang besar tu  satu piring RM10..murah! Tapi udang dia tu yang kepala macam dah lembik sikit la. Maybe stock semalam kot. So dia nak clear stock tu kan. Lagipun aku nak terus masak kan. Masa nak masak tu buang ja lah kepala udang tu kan. 

Lepas tu dalam otak kalau dah buat masak lemak tu gu dia dengan ikan goreng la kan. Lalu pantas aku mengambil la ikan temenung 4 ekor. Sekali adik tu timbang RM14  wei🤣🤣🤣 . Terus temenung jugak aku pun. Kahkah..rupanya sekilo RM24 wei. Ikan temenung dia tu agak besaq la but never expect price sekarang for temenung is RM24/kg…fuhhhh pecah peluhhhh🤭

So bil da balik tu dari nak buat masak lemak terus jadi masak lemak tempoyak sebab teringat ada tempoyak kan..aduii lagi sedap la kan.


As good as it looks!


Ikan kayangan!
U better be good🤣

Jahat betul lauk dia ni kan!

Simple ja lah kan lauk kampung ni. Sambal belacan tu sentiasa ada stock. Blend banyak-banyak and simpan dalam peti sejuk bahagian chiller. Nak makan amik ja…


Next day tu aku perabih lauk jahat ni. Goreng la ikan kerisi. Aku suka ikan kerisi lagi dari temenung. Manis isi dia. Lepas tu ulam janggus n putat.. sambai belacan macam biasa. Alhamdulillah rezeki kan. 

Aku ni memang sejenis suka lauk kampung gini. Kata pi la apa pun. Hat macam ni gak hat best tau. 

Hampa suka lauk stail mana?










SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Lauk lagu ni memang tak cukup sepinggan nasi. Tapi syur tu mahalnya rm6

    ReplyDelete
  2. lauk simple tp mkn dgn ikan kayangan. haha

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS