Tajukkkk nak kena gimikkkk sangat kannnn...
Tapi ini bukan propa yaaa...
Memang aku buat daging kicap pedas ni dalam masa 15minit ja da siap boleh makan.

Serius la 15 minit? Mesti mbongak n mbongok ja si Alia ni... Hahhaha..
Here dengan Philip Pressure Cooker... Everything is possible OK... Bukan nak me mbongak ya...

Dah dekat 4 tahun lebih aku rasa aku pakai Philip Pressure Cooker ni.. Memang money investment yang paling bagus sekali aku rasa sebab memudahkan kerja mak2 macam aku ni.

Aku paling tak suka kena duduk dapoq Lama2 OK.. Apatah lagi nak panas dekat stove tu Sambil feeling2 sauna.. Percaya lah bila aku kata.. Philip Pressure Cooker ni so far the best cooking gadget yang aku pernah ada

Without further due.. Jom aku share bahan-bahan dan cara aku buat Daging Kicap Pedas Guna Philip Pressure Cooker ni ya.

Bahan-bahan :

Daging yang da siap dipotong
Bawang besar potong
Bawng putih ikut la korang nak letak banyak mana.. Aku just ketuk2 untuk tumis nanti.
2 sudu paste cili blend
Kicap.. Aku pakai kicap Mudim.
Cabai melaka
Garam
Serbuk perasa
Gula

Cara-cara:

1. First sekali ON suis Philip Pressure Cooker korang. Nak Guna pressure cooker apa pun xkesah la janji pressure cooker kan.
2. Masukkan minyak untuk menumis.. Then tekan dekat button BAKE.
3. Bila minyak dah panas boleh tumis sedikit bawang besar dan bawang putih yang diketuk tadi.
4.Bila dah naik bau bahan-bahan tumis tadi,masukkan cili blend dan kicap.
5. Kacau bahan-bahan tadi dan masukkan daging, kacau sekata bagi daging kena bahan-bahan tadi. Masukkan air skit. Jangan banyak ya. Air paras daging skit ja ya.
6. Tekan off button BAKE tadi. Tutup pressure cooker korang and pulas tombol/knob ke SEAL.
7. Lepas tu tekan button STEAM, tekan button KEEP PRESSURE and tekan dekat button MINUTE untk set ke 10 minutes. Kalau ikut setting asal, untuk steam dalam 20 minit. Tapi nanti daging tu jadi terlampau lembik. Aku tak suka mcm tu. Atau korang boleh telan dekat button BEEF and set time dia ke 10 minutes. Aku suka Guna button STEAM ni sebab da terbiasa dia akan reset time tu dari minute ke 5 so senang aku nak adjust ikut berapa minit aku nak.
8. Lepas 10 minit, bila dah bunyi beep tu boleh release pressure by pulas kan tombol /knob tu ke belah kanan, VENT
9. Time ni daging korang akan ada berair skit la kan sebab air dari daging lagi keluar kan. So tekan balik button BAKE and bagi dia masak skit lagi untuk kering kan air tu.
10. Time ni la nak masukkan lebih an bawang besar yang potong tdi dengan cabai melaka. And jangan lupa perasaan time ni ya.



Dah siappppp....
Benda boleh buat senang buat apa buat ramai kannnnn... Hahhaha

Bagi yang ada pressure cooker jenis lain.. Korang boleh la ber experiment dengan pressure cooker Masing2. Macam aku yang da dekat 4 tahun Guna sampai lenjan Philip Pressure Cooker aku ni.. Dari warna bronze sampai hilang warna bronze tu.. So aku dah macam setting aku Cuba untuk Masakan aku. So selemat bereksperimen semua.