Assalamualaikum.

Dah masuk Ramadan yang ke 6 kan. Mengikut firasat aku ramai antara kita yang terkesan dik inflasi yang makin menjadi-jadi kebelakangan ini. Tak dinafikan nak makan kueytiaw goreng di kedai yang sepinggan berharga RM5-9 (mengikut varieti) di kedai kebanyakkan akan terasa bila terpaksa gandakan dengan 3 ataupun lebih lagi mengikut bilangan anak-anak kan. Memang terasa peritnya. Itu belum lagi masuk air yang diminum. Air kosong pun dah lama lima puluh sen kan.



Tapi takpa, kali ni aku nak kongsikan resipi Char Kueytiaw cara aku ya...ni untuk sebungkus kueytiaw yang beratnya dalam 600g sebungkus tu. To be frank, kueytiaw is my jam. Anak-anak pun suka papamya pun suka. So marilah kita buat sendiri ya. Anggaran sebungkus ni boleh makan 5-6 orang ya. Kalau dekat kedai tu alahai sejemut ja kueytiaw nya. Kadang-kadang selalu kena upgrade ke special besar untuk kenyang. 

Resipi aku ni senang ja tau, xpayah nak beli-beli sos char kueytiaw ka apa ka.. semua pakai bahan-bahan basic yang ada di rumah sahaja.Jom tengok bahan-bahan dan cara aku buat ya.

Bahan-bahan untuk sebungkus kueytiaw(600g)

 1 bungkus kueytiaw(600g)

2 sudu makan bawang putih blend

2 sudu makan bawang besar blend

2 sudu makan cili kisar

sos tiram secukup rasa

sos cili secukup rasa

kicap manis secukup rasa

sedikit cuka

udang yang dikopek

kerang yang telah dikopek

fishball

air rebusan kulit udang

2 sudu makan gula

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil maggi cukup rasa/ serbuk perasa

3 biji telur

taugeh

kucai

minyak untuk menumis


Cara-caranya: 

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan cili blend. Kacau sehingga naik bau dan masukkan air rebusan udang. Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis ke dalam kuah tadi. 

2. Masak sehingga cili blend tadi masak dan titiskan sedikit cuka. Kemudian perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Kemudian pecahkan telur satu peratu ke dalam kuali. Biarkan telur mengental seketika dan kacau telur-telur tadi. 

3. Kemudian masukkan fishball ke dalam kuah, dan biarkan kuah pekat sedikit. Bila kuah sudah pekat boleh la masukkan kueytiaw sebungkus ke dalam dan kacau-kacau sehingga bersalut dengan kuah tadi.

4. Kemudian boleh masukkan udang, kerang, taugeh dan kucai. Jangan lupa kacau and sekatakan dengan seluruh kueytiaw and kuah. Dalam 3 minit, dah boleh tutup api dan angkat and hidangkan dalam mangkuk besar.

Makan ni memang tak toleh belakang dah masa berbuka hari tu. Ada la juga hantar ke jiran sepinggan kueytiaw untuk dikongsi bersama. Harap-harap jiran pun suka la char kueytiaw kami ni. 


Makan pulak dengan teloq mata yang kenyir2 goyang2 tu apa nak dikata kan😜


Oh ya kenapa char kueytiaw ni x basah pun...Char tu maksud dia goreng...so originally char kueytiaw tu kueytiaw goreng. Orang Melayu la yang canggih pi buat basah-basah tu. Dah tua-tua ni prefer yang kering lagi dari yang basah tu. Yang basah tu kadang-kadang rasa kembang tekak-tekak. So kalau buat CKT kat rumah ni memang buat yang chinese version ni la. The original one.

Korang prefer CKT yang macam mana?



Ishk lapaq pulak tengok gmabr CKT malam2 macam ni😂😂😂


Jom lah kita tidoqqq ..satgi nak mangkit soq pulak🤣



SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Terima kasih alia kongsi resipi sedap! Surrrrrrrrrrrrr sungguh la rupanya sampai juju klik gambar tu sebesar-besar alam baru puas nak tgk kt pc hahaha, nampak sgt ada org kecur dlm diam. Kena buat ni lama sungguh dah berbulan x mkn menu mcm ni.

    ReplyDelete
  2. alamak sedapnya lahai alia.. pukul 1.20pm masa ammi tengok ni..boleh rasa tak apa yg terjadi kat dalam mulut ammi?? hahahha

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS