Sedap Rupanya Peria Goreng Belacan

Bila cakap pasal peria. Mestu ada yang suka.. Mesti ada yang tak suka sebab dek kepahitan dia ni. Bagi aku yang suka peria ni.. Kalau tak pahit.. Tak peria la nama dia kan. 

Before u hate this beautiful food plant... Jom kita tengok benefit bitter melon ni. 


Ada jugak kata bitter melon/peria ni boleh turunkan darah tinggi. 


Selalu aku suka goreng kunyit.. Pastu pecah teloq ja dalam tu. Kadang2 letak udang.... Perghhhh meratah kadang2 tu. Tapi kali ni aku try buat ala2 goreng2 belacan pulak. Nak tengok ke idak. Sekali memang ngam sangat-sangat. So moh ler kita share macam mana buat. Simple jek.. Tapi sedap gilos. Tu yang penting. 

Yang nak tips macam mana taknak peria pahit sangat... Korang potong2 peria tu.. Then rendam la dalam 20 minit dalam air garam yg agak pekat. Macam aku x rendam pun sebab ok ja pahit2 peria ni jadi ubat orang tua2 kata. 




Bahan-bahan:

 Peria yang dah siap dipotong
Ikan bilis
Bawang kecil
Bawang putih
Sambal belacan
Sebiji telur
Garam
Serbuk cukup rasa
Air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan ikan bilis dan masak sebentar sampai agak garing. 
2. Lepas tu masukkan bawang kecil yang dah dipotong dan bawang putih yang diketuk kasar. 
3. Bila dah naik bau masukkan sambal belacan dan tambah sedikit air dan pecahkan telur. 
4. Then masukkan peria. Kacau2 dan masukkan garam dan serbuk cukup rasa. Dah nampak agak layu and masak peria tu boleh tutup api... 
5. Tadaaa da siap. Boleh angkat dari belanga dan hidangkan. 

Aku kalau makan lauk peria semata pun dah ok dah. Lepas tu ratah2 bila nasi dah habis. Nikmattttt... 


10 Comments

  1. Sedapnya peria. Saya asalnya tak makan tapi bila mengandung ritu teringin nak makan. Bila makan, terus jatuh cinta 😂

    ReplyDelete
  2. ray takut nak makan sbb takut pahit sgt hhahaha

    ReplyDelete
  3. weh terliur! lama tak makan tau! tapi sis suka yang mak masak dr sis sendiri masak sebab sis masak asyik pahit je berbanding yg mak buat. aduh =D

    ReplyDelete
  4. Sis belum pernah cuba masak peria. memang tak berapa gemar. Biasa sekali sekala order bila makan kat kedai mamak. Sis akan try pakai resepi awak ni. nampak cantik peria awak tu.

    ReplyDelete
  5. Kak mid suka peria goreng kat kedai mamak tue...bole habis sepinggan ranggup sangat tapi bole jugak try resepi alia nie

    ReplyDelete
  6. saya suka makan peria goreng. letak telur banyak2. kadang2 boleh makan macam tu je tak perlu nasi. biasa masa kerja dulu buat macam ni. kirim ngn kawan pergi lunch.

    ReplyDelete
  7. Peria memang bagus untuk dimakan cuma jarang nak buat masakan. Nak cuba la resepi you bagi ni.

    ReplyDelete
  8. Nad suka giler peria ni..tapi tu la kalau nak makan pergi kedai, sebab aklau masak dekat rumah takde siapa suka..huhu

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi cuba peria goreng belacan..nanti nak cuba..kalau jenis ni org NS panggil Kambas..tempat lain x tau..biasa akak campur dalam masak lemak cili api...tak pun goreng cili api campur ikan bilis

    ReplyDelete
  10. Emi kalau peria, so far tekak ni bole terima peria goreng garing tu je. Yg crunchy2, hehe

    ReplyDelete

Post a Comment