Cerita mak2

Kali ni random post nak cerita pasal2 perihal2 mak2 ni....sebagai seorang mak... Tugas mnyediakan makanan yang baik2 adalah salah satu job scope hang. Kadang2 memang jadi buntu nak masak apa. Lepas tu mula la baloq malas nak masak. Macam minggu ni baloq la haihh. Dengan semua orang macam xmau makan nasi sangat. Depa semua duk bajet westerners pungkoq koko ka🙄 x kata kt orang lain aku pun sama. Mai hari2 hang masak2.. Hang akan jadi cemuih nya lahai... Apoo

Tapi tu la kadang2 cemuih2 masak gak yang simple2.


Contohnya lauk ni. Simple.. Teringin punya pasal. Buat jugak la kan. Tak sangka suami aku makan lauk ni ja.. Lauk lain tak pandang pun bila aku buat lauk ni sama. Kadang2 simple dish mcm ni buat lagi kita berselerakan. Betuu dak? 


Ni pulak kes nak perabih udang dengan cendawan dekat dalam freeser. 


Peria goreng belacan ni pun kes tak tau peria ni nak buat masak apa. Hentam saja lah labu. Kita yang buat dia kan. Nasib sedap😬


Cendawan celup tepung guna air fryer. Aku ni takdak istilah gila beli gadget tapi peram gadget dalam almari ya. Apa2 gadget dekat dapoq yang aku beli.. Memang In Sha Allah aku lenjan pakai betul2 sampai Philip Pressure Cooker aku tu dia punya kaler pun dah turun habis dari warna bronze jadi warna silver.. Kahkahhhh

So ibu2 kalau beli apa2 gadget memadak.. Guna la.. Try n error. Rugi kalau beli buat pameran ja.. Sayang duit sebab beli tapi xguna punnnn.. Rugi tauuu. 


Lagi satu nak cerita pasal beli barang rumah. Laki aku memang totally serahkan dekat aku. Unless kadang2 kalau emergency benda tu habis and nak pakai urgent ka. Yang tu dia akan pi beli urgent. Biasa untuk stock masak, aku yang incharge untuk pi beli. Laki aku bagi duit ja lah kan. Macam ikan2 ka sotong ka udang  ka biasa aku akan beli dekat kedai aceh dekat rumah lama aku dulu. Walaupun jauh.. Aku still rasa berbaloi kot sebab harga dia jauh lebih murah dari dekat sini.


Ni stock aku beli dekar kedai aceh dekat juru tu. Dalam rm32+. Aku dapat ikan tongkol isi putih 4 ekor rm8+.. Kepala ikan jenahak belah 2..ada 2 ketul rm11+.. Isi ikan jenahak tu 5 ketul rm12+... Kiranya dekat kedai aceh tu ikan tongkol isi putih tu rm11/kg... Kepala jenahak rm20/kg.. Isi jenahak rm24/kg time hari aku pi tu. 
Murahkan?! Aku tnya dekat market dekat sini.. Ikan jenahak siap potong rm25 setengah kilo ya. Setengah... Mau nak pengsan aku dengaq ok! 

Macam isi jenahak tu sebelum simpan dalam freeser. Aku potong dua. Senang nak makan. Bila buat lauk pun. Orang ceduk sekali seketul kecik yang dah potong tu. Xdak la duk amik skit2 isi ikan kat dalam lauk tu... Rimas tengok macam tu. Habis hancoq isi2 ikan dalam lauk tu. Tak suka. Sebab mak aku dah ajaq jangan buat macam tu. Better potong nampak lagi elok and manis orang nak amik. Ni cara aku la. Sebab dah biass tengok mak aku buat mcm tu kan.

So kalau sayoq2 ka ayam ka.. Aku akan beki dekat LS MART... Pun dekat  rumah lama aku.. Dekat situ.. Ayam n sayur2 dia nurah la. Biasa sekali angkut buat stock 2 weeks terus. Takyah nak serabut2 dah nak pikiaq kan. 

Selalu kalau aku balik Juru.. Memang aku angkut ja kotak ice kecik aku tu.. Untuk beli stock2 makan kat umah. Lantak lah ornag nak cakap apa pun. Janji aku boleh beli n dapat supply best2 yang murah2 ok. 



Ni buah hati pengarang jantung yang kuat makan. Tak memilih makan sangat


Kakak pulak makan memilih skit. Tak kena selera dia.. Memang xmakan la. Kadang2 makan ikut mood dia gak. Kalau kari.. Masak lemak dengan sambal.. Memang dia onz la. Tapi xpa. Layan ja.. Dari dia xmakan. 

Ni baru dua orang anak kadang2 lintang pukang nak handle depa.. Nak uruskan makan minum.. Pakai depa. Macam mana la ibu2 yang anak ramai tu.. Respek betul lahhh... 








8 Comments

  1. hang dua ketui
    kak ni haaaaa
    seketuiiii ja pun hooiii
    kelam kabut situuu la he3

    ReplyDelete
  2. Kalau masakan peria tu kita tak tahu nak masak apa tapi memang tak pernah beli peria sebab tak berapa suka. Ulam lain suka jer.

    ReplyDelete
  3. Hari tu balik kampung dan jadi sitter untuk anak-anak saudara. Memandangkan Rawlins ‘pakar’ memasak, maka bawa depa makan kat luar untuk lunch. Pening sungguh sebab memasing lain kegemaran mereka. Haha

    ReplyDelete
  4. Hehe kemain sedap sambal telur tu. kak min mmg jenis suka memasak dan mmg prefer makan kat umah berbanding luar jd peti mmg siap buat arrangement utk menu seminggu haha

    ReplyDelete
  5. sama lah, kalau masak lauk untuk ramai memang potong lauk kecik2 senang orang nak ambik. Tambah pulak kalau ikan, takdak la kecaq sangat dalam kuah tu. Membaziaq kalau isi tak makan

    ReplyDelete
  6. anak2 saya yg 3 orang pun dah lain2 perangai. haha. si sulung kembar dan si bongsu. selera makan memang tak sama :D

    ReplyDelete
  7. Kita yg hari2 mkn ni pun kadang2 tak tau nak mkn apa.. Ni kan pulak mak2 yg nak masak bg suami n anak makan.. Keep fighting mak2..

    ReplyDelete
  8. sedap2 semuanya, semuanya pun my feveret. boleh geng la ni since taste buds kita sama. hihi

    ReplyDelete

Post a Comment