Lama tak share menu Philip Pressure Cooker kan. Rasanya dah beli Philip Pressure Cooker ni bulan 3 tahun 2018. Memang sejak beli tu tak pernah la dia duduk terperuk dalam cabinet ka apa ka.

Ada ja keja dia. Ada time hari2 masak nasi guna Philip Pressuee Cooker. Ni sejak aku malas nak guna philip rice cooker tu. Aku guna ja Philip Pressure Cooker ni untuk masak nasi hari-hari. 7 minit nasi dah siap masak. Tapi kalau tekan setting RICE.. lepas 14 minit da siap. Kalau rushing memang aku set time untuk 7 minit ja. DONE.. nasi siap.

Ni haa tetiba laki aku nak makan pulut kuning bagai kan. Dia tak tau bini dia seumor idup tak pernah lagi tanak pulut. Hahhahaha. Ni la first time aku buat pulut kuning guna Philip Pressure Cooker ni. Cepat pun cepat. Sennag tak payah nak rendam-rendam dah pulut tu ha.

Jom lah tengok cara aku buat pulut kuning dan kari daging guna Philip Pressure Cooker ni...

Untuk Kari Daging

Bahan-bahan

Daging 300g (dipotong untuk masak kari)
Serbuk kari ayam /daging Adni
Rempah 4 serangkai (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga)
Bawang besar dan bawang putih yang diblend
Air asam jawa
Daun kari
Kentang dipotong dadu
Santan
Gula
Meggi cukup rasa

Cara-caranya:

1. Dengan menggunakan Philip Pressure Cooker, masukkan sedikit minyak untuk menumis ke dalam pot. Tekan dekat BAKE, CHICKEN mode. Bila minyak da panas, tumiskan daun kari dan rempah empat sekawan.
2. Bila naik bau masukkan bahan-bahan yang diblend tadi. Kacau-kacau bagi naik bau dan masukkan serbuk kari daging/ayam Adni.
3. Bila bahan-bahan tadi nampak mula garing masukkan daging n air asam jawa. Tambah sedikit air. Air jangan banyak, kurang skit dari separas daging pun xpa.
4. Then ambil penutup. Off kan Mode Bake tu.
5. Pulas tombol ke SEAL. Boleh tekan MODE BEEF. tapi aku taknak guna mode BEEF sebab mode beef dalam 30 minutes and lambat sangat. And kadang daging jadi terlampau lembut and hancur (relai gituh) So aku prefer guna mode STEAM/SOUP... Kedua2 mode ni dalam 20 minutes sahaja.
6. So after bunyi beep2 dah boleh releasekan pressure dengan pulas knob ke arah venting. OFF kan button KEEP WARM.


Ni after da relase pressure ya. 


7. Then, boleh tekan Button BAKE  tu and biar setting dekat CHICKEN. Time ni korang boleh tambah kentang, aku tak masuk awal2 tadi sebab taknak kentang aku hancoq. Time ni boleh perasakan and letak santan. 
8. Bila kuah dah pekat ikut taste korang, time jindah boleh offkan Philip Pressure Cooker korang and prepare untuk masak pulut kuning pulak.


Perfecto! 


Macam aku ada 2  inner pot.. So agak mudah kerja aku di situ ya. For those yang ada satu inner pot saja be extra careful when handling hot pot ya.


Part kari daging da siap. Ni mai tang part pulut kuning. Jom kita check it out ya.

Untuk Pulut Kuning 


Bahan-bahan:

2 cawan pulut
1 cawan air
1 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu minyak masak
Serbuk kunyit
Daun pandan

Cara-cara:

1. Cuci beras pulut dan tosskan.
2. Masukkan beras pulut ke dalam pot Philip Pressure Cooker.
3. Masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan pekat, garam, gula, minyak masak, serbuk kunyit dan daun pandan.


Campak semua dalam ni. See ya in d nest 7 minutes. 

4. Tutup penutup Philip Pressure Cooker dan pulas Knob ke SEAL setting.
5. Tekan mode STEAM , dan tekan KEEP PRESSURE dan tekan MIN sehingga ke 7 minutes. Nak guna mode RICE pun boleh, tapi masa memasak akan jadi 14 minutes. Ikut mana hampa nak.
6. After dah bunyi beep2... Boleh pulas Knob ke VENT setting. Time ni boleh bau semerbak dah pulut kuning hampa.
7. Buka penutup dan kacau-kacau pulut kuning hampa tu.


Dah siap dah... Boleh hidang makan dengan kari daging ka kari ayam ka. Aku rajin terlebih.. Pi buat sambal tumis ikan bilis and goreng ikan masin. 


Boleh la untuk first timer boleh buat macam ni kan.... There is room to improve lagi. Dari segi rasa. Next time nak cuba buat santan 1 and half cup.. Air half cup. 🤣
Baru la lemak berkerimmmm gitohhh kan... 


So roughly tak sampai sejam pun aku buat pulut kuning siap kari daging.. Sambal ikan bilis and ikan masin tu ya. Ikan masin pun buat sendiri zaman2 MCO ni. Ko hado? 

Zaman2 MCO ni memang skil aku bertambah betul lah... Cuma mnjahit stil benggong semula jadi. Xdapek nak nolonggg. 




Masa awal2 beli Nu Mee hari tu risau gak takut tak sedap. Sebab ada yg cakap tak sedap. Tali disebabkan time tu pi beli barang kt Jusco cuma ada Si Nu Mee ni ja. Maka xpayah la nak memilih sangat kan.

Hari tu dah buat mee kari. Alhamdulillah sedap ja. Kali ni buat mee goreng pulak. Nak cuba sedap ke idak Nu Mee ni bila digoreng kan.


Mee Kari Nu Mee. Sedap wei


Xpa meh la kita cuba kan. Aku ni tak berapa gemar sangat makan mee dekat sebarang tempat sebab kadang2 tu rasa kapoq dekat mee tu terlampau kuat n i kenot.

And kalau kat rumah mak aku pun dulu2 sebelum tak kawen lagi.. Bab2 goreng mee ni kerja kakak aku.. Aku pandai goreng kueytiaw ja dari dulu. Kahkah. Nak makan mee goreng.. Memang kakak aku la in charge. Tapi dah lama2 tu duk tengok dja masak. So lama2 tahap pro aku masak mee goreng meningkat. Cuma sampai sekarang aku xkan makan mee sup. Mee kuah ka mee bandung ka mee udang ka makan.. Cuma kalau mee sup kosong tu.. Memang aku tak reti makan.. Risau rasa kapoq tu kuat😅

Hari ni rekod la.. Pagi menu lain.. Tengah hari menu lain... Malam menu lain. Untuk pagi buat mee goreng Nu Mee ja. Lunch Ayam Goreng Berlado n dinner nasi goreng.

Heeeiii penat nya keja masuk dapoq ja. Steam Mop lantai lepas masak sebab rimas bila asyik masuk dapoq ja ada satu perasaan rimas dengan lantai dapoq. Hahhahahah

So mari lah kita tengok cara aku buat Mee Goreng Nu Mee ni.

Bahan-bahan

Bawang besar
Bawang putih diketuk
2 sudu cili kisar
Sos tiram*agak2
Sos cili* agak2
Kicap pekat manis* agak2
2 3 titis Minyak bijan
Ayam /udang /daging /sotong(ikut suka hampa)
Kubis
Tomato dibelah kecik2
Pak choy /sawi
Garam*
Gula*
Meggi cukup rasa*

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih. Then masukkan cili paste. Kacau-kacau then masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan minyak bijan.
2. Lepas tu masukkan ayam(ikut suka nak masuk umpan apa pun), kacau-kacau then masukkan sedikit air. Kuah kena pekat n likat ya. Kalau rasa kurang pekat and likat, tambah lagi sos cili, dan kicap. Adjust dekat sini.
3. Bila kuah dah likat and ayam pun dah masak, masukkan Nu Mee ke dalam kuah tadi. Kacau2-kacau sampai sekata.
4. Then masukkan sayur-sayur semua tu. Kalau nampak kuah tak bersalut ke Nu Mee, tambah skit air and tambahkan sos cili. Kacau sampai semua bahagian Nu Mee bersalut dengan kuah.
5. Time ni rasa skit, kalau rasa semua da ok boleh tutup api dah. Kalau ada yang kurang boleh tambahkan garam, meggi cukup rasa atau gula.


Da siap. Boleh tangkap gambaq dah... 
Kahkahhhh 
Aku memang suka letak sayoq hujung2 sebab nak sayoq tu tak benyek2 orang kedah kata. Ada orang suka masukkan awai2. Ikut preference masing2. Aku sejenis suka sayoq ni masak sat2 ja. 


Pendek kata lepas ni aku akan bertukaq ke Nu Mee sebab Nu Mee ni mee dia bebas dari acid boric and process pembuatan dia pun lebih terjamin. So why not replace to Nu Mee kan. 




Disebabkan terkejut menengok harga yang diiklankan di market place, jenahak RM50/kg, nyok-nyok RM40/kg, siakap RM30/kg. Maka marilah kita duduk diam dan perabih la ikan temenung yang dioder hari tu. 

Memang temenung betul aku tengok harga ikan-ikan ni. Aku bukan duk kat padang pasiaq ok. Aku duduk kat dalam pulau ya. Masa duduk kat Juru dulu pun beli ikan jenahak dengan kedai aceh pun baru RM26/kg.. Tu beli yang isi2 ja tau.. Bukan sekoq pun. Ahhh nangiss la ikan favourite dalam peti ice ada skit-skit ja lagiiii. Dah macam harta karun tauuuu. 

So moh lerr kita buat ikan temenung masak asam. Sedap pun sedap kan. Dalam keadaan macam ni takleh nak memilih. Makan ja ikan apa yang ada. Lagi murah lagi bagus. 😅

Ni da ada stock ikan temenung tambah lagi buat stock ikan masin /kering. Hari tu buat 5 ekoq ja. Semalam da goreng 2 ekoq. Tinggal la 3 ekoq ja lagi. So kita topup la buat untuk nak sambut puasa lagi kan. 

Ikan temenung masin buat masak asam pun sedap tauuu hampa. Tapi kalu ni buat ikan temenung frozen tu dulu la masak asam. Sedao gilos noks. 

Bahan-bahan:

6 ekor  ikan temenung /pelaling /kembung
Bawang besar
Bawang putih
Cabai melaka
Cabai besaq
Garam
Kunyit
Air asam jawa
Gula

Cara:

1. Goreng ikan temenung dengan garam kunyit. Angkat dan toskan minyak.
2. Dalam belanga yang sama(kurangkan & simpan minyak lebihan) , tumis kan sedikit bawang besar and bawang putih.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masukkan garam dan gula, balance kan rasa masam dan manis.
5. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
6. Tutup api. Dah siap!


Gambar dalam belanga ja ada. Dalam pinggan takda. Sebab tak sempat tangkap dah kena serbu dah dengan pirahna-pirahna dekat dalam rumah ni. 

Dari 6 ekoq tinggai 2 ekoq ja. Malam ni pandai2 la nak idup. Goreng teloq ka lepas dalam kuah masak asam ni ka. Jiran aku Yaya kata sedap. Nanti boleh try. Boleh masuk dalam  list masakan bajet MCO. 



Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)


Assalamualaikum hampa semua. Kali ni kami nak share something good untuk kita seperti yang dimaklumkan oleh PM kita sebelum ni,berkaitan dengan pengumuman Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin untuk Rakyat, hari ini melalui Sidang Media Kementerian Kewangan Malaysia, berikut adalah cara bagaimana anda boleh memohon BPN.

Daftar ONLINE Bantuan Prihatin Nasional (BPN)


Cara permohonan BAHARU BPN boleh dibuat di LAMAN WEB : www.hasil.gov.my

Bila Boleh Daftar ONLINE BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)?


Bermula pada 01 APRIL 2020. Dah boleh apply sekarang ya hampa semua. 


Maklumat tambahan :

1. Kalau dah biasa daftar untuk Bantuan Sara Hidup (BSH), tak perlu dah daftar.
2. Kalau iD BSH diblock? 

Boleh hubungi Care Line BSH
di

LHDNM
1-800 882 747 03-8911 1000 
Jam 9 pagi – 5 petang 
Ahad - Jumaat (Mulai 30 Mac 2020)

Additional info:

Kalau permohonan gagal, boleh buat rayuan dengan mengisi borang di atas talian beserta bukti pendapatan. Contoh dokumen yang diperlukan, Penyata Bank dan Slip Gaji. 

Semoga dapat membantu mana-mana yang tengah mencari info macam mana nak daftar online Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ni. 

Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua dalam menghadapi musibah yang melanda kita semua. Semoga wabak Covid ni segera berlalu. Aminnnnnn 

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS