Hai hampa
kali ni quick update tau. Nak kena type laju-laju sebelum si Aishah tu mengamuk kan.
Ada yang kat sini makan otak lembu tak?
Kalau nak tau ni adalah salah satu part terpaling favourite untuk aku. Tapi jarang sangat lah dapat makannya. Setahun ada la tiga empat kali makan macam tu sebab sudah jugak nak dapat  kan.

Cerita dia last week masa aku jalan-jalan kat pasar malam rumah aku ni cadang-cadangnya nak beli tulang rusuk ja sekali tengok-tengok ada pulak otak lembu. So apa lagi kan. Beli jalh..RM10 untuk seketul otak lembu.

Kalau nak tau, sebelum boleh masak otak lembu ni korang kena siang segala uart-urat kat otak dia tu tau. Merasa la jadi neuro surgeon sekejap. Memang kalau kat rumah mak aku pun..aku memang akan volunteer untuk bersiang otak lembu ni. Best wei. Memang kena teliti la nak buangnya. Kalau tak nanti hancur pastu kalau tak buang betul-betul nanti hanyir pulak sebab urat-urat tu kan ada darah.

Jom tengok resipi nya ya.

Bahan-bahan:

Seketul otak(yang telah dipotong kepada beberapa bahagian)
10 biji cili kering*
1 bawang besar*
5 ulas bawang kecil*
Halia-besar ibu jari*
Lengkuas-besar ibu jari*
Asam keping
Sebatang serai(diketuk)
Santan
Daun limau purut
Minyak untuk menumis
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara-cara:

1. Blendkan semua bahan yang bertanda *.
2. Tumis bahan-bahan yang dah diblend, masukkan asam keping, daun limau purut dan serai.
3. Tunggu sampai minyak pecah, masukkan santan dan otak.
4. Perasakan ikut tekak korang.
5. Agak-agak otak dah masak kiranya da boleh la tu tutup api ya.


Aduh terliur pulak tengok malam-malam ni.


Antara cadangan hidangan yang sesuai untuk masak otak lembu ni, korang boleh buat kurma, masak lemak dan telur dadar(cincang otak tu..tapi jangan sampai lunyai pulak ye..biar ada texturenya tu...haa giteww)

Korang yang tak makan jangan kecam pulak tauuuπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Mak cerewet

in , , by Alia Farhan, 5:15 PM
You know u when u become a mom suddenly u become so cerewets. I mean sooooo cerewet sgt2. Yeah it's me.

It happened to me last nite we're rushing to Gleneagles from Juru to the island side. Boleh pulak fullhouse weiiii. Why I don't go to the nearest hospital at my place? To be frank, I have a very-very bad experience with KPJ Bukit Mertajam Penang. From my first daughter experience. Me myself dont mind if I'm the one to be treated there. I'd done my tonsilacetomy there by the way.

So cut it short, from my previous experience with Adriana who that time was 9 months plus I think, the paed refuse to touch or even checked her just because she screamed her lungs out. Well at least kena check la kan her lungs by using his stetoscope ke apa ka. But the paed didnt. Yes budak tu memang la dia da tentu2 takut ngan doctor. Tau2 suruh admit. So bila da admit, bagi ubat ja. And we stay there ONE NIGHT ONLY and it cost us like RM1.2K. We didn't stay in SINGLE ROOM BUT STAY IN 3 BED ROOM.

Adriana tak kena dripped air or ubat pun dat time. So the next morning during ward round, again the paed tak pegang langsung anak aku. He just observed dengan mata kasar ok. Kepala hotak dia. So the rest is history. Sejak tu aku BANNED terus KPJ Penang untuk anak aku. Bilik ntah macam hapa...kena bayar mahal nak mampus..doktor pun check mcm hareeemmm. Walaupun insuran yang bayarkan but stil we pay monthly for insurance.

So after that incident, we decide not to send Adriana to KPJ. We referred to our agent and he suggested us to go either Gleneagles or Lam Wah Ee ( very famous among Penangites)..but he told us LWE selalunya ramai orang. And we asked about Gleneagles, ok ke? Rate mcm mana? He told us yang rate Gleneagles and LWE lebih kurang ja. So we chose Gleneagles instead of LWE.

The next thing why I prefer Gleneagles is because the paed la of course. Dr Cheah is our fav paed for the kids. Masa aku pi dulu time Adriana kecik dulu patient dia tak seramai sekarang. Lani kalau nak pi kena buat appoinment sokmo. Pfttt. Tapi yang paling aku puas hati the way he treat Adriana yang fobia ntah hapa2 dengan doctor tu.

Macam dia cakap..adik mau takmau...doctor kena check adik tau.
So kat situ kami laki bini dah berkenan gila dah dengan Dr Cheah ni. The way he explained pasal sakit Adriana pun buat kami puas hati dah. The next thing kami suka pasal dia, kalau perlu warded dia akan suruh if not dia akan cakap ja tak perlu and if certain ubat kami dah ada dia takkan prescribed dah kat kami. Tak macam sesetengah doctor kat swasta ya. Ada ka takdak ka tetap dia prescribed janji duit masuk and masyuk.

And terpaling kami suka masa first tima Adriana warded kami duduk bilik yang Single yang jauhhh lebih besar dari master bedroom rumah aku ni for 5 D 4N, it costed us around RM2.5K+ . Can you imagine berapa aku kena kalau aku duduk kt KPJ for single bed room? Oh ya masa ni Adriana kena Norovirus ya...so wajib la kena dripped ayaq apa bagai kan.

Bila Aishah pulak popped out and join our small family..maka Aishah pun kami bagi Dr Cheah check. Senang. Tapi semalam bila dah pi waktu malam of course la kena pi ke Emergency kan. Sekali full house. Ward semua penuh. Stress aku dengar. Lagi aku stress bila Dr Cheah pulak cuti for 2 weeks. OH NOOOO!!!

Jenuh duk ber discuss dengan laki aku nak pi ke spital lain ka macam mana ka. Sekali pi ke Island Hospital pun tinggal 5 bed per room ja. Hmmm aku ni tak berapa kenan sangat kat Island Hospital ni. Terus aku cakap tak nak kat husband aku. Baik pi check kt Clinic Singapore ja. Terus bila check kt Clinic Singapore  sekali si Aishah punya tonsils da bengkak. Padan la minum susu tak mau, makan takmau, ayaq lioq pun meleleh2 ja. Rupanya tonsils bengkak. Memang ternyata anak mama sangat ni kan. Mama da kena buang da tonsils kat KPJ dulu. Mahai mampus dia charge sampai 8k+. Time tu Ibiden release GL untuk 5k sebab roughly around that ja. Sekali bila discharged laki aku kena topup 3k+. Gila la..sementara nak tunggu Ibiden bayar balik kan. Sebab tu aku serik dengan KPJ. Overated sangat oi.

Berbalik kepada cerita yang Aishah tu, mula-mula ingat Aishah ja yang demam panas. Sekali si kakaknya pun demam. 38deg C oi. Balik tu terus sumbat ubat kat dua-dua depa. Alhamdulillah hari ni nampak makin better dua-dua beradik.

Stress semalam memikir kalau Aishah taknak makan and minum lagi hari ni, memang aku nak kol ja terus Gleneagles check ada kosong ke tak..walaupun Dr Cheah takdak at least ada collegue dia kan. And at least Aishah memang ada record kat sana kan. Aku siap cakap kat suami aku, kalau Dr Cheah pindah pi hospital lain kita kena pi follow Dr Cheah. Hahahha. Punya la favouritism sangat ni haa.

Korang ada ka yang cerewet macam aku ni?aku bab2 kesihatan anak aku ni memang  cerewets sungguh. Ya lah, nak keluar seketul pun punya seksa mengandung bawak perut tu belum cerita seksa cser lagi. Anak-anak kan amanah dari Allah, so memang kena jaga betul-betul la kan.


Ni cerita hari selasa hari tu. Clingy sangat. Nak melekat ja dengan mama diam kesian dia. Now da getting better.




Kali ni nak kongsi resipi super ringkas tapi super sedap nak mam...
Betul wei...tak tipu...pejam mata pun boleh wat ok.


Bahan-bahannya:

Bawang besar
Bawang putih
Udang
Sotong
3 sudu ibu sambal
Sos seafood Adabi /tiram
Cendawan (aku pakai dua jenis enoki and King  mushroom)
Daun selasih (lagi banyak lagi sedap)
Daun bawang (nak letak takpa..tak nak pun xpa..tapi daun selasih wajib la ya sebab nama pun pad krapao)
Sebiji telur
Garam
Gula

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih, masukkan ibu sambal dan sos tiram/seafood.
2. Masukkan udang dan sotong. Then masukkan daun selasih(lagi banyak lagi power) dan daun bawang.
3. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Pecahkan telur ke dalam kuah dan kacau-kacau (bagi pecah-pecah telur tu)
5. Tutup api dan jangan lupa letak daun selasih sebagai hiasan.

Dah siap. Boleh makan dengan nasi panas-panas gu dengan tomyam plak. Perghhhh jauhhhhh pergi diaaa.


Cakap ja pasal Penang, mesti terbayang makanan-makanan sedap dekat Penang kan. Cakap la nak makan time bila..pukul 6 pagi, 3 petang..12 malam..semua ada kat Penang ni.Name it, kueytiaw thng la char kueytiaw la tosai la capati la semua ada. Tak kurang jugak dengan Western Breakfast style kan.

Kali ni nak cerita pasal Western Breakfast pulak. Takkan nama Penang ja nak cerita pasai nasik kandaq..nasi kandaq..nasi kandaq kan...boring lewwww. So kita lari dari kebiasaan, kita breakfast ala barat sikit.

Untuk food review kali ni, aku berpeluang untuk try Western Breakfast set di Viva La Pasta. Viva La Pasta yang terletak di Georgetown ni baru memulakam operasi sejak 2 bulan yang lalu.

Apa pun jom kita tengok breakfast set yang available ok.


Terlioq pulak tengok gambaq ni tau. Alahai. Sedapnyaa.



Set A


The American - scrambled eggs, chicken ham, chipolata, hash browns, french toast , sauted mushrooms , baked beans


Set B

Egg Benedict - poached eggs on English muffins with beef bacon and hollandaise sauce.

***personally this is my favourite. Sebab i love poached eggs. Buat poached eggs tak pernahnya jadi. Sedaq diri tak layak lagi jadi masterchef sebab poached egg pun tak lepaih lagi buatπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Set C

The Simple Italian -  Scrambled eggs with chicken ham bruschetta


Set D

Healthy Egg Wrap- scrambled eggs , chicken ham and cheese in wholemeal wrap and chipolatas.


Set E

Jumbo & Mash- Grilled jumbo chicken sausages served with mashed potatoes in brown sauce



Untuk pengetahuan setiap set didatangkan dengan pilihan jus oren , milo atau susu segar.
 Selain itu, terdapat juga FREE FLOW untuk minum pagi (kopi/teh).

Harga RM20 nett.

Masa hidangan untuk breakfast set ini adalah dari 7.30am-11am.


Jom jangan lupa kunjugi Viva La Pasta untuk breakfast lain dari lain. Because capati tosai are too mainstream for Penangites



96 Jalan Rangoon, Georgetown,
10400 Penang

04-2267618

Waktu beroperasi:

0730-2300



Kepada yang bercuti ke Penang ni boleh la menginap di hotel bersebelahan dengan Viva La Pasta ni yang baru beroperasi kira-kira tiga bulan, iStay Hotel.

Harga yang ditawarkan di iStay Hotel juga amat berpatutan bermula dari RM130 /day.

Kepada yang akan bercuti di Penang, selamat bercuti semua. Selamat menerokai keindahan Pulau Pinang, Pulau Mutiara ni. 

Muahhh cikedπŸ˜—πŸ˜—πŸ˜—

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS