Selamat Hari Raya

in , by Alia Farhan, 9:32 AM
Perghhhh.
Baru nak ucap Selamat Hari Raya kat blog ni. Sory lah. Memang duk raya kaw2 hari tu. Hari kelima baru sempat nak update kat blog kan.

Hari first raya, beraya kat Penang. Memang beraya kat rumah sedara sebelah side husband. By the time da petang tu memang da flat gila. Balik tu terus membongkang wei.

Malam pulak dekat kul 12 gerak balik Jitra lepas semua sanak sedara pay visit kat runah mentua. Sampai kat Jitra pun da pukul 2. Esoknya pulak kena bangun awal untuk prepare for kenduri kesyukuran pukul 3. Memang gila flat wei.

Raya ke tiga memang pakat balas dendam bangkit lewat..cover tdoq balik lepas subuh. N lepas solat jumaat baru la berpeluang nak photo shoot kt studio bagai.

Tahun ni semua ada. Adik pun lepas raya ni baru nk kena pi ke Jeddah balik. Kapai pun da start nak ni kan lepas ni sebab nak start musim haji pulak.

Well gambar ni paling aku suka sebab si Adni ni bukan main nak terbang lagi. Si Adriana ja yang da prepare tengok camera.

Paling geram tengok muka husband dalam ni oi. Geran tengok muka poyo dia tu.

Apapun Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami anak beranak. Sesapa nak invite open haus and buat lontong habaq laaa naaa....kami teringinnnnn...
Hai kali ni nak cerita pasal satu lagi butik Plus Size. Ya lah sesuai la ngan tuan empunya blog yang plus size gak ni kan.

Kalau nak tau, Curva Fabulous ni beroperasi di Melaka. Of course la aku tak pi Melaka kan untuk shopping kat depa. Nasib depa wat jugak online basis! Walaupun rindu gila nak pi Melaka..tempat belajaq dan tempat berchentaaa kan.

Yang bestnya size di Curva Fabulous ni bermula dari size L hingga 9XL.
And servis yang diberikan pun sangat-sangat memuaskan hati. Ya lah, aku ni a bit fussy jugak when it comes to cloth, make up n etc kan.

Ada sekali tu aku beli satu baju ni size dia mcm besar sangat n bila aku pakai macam ehhh tak lawa sangat size and design tu kat aku. So aku pun try la minta tukar ke design lain n size lain dengan alasan memang nampak tak sesuai aku pakai design tu. And lucky me, diorang ok sangat-sangat masa aku mintak change ke design lain tu.
Memang terbaik lah. And tetiba jugak ada terbekenan satu lagi design lain. Apa lagi, 2 pasang terus aku grab haaa.

Baju kebaya kat Curva Fabulous yang super cun n hot.

Dress yang lawa.

Sesuai nak jadikan baju raya kan.

Punjabi suit yang sangat sweet.

N kimono kebaya yang jugak cun melecuns.

Semia design n kaler yang ada kt Curva Fabulous ni semua lawa-lawa. And yang paling penting jahitan kemas dan tak menghampakan. Yalah lately kan nak dekat-dekat raya banyak so called femes btand kat Msia ni orang complain quality out, jahitan tak kemas bagai. So far aku memang puas hati sangat-sangat dengan material dan kualiti jahitan pakaian dari Curva Fabulous ni.


To Curva Fabulous, kita memang suka sangat baju-baju awak. Thanks sebab layan kita yang banyak songeh ni ya. Semoga bisnes Curva Fabulous makin bertambah maju after this.

Bagi yang berminat nak dapatkan baju dari Curva Fabulous boleh la check kat sini:

Facebook page : CURVA FABULOUS

Instagram: Equeenplusize

Web: Equeenplussize

Atau walk in terus ke kedai mereka bagi orang-orang Melaka di;

Curva Fabulous
No 3, Jalan MH3,
Taman Muzaffar Height 3,
75450 Ayer Keroh
Melaka

No Tel : 06-2343042

Nak tau mana satu pilihan hatiku untuk beraya ni? Nanti raya baru la kita reveal noks. Tak seprais la tunjuk awai2 kat hampa kan.

Okla nak pi merendang sat
Sebelum ni aku selalu tension kalau nak kena mop lantai. Ya lah lagi2 kalau guna mop yang biasa tu.

Dah la berat, trap air banyak!
Pastu bila tekan air lebih2 skit mula la yang penapis kt besen tu jatuh masuk dalam besen tu. Ehh stress mak nak kena hangkat kau pulak kan. Dah la nk kena mop lagi pulak. Nak perah dengan tangan??ewahhh memang tak la kan.

Tapi aku memang suka betul la dengan gajet rumah yang MUST HAVE ni! Memang terus aku jadi rajin pulek nak mop2 lantai bagai ni.

Serius aku jadi suka la. Dah la pencuci lantai Daia Lemon tu bau sedap sangat oi. Pastu ehh seronok ja feeling2 lantai berkilat helokk ni.

Ni la dia spray mop kesukaan aku!
Senang keja hakuuu.
Tapi yang ni brand Rubbermaid. Yang haku punya cap getahmaid /cap ayam ja!

Tekan cret-cret ja nanti keluar la dia.
Untuk bancuhan air dalam tempat untuk spray tu aku just gunakan sikit pencuci lantai Daia Lemon+air paip+cuka+air panas. Isi sampai max level kat botol tu. Pastu spray la sampai lebam.

Yang bestnya menda alah ni fleksible gila so senang la nak masuk celah2 yang susah nak dicapai.

Haaa tengok gambar gugel ni dia spray-spray ja!
Pastu lap dengan kain microfibre tu. Kain tu pulak reusable. Boleh cuci lepas tu.
Actually tadi masa jalan-jalan kt Parkson ternampak la brand Rubbermaid. Hrmmmm, telan ayaq lioq sat sebab mahal. Yang aku beli ni kat Mr DIY je. RM35+ tak silap!
Dari segi segak tu menang lagi la kat Rubbermaid kan. Sebab pemegang dia tu siap macam ada rubber-rubber gitu. Bila try guna, efek dia sama jek! Hihihi. So kalau aku, aku prefer lagi beli yang Mr DIY ni. Murah pun murah. Tapi yang Rubbermaid tu nampak lagi segak la kenn. Tapi kalau orang nak bagi adiah spray mop dari Rubbermaid sempena harijadi ai, ai ok je! Seronok pulak kalau dapat gajet-gajet untuk bersihkan rumah ni!
***mak-mak sangat jiwa lani***

Berkilat dak? Tapi memang betul la petua guna cuka n air panas/suam tu. Memang betul berkilat lantai kalau mop gitu. Tak caya??? Cubalah sendiri.

Ok la tu ja nak kongsi tips mudah untuk mop lantai dengan hampa sempena nak raya ni.

Muah ciked***

Hai...
Lamanya tak update blog. Bz kedaung la nak2 raya ni. Sebut pasal raya, sedar tak sedar tinggal 4 hari lagi ja nak berpuasa. Lepas tu raya....

Best memang best tapi bila pikir maciam-maciam outbreak sekarang ni mula la hati tak sedap dan risau lagi kalau anak masih kecil. To be precise baby2 yang tak cukup lagi jadual vaksinasinya kan.

As usual la, takkan la balik beraya hang nak duk ja memerap dalam bilik dengan alasan nak netek sokmo. Ye dak? Mesti la nak makan ketupat palas dan balun sup gear box. Dah tu mesti ada tetamu kt rumah makpak kita kan...nak halau?takkan kot. Kompem-kompem nanti orang tanya bebyyy gebuu mana...nak ciummm ciked! Panggg sedass???berani nak buat gitu???

Kalau aku, aku akan gunakan alasan ohh ank aku tidor, penat sangat. Kalau usik dia kompem nangis! Ehh bagitau la apapun asalkan orang tu tak kacau anak aku!

Kedua, aku akan spare wet tissue banyak2. G mana pun make sure wipe dulu dengan tempat tu dengan wet tissue. Kita tak tau apa ada kat tempat tu kan.


Biar ka orang cakap ehhh macam apa ja dia nak gabuih-gabuih merata tempat. Janji hang da wipe off da pathogen2 yang berbahaya!

Ketiga, jangan berrenggang dengan hand sanitizer.


Agak2 ada org nk muah ciked or pegang2 anak hang, pass over menda ni kat dia. Biaq la orang nak kata kita ni parents overprotective ka apa ka. Sebab bila anak sakit, kita yang sedih kedaung. Kita yang takleh tdoq malam berjaga anak. Ya memang sakit tu dari Allah, tapi menda boleh elak, kita elakkan. Dalam Islam pun, mencegah lebih baik dari merawat.

So makpak yang antivacc ni, paham-paham la ya. Bukan nak kecam hampa tapi sendiri mau ingat la. Baby yg kecik tu yang tak cukup lagi jadual vaksinasi dia tu badan dia lemah. Tambah-tambah kalau prem. Ilmu vaksin pun dari Allah, dan penemuan vaksin pun dari zaman Uthmaniah lagi. Jangan la menegak kan benang yang basah dengan hujah2 tak masuk di akal tu. Oh ya, tak salah kita gabungkan makanan sunnah dengan vaksin pun. Takdak orang pun kata menda tu salah. In fact aku sendiri susukan anak aku smpai dekat 3 tahun, makan makanan sunnah dan jab dia dengan vaksin. Tak salah pun gabungkan sunnah dan perubatan modern ya.

Akhir kata, semoga Syawal kita lebih bererti dan semoga segala outbreak mak nenek ni akan segera berlalu.

Serius seram weiii, kedah negeri tertinggi yang anak tak divaksinkan. Aiyoooo.
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS