Hai hampaaaa....
Ada kat sini yang suka makan kek batik tak macam kami?
Well kami memang suka kek batik sebab sedap dan senang nak buat.
Kadang-kadang nak beli takut tak kena taste kita...kadang-kadang tengok biskut marienya tak bersalut pun dengan cekelat. Aduhhh tak leh takleh...kena buat sendiri la kalau jenis tekak cerewet dan susah nak capai piawaian ni. Hahahha



Jom la kita tengok bahan-bahan dan cara-caranya:

1. Sepeket besar biskut marie.
2. Setengah tin susu pekat
3. 3/4 buttercup
4. 3 biji telur
5. 200g milo/ovaltine

Cara-cara:

1. Masukkan buttercup,  milo, dan telur ke dalam non stick pan.
2. Kacau perlahan-perlahan kesemua bahan dengan api yang kecil.
3. Bila kesemua bahan dah bersatu elok, boleh la masukkan biskut marie yang dah dipatahkan.
4. Masukkan adunan kek tadi ke dalam bekas dan mampatkan.
5. Simpan di dalam peti sejuk bahagian chiller.
6. Lepas 4 -5 jam nanti dah boleh dihidangkan dah.



Dah senang ja kan buat kek batik ni.
Aku sejenis yang suka kek batik yang moist2 dan biskut marie nya lembut2 so aku kena lebihkan skit dekat adunan coklat dia and bagi biskut amrie tu bersalut habis. Fuhhh baru merecik. Ada sesetengah orang suka rasa biskut marie tu ranggup-ranggup skit and biskut marie tu padat-padar. So ikut korang la suka yang rasa macam mana kan.

Selamat mencuba ya.