Assalamualaikum hampa semua. 

Sihat tak tu? Seronok rasa sebab long weekend, Isnin pun cuti…boleh la bermalas-malasan di rumah. Korang gi jalan memana tak? Kami bermalas-malasan di Penang saja sebab tak lalu nak jalan-jalan Penang jammed tambah pulak Thaipussam n Chap Goh Mei bertembung sekali. Fuhhhh. Sabor ja lah. Semalam nak mencuba nasib gak nak ke Gurney Plaza tudiennnn banyak jalan katup kan so jammmed la kan. Patah balik pergi makan dekat seberang aja. Hahahhah

Ok la back to the story, kali ni aku nak cerita psal M Resort & Hotel KL yang kami pernah stay masa bulan 10 hari tu. Kebetulan ke KL untuk menziarah makcik husband di sana. So kami pun decide untuk stay di M Resort & Hotel KL yang terletak dekat area Damansara or to be precise Bukit Kiara ni. Time tu tengah hangat yang KL nak banjir. So as precaution kami pun cari la yg tak terletak di tengah-tengah pusat bandar tu kan.