Berdegar2 kat wall fb dengan isu Dr yang tak Dr yang jual modal air liur ja kejanya tu. Ya lah, tak dapat dinafikan dia pun banyak gila kot pengikut dia.



Aku pun hampir2 nak join jugak. Tapi bila aku tanya sorg kawan aku ni yang da terlebih dahulu join dunia bisnes ni baru la aku mcm "celik mata" skit. Bukanlah nak cakap pengikut dia tu tak celik mata. Bukan ya. Cuma bila kawan aku cakap, satu menda ni aku jadi berfikir balik.

Kawan aku cakap menda ni ja kat aku, ala wei. Apa yang dia cakap tu semua ada dalam buku marketing. Cuma tinggalnua kita ni bangsa malas nak membacaaa.... dengggg baby! Macam kena penampaq pun ada. Hahahha. Serius dulu masa kelas entrepreneurship and management tu adalah kelas yang terpaling membosankan bagi budak engineering macam aku ni!

Start dari tu aku start la baca skit2 marketing tips dari internet. Ala yang study notes gitu. Banyak rupanya tips2 tu mai dari buku saja. Hahahah. Aku yang malas membaca! Sebab tu dalam Al Quran Allah duk suruh sedia kita ni IQRA! sebab ni la ya.

Aku bukan nak sentuh bab2 Iqra dalam post ni. Tapi cuma satu saja, matlamat tak menghalalkan cara. Tak perlu pun sebenarnya nak tipu orang guna gelaran Dr bagai tu. Sebab bagi aku kalau knowledge kau memang power gila, orang akan follow ja kau! Tapi at the first place kau da salah gunakan title Dr tu untuk tarik audience supaya tertarik kat kau. Aku suka ja baca bisnes tips dari Puan Ainon tu. Takdak pun nama Dr kat depan dia.

Bayangkan, orang yang bermati-matian struggle bagai nak gila siapkan thesis utk PhD. Study journal, kumpul data, buat research bagai semua. Alih2 ada yg suka suki salah gunakan title Dr ni. Tak ke menyirap namanya. Dulu masa aku amik diploma aku rasa diploma tu senang je sebab aku dapat 3 pointer la katakan. Bila masuk level degree, aku rasa awat hazab kebedah sangat macam nak mampos aku struggle aku nak habiskan degree aku ni. But i made it! Cer check one of the toughest engineering course apa...hahahha.

So sebab tu la aku sampai sekarang memang duk angan2 kosong ja lah nak amik Master! Ya memang angan2 kosong ya sebab aku tau, aku ni memang jenis Research punya orang. Tapi bercinta la dengan ada anak bagai nak wat research n masuk lab bagai kan walaupun ada ja lecturer2 yang offer aku wat Master under depa. So sampai sekarang tu semua hanyaaaa angan-angan sajia. Nak sapat Dr? Jauh sangat impian aku tu. Dulu mak aku sruh amik medik jadi Dr aku takmau (sory mama, acik bukan bookworm, lagi pulak nak main2 darah bagai ni...euhhh)

So bagi pentaksub2 Dr tak Dr ni, aku cuma nak cakap...sudah-sudahla tegakkan benang yang basah dik non. Tak kira la korang cakap dia banyak tolong orang ka apa ka. Dia tolong pun bukan FREE dik non. Ingat ciri2 orang yang MUNAFIK adalah MENIPU. MENIPU TU BERDOSA. lagi2 menjadikan sumber pendapatan dengan MENIPU. so hampa rasa betul ka apa dia buat?



Ni bukan kes nak dengki kat Melayu sama Melayu ka apa ka. Aku sedih gak tengok kadang2 orang Melayu asyik kena kencing ja, modai ayaq lioq pulak tu. Sabun aura? Check tarikh lahir pasangan. Eh...macam2 btul ni. Metafizik bla bla bla....Harap2 pihak berkuasa mengambil tindakan yang keras ke atas mereka2 yang menggunakan gelaran Dr bogus ni.



***siap ada pentaksub yang sanggup merendahkan profession Dr2 yang ber PhD ni dengan tanya apa sumbangan Dr2 ni terhadap masyarakat? Ewah2 cakap sesedap rasa ja. Tu la aku cakap, nak jugak tegakkan benang yang basah. Tak paham aku. Kau hingat buat PhD boleh habis setahun ka???