Tanjong Jara Resort Review

by Alia Farhan, 12:03 PM

 Haaa lamanya pi baru nak review. Kahkahhhh… 

Ni pun sebab takleh lena kan. So haruslah kita sepam sini satu kali sampai rasa betul2 nak lena. Maklumlah skrg ni mata rasa kuyu start pukul 10 tapi time tu xleh nk lena lagi sebab ada mcm2 benda nak kena setelkan so end up kita terlepas time lena tu paham-paham ja lah kan.


Ok back to the story, cerita pi duk Tanjong Jara ni dah lepas lama dah masa bulan January hari tu sebab road trip Semenanjung Malaysia tu. Kami start dari Penang, turun ke KB, so the second pit stop is Terengganu, sek2 mung wei…kami memang plan nak stay kt Dungun. So dekat Dungun, kami stay di Tanjong Jara. 

Tanjong Jara Resort ni tengok Rizalman stay kemain lagi weiiii… cantik sungguh haihhhh. Terpegun kami. And resort ni agak ke dalam ya. Masa kami book tu kami dapat bilik yang garden ka jungle view ntah. Tapi hotel upgrade kami dapat la bolik yg sea view…ahhhh besttttt la kannn. Kami booked utk satu malam ja. Tapi masa sampai tu nak extend la another nite tapi dah penuh sob2 wei. Sumpah best wei tempat ni. Kalau nak best booknla dua malam wei. Rasa ralat kot dpat stay semalam ja.

Dah la sampai pun agak lewat kan😂 . Tapi kerlasss ya bila hang sampai ja masuk kereta kat area lobby tu nanti bunyi gong dipalu. Ahhh gituuu. So masa nak check in kena tunggu la skit nasib la diorg bagi welcome drink dengan eskrem Malaysia tu kurang la skit rasa penat tu. Tak cukup dengan tu bagi towel sejuk untuk lap2 muka. Dia punya service world class. Sebab tu diorg ni kategori luxury hotel ya. 


Perempuan ralat dan pasrah dapat stay semlam ja di Tanjung Jara ni. Semoga ada rezeki untuk stay di sini lagi dengan anak2

Masa kami pi tu bulan 1 kiranya rentas negeri semua tu dah dibenarkan la. Tapi baru lepas ja cuti sekolah. Time tu ikut penggiliran n online lagi. So turn anak kami kena online. So boleh la merayap lagi ke sana ke sini. Hahahaha

Tenang ja dekat resort ni. Hampa kalau jenis suka tranquility time boleh la pu ke sini. Dijamin puas hati sangat-sangat wei. 


Time kami pi ni stil musim tengkujuh ya. So ombak tu stil kuat. And gerun gak la tengok tu. 



Ada rasa kedesaan di situ. Seronok rasa!


Malam-malam sunyi rasa memang dekat dalam hutan siap bunyi unggas and cengkerik!

Ok aku show kat hampa kawasan luar bilik dulu nah. Kawasan sekitar resort lah ya. 



Kolam dia jenis rilek2 ja xdak la kolam wowww2 mcm kt Hard Rock Hotel Penang ka apa ka. Dia memang kolam jenis wat lek wat pis ja. Aman damai ja. Tapi ada satu side dekat hujung tu hampa boleh on jacuzzi.




Trademark kalau mai Tanjong Jara Resort kena bawakla beg rotan ni mai kt swimming pool depa. Kahlahhhh

Ok now jom tengok bilik depa pulak. Untuk pengetahuan resort ni rumah dia berkayu apa ntah lupa dah. Tapi memang jenis solid tu la. Dia macam bungalow dua tingkat tapi tingkat ataih org lain. Tingkat bawah orang lain


Pic credit to Google.

Haaa rumah dia macam ni lah kiranya. Cantik gila aku suka!



Ni dari pintu masuk. Pintu kanan tu masuk toilet


Ni dalam almari depan pintu masuk.


Ada dua katil. Satu katil queen satu katil single memang sesuai untuk orang yang mai dengan family




Feeling2  betul lah stay sini.
 

Ok semua neat n tidy


Depan katil ada tv


Ni xsempat pi. Rugi betui

Jom tengok toilet dia pulak naa

Jeng jeng jengggggg


Towel mcm2 jnis ada😂


Lain dari yg lain.


Toilet dia besaq daei ruang tamu rumah aku!
Kahkahhhh

Ok nk pulak view dekat luaq bilik!



View dari bilik aku. Cantik kan. Malam-malam tdoq bunyi ombak kuat menghempas pantai tambah musim tengkujuh dengan malam tu hujan lenat and angin pun kuat. Lepas tu bunyi cengkerik dengan katak sama naik. Ada la sedikit rasa takut di situ sebab terlalu rasa vibe dalam hutan tepi pantai di situ . Tapi tdoq meleleh ayaq lioq dengan jayanya jugak😂


Tje next morning brrakfast di cafe dia . Sedap nasi dagang dia. Sory aku takdak la pi amik gmbaq buffet set dia ka apa ka. Aku mai sini bukan nk review bfast set dia😵‍💫😵‍💫😵‍💫

Lepas makan tu kami pun jalan-jalan la di sekitar resort sebelum ecah mengamuk kepanasan. Haiii anak sapa la tu xtahan panaih tuuu🥴


Kemuncak bebai sebab hangat kita bagi dia berendam dulu lah🤪



Lpas tu kakak pun join jugak. Lepas depa setel bagi la chance ke mama pulak kan. 🥰


Ok done, Tanjung Jara Resort. Till we meet again 
❤️❤️❤️

To be honest, seronok kalau mai sini time hang tengah serabut and nak lari dari hiruk pikuk bandar tu. Memang dekat sini bagi hang vibe kampung, hutan, pantai, laut dan tradisional. Oh ya lupa nak habaq actually resort ni ada provide macam-macam aktiviti utk guest macam mencanting batik, aktiviti dengan penyu apa ntah. Tapi disebabkan kami stay semalam ja takdak la kami dapat buat benda-benda ni. Ralat di situ. 

In Sha Allah tolong doakan kami dapat pi lagi di sini dengan anak-anak sebab memang best sangat Tanjung Jara Resort ni❤️❤️❤️


































SHARE 3 comments

Add your comment

  1. wahhh cantiknyaaa! xpernah smpai lg..
    blh try staycation kat sni ngn family..

    ReplyDelete
  2. uuu memang cantik berbaloi2

    ReplyDelete
  3. terbaik. kayu kayu tu yg buat ekslusif tu kan.
    nice. nanti thn depan boleh la lepak hotel balik :) ha ha ha ha...
    thn ni camping ajo dlm diari.
    back to nature gitew, alia ha ha ha ha...

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS