Homemade Wetfood Untuk Kucing

by Alia Farhan, 11:45 PM

 Assalamualaikum

Ada yang bela Kucing dekat sini? Aku actually ni first time la bela Kucing. Memang suka meow2 ni tapi xpernah bela sebab aku xreti.



Amik dulu konet ja... Sekarang da panjang dah... 


Tapi tu la jodoh kan dengan Ivy ni sebab dia datang mnyendeng2 kat aku masa kat Garden bawah tu. Allah hantar Ivy ni utk kita orang jaga dia. Ajar erti kesabaran dalam bela Kucing uiiii... Memang bukan senang nak bela Kucing ni ya. Macam bela anak kecik jugak la cita dia bila bela cat ni.


Salah satu yang kena jaga adalah pemakanan dia la. Silap beli makanan.. Ada boleh buat 💩 dia bau satu rumah wei. Azabbbbb... Buang taik dia salin pasir selalu pun rasa wujud lagi bau taik dia tu... Perghhh pengsan noksss...

Tapi sekarang ni dah tak pakai pasiaq dah.. Sebab tak suka bila pakai pasiaq ni nanti berpasiaq habis rasa satu rumah ni... So sekarang ni guna soy tu ja. Less hazab n easy to manage for me. 

Berbalik kepada cerita wetfood. Anak bulu aku ni memang jenis makan wetfood ya.. Ngengada.. Kibbles tu makan time kena tinggal ja😂😂😂 kalau kita orang ada jangan harap dia nak makan kibbles tu. Kalau malam time orang tidur tu ya la kot makannya skit. Tapi kibbles biasa taknak.. Makan kibbles apa ntah laki aku beli.. Beli prodiet ka apa dia x layan.  Lagi satu kalau wetfood dalam tin ni paham-paham la bau hanyir tu kuat. Kadang-kadang aku la yang tak tahan bau nya. 



Ni yang buat tadi. Dah siap. Manis ya labu and carrot tu ok. 


So marilah buat sendiri wetfood. Untuk yang ni boleh la korang nak pakai daging lembu ka ayam ka ikan as protein... Bahan-bahan lain ko boleh la guna labu and carrot atau salah satu. Ikut suka la nak yang mana-mana. Macam aku ni aku beli ja isi ayam bahagian dada tu utk buat wetfood dia. Ada orang cakap guna ayam ni badan dia cepat sado... Lagipun guna ayam senang skit bagi aku sebab less hassle takyah nak perisi tulang ka apa ka. Kalau daging renyah sebab nak kena rebus lepas tu dia kan cam liat-liat gitu. Guna ayam paling senang. 


Bahan-bahan:

Ayam bahagian dada

Labu

Lobak merah


Cara-caranya:

1. Steam kan labu dan lobak merah. 


2. Da siap steam. Masukkan dalam blender. And dalam steamer yang sama steam isi ayam pulak. 


3. Steam la ayam sampai masak ya. Da siap masak. Bahagian yang besar tu potong-potong and masukkan dalam blender. Masukkan separuh air steam yang steam bahan-bahan tadi. Separuh air lagi tu boleh bagi kucing buat minum ya. 

4. Dah apa lagi silakan blend ya. 


5. Da siap blend boleh la masukkan dalam bekas and letak kan isi ayam yang disiat-siat. 

6. Gaul-gaul la isi ayam dengan yang da blend tu. 



7. Tunggu sejuk dah boleh simpan dalam peti sejuk bahagian chiller tu. 


Ni tak tau la tahan berapa hari ya. Sebab baru 1st time buat. Sebab aku rasa tak tahan nak hadap bau hanyir wet food dalam tin. Hahhaha

Ada juga aku tengok recipe yang gunakan agak2 utk bagi texture mcm jelly tu kan.. Tapi aku x letak pun sebab takda agar-agar tali yang kering tu kat rumah. Macam ni texture dia pun dah ok dah bagi aku... 


Time ni Ivy masih innocent.. Sekarang ni dia dah kejar2 orang and gigit2 orang. Geram jaaa... 


So hampa-hampa yang ada anak bulu tu.. Boleh cuba buat benda ni.. Kos dia pun takla tinggi sangat. Bau pun takda la hanyir ka apa kan.. Bau labu tu manis-manis ja... Macam puree baby pun ya. Hahhaha... Hopefully dia suka la... 

Ok la chowww 



SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Mcm kita pun boleh tumpang makan sekali.
    Ex-officemate ammi rajin buat wet food sendiri. Dia join club kucing kat FB bagai. Salute

    ReplyDelete
  2. Belum pernah cuba lagi
    Biasanya beli dry food yang dah siap aje

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Hanif
    Saya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    https://shopppermaniac.blogspot.com/2021/10/jom-tukar-bloglist-shoppermaniac.html
    JOM TUKAR BLOGLIST
    Blog saya ialah berkisar tips memasukkan bisnis online dan link kedai Shopee ke website

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS