Ok sebab hari ni hari ketiga kena partial lock down kita dah mula start guling2 macam tenggiling.. Oh hoiiii...

Ya boring mmg boring.. Tpi kita kena jugak #STAYHOME sebab tu tanggungjawab kita untuk kurangkan penularan wabak Covid 19 ni. Kalau ikut ni takkan saja2 kerajaan nak declare cuti/work from home kan. Jangan pulak time2 ni la merenyam nak pi bercuti la balik kampung lah.

2 minggu ja gais utk kita tahan diri kita. Nak ke berlanjutan sampai puasa melarat ke raya? Xmau wei xmau😭😭😭

So disebabkan kita boring... Boring2 kita update la blog. Gambaq pun da siap letak watermark kan.. So cargass kita update blog.

Untuk bilik anak2 kami.. Memandangkan kami ada dua orang anak n dua2 adalah perempuan.. So kami plan untuk buat 1 bilik sharing untuk depa dua.

Memandangkan bilik depa tak besaq mana.. Biasa lah rumah burung kan.. So kami kena la be creative kan. Kami nak bilik depa spacious and tak rasa mcm terlalu sempit untuk depa dua orang.

Pilihan kami untuk depa adalah katil loft dari ikea,Stora.


Ya katil ni lah yang kami beli untuk depa dua. Harga tu tak termasuk mattress ya. Mattress asing. 
Oh ya masa aku beli hari tu... Ikea buat sales tinggal RM1099 nad another 10% for VIP member. So dapat la dalam RM900+. Murah banyak kan. Hehe 

Ukuran stora ni adalah sepert berikut


Ukuran mattress hampa kena beli yang lebar dia 140cm. Kalau queen biasanya 150cm dalam erti kata lain kena beli mattress dekat ikea jugak yang lebaq dia 140cm ya. 


This is how they look like. 


Dat corner fill with pillows is actually a foldable mattress. So at night, Aishah will sleep here. Dia tak tdoq lagi dengan kakak dia dekat atas. 


Dalam bilik ni kami pasang aircond. No ceiling fan sebab dekat gila kot dengan kepala. So i bought this antique fan, Khind brand from shopee. And kipas ni sangat cantik and kuat ya. 


Their corner to lepak2. 


Ini propa ja ecah tu.  Nanti dia besar skit.. Dia boleh join kakak dia tdoq kat atas ni. Main reason we bought this loft because this is a twin loft.. So it's huge enough to fit our two girls.

Oh ya.. This Stora Loft from Ikea is made from solid pine wood. It is solid enough for our lil girls. 

Aku recommend la sapa2 yang ada anak2 and limited space. Boleh la beli this loft bed from Ikea. Ikea ada jual loft bed untuk single bed jugak. Yang tu pun ok gak... Boleh jimay space jugak. Yang single loft bed tu sebijik macam dekat hostel UIA Gombak. Tau sebab aku pernah pi ke bilik kawan aku dekat UIA Gombak dulu. 

Kalau ada yang nak tanya apa2 psal loft bed ni.. Boleh la drop question dekat komen.. Nanti aku akan cuba jawab ya. Thank you 







SHARE 1 comment

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS