Sebut sahaja Malaysia Airlines, sebagai rakyat Malaysia aku tersangatlah berbangga dengan Malaysia Airlines. Dari kecik-kecik dulu lagi kalau nak naik kapal terbang mesti dalam otak hanyalah Malaysia Airlines yang terlintas di kepala. Tapi tahu kah korang dengan sejarah Malaysia Airlines ni? Jom kita baca sedikit asal-usul , sejarah , pengkiktirafan dan operasi Malaysia Airlines ni.

Sejarah Malaysia Airlines.



Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang sejarah Malaysia Airlines. Malaysia Airlines Berhad (Bahasa Melayu: Penerbangan Malaysia Berhad); dijenamakan sebagai Malaysia Airlines(Bahasa Melayu: Penerbangan Malaysia) ialah syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia yang mempunyai 55 destinasi di Asia,Oceania dan Eropah. Syarikat ini juga menjalankan operasi penerbangan domestik dan antarabangsa. Hub utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala,Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dijadikan sebagai hub kedua.




Pengiktirafan


Syarikat ini merupakan salah satu daripada 8 syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Skytrax Selain All Nippon Airways, Asiana Airlines, Cathay Pacific, Garuda Indonesia,Hainan Airlines , Qatar Airways dan Singapore Airlines. Malaysia Airlines telah diberi kredit oleh IATA melalui IATA Operational Audit kerana perlaksanaan keselamatan operasinya.

Kerjasama


Pembuat pesawat, Airbus, menjalin usaha sama dengan Malaysia Airlines Bhd (MAB) bagi menyediakan komponen sokongan 'Flight Hour Services' (FHS) bagi barisan enam pesawat baharu A350 XWB syarikat penerbangan itu, serta kumpulan 18 pesawat A330 sedia ada. Perjanjian FHS dengan MAB akan meningkatkan kehadiran perkhidmatan oleh Airbus di Malaysia, yang termasuk kemudahan penyelenggaran dan baik pulih menyeluruh (Sepang Aircraft Engineering) anak syarikat perkhidmatan pelanggan yang menawarkan khidmat reka bentuk dan modifikasi kejuruteraan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur .

Perkhidmatan dan operasi.


Mungkin ramai yang tertanya tanya bagaimana perkhidmatan servis Malaysia Airlines? Malaysia Airlines menerima Pensijilan Penerbangan 5-bintang di Anugerah Penerbangan Dunia™ SKYTRAX 2013, menyertai kumpulan elit bagi produk dan servis yang konsisten dan berkualiti tinggi. Diumumkan  pada majlis yang diadakan di Pertunjukan Udara Paris 2013 yang terkenal di dunia di Le Bourget, Perancis. Malaysia Airlines turut menerima anugerah berprestij bagi ‘Hidangan Utama terbaik Syarikat Penerbangan’ untuk sajian Satay, satu sajian tradisional Melayu, disajikan di kabin Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan. Ia merupakan tahun kedua syarikat penerbangan ini memenangi anugerah itu.


Anugerah Penerbangan Dunia™ merupakan penanda aras bagi kecemerlangan syarikat penerbangan, dengan pengembara dari lebih 160 negara dan 100 kenegaraan mengambil bahagian dalam kaji selidik kepuasan penumpang terbesar di dunia bagi menentukan pemenang anugerah.


Anugerah ini sejajar dengan pencapaian Malaysia Airlines kerana menyedari intipati layanan mesra Malaysia dan adalah penting bagi pengalaman Malaysia Airlines. Sajian di dalam Malaysia Airlines juga dipilih sebagai yang terbaik di udara, dengan hidangan utama Satay, daging ayam dan daging yang dipanggang beserta kuah kacang, menjadikannya hidangan terbaik dalam penerbangan. So korang wajib try tau. Memang tak rugi. Silap silap korang akan teringat ingat keenakkan satay ni.




Menerima anugerah tersebut, CEO kumpulan Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya mengucapkan terima kasih kepada pasukannya yang komitmen memberikan layanan mesra rakyat Malaysia yang sebenar. “Dengan saingan yang banyak, ia adalah satu penghormatan bahawa Malaysia Airlines sekali lagi diiktiraf bagi tahap penyampaian perkhidmatan dan produk yang baik."


Bagi membuat penambahbaikkan terhadap perkhidmatan Malaysia Airlines, Syarikat penerbangan itu sedang melaksanakan langkah penstrukturan semula dengan suntikan dana RM6 bilion yang dijangka selesai dalam tempoh lima tahun. Antara lain, syarikat mengambil langkah mengurangkan kos, menyusun semula pesawat dan memperluas laluan perkhidmatan.


So dengan Malaysia Airlines anda boleh enjoy penerbangan anda dengan kualiti servis yang sangat baik dan layanan pramugara dan pramugari yang sentiasa iklas berikan senyuman dalam membantu setiap penumpang yang memerlukan bantuan. Bagaimana kesan naik pesawat Malaysia Airlines? Kalau soal kenyamanan di dalam pesawat ya sama saja dengan pesawat ke luar negeri lainnya, pesawatnya baru dan modern. Tersedia hiburan di dalam pesawat dengan film-film yang bervariasi. Namun, jika dinilai dari sisi keramahan, maka pramugari dan pramugara Malaysia Airlines juga antara yang terbaik melayan penumpang .Keramahan dan senyuman dapat membuat penumpang merasa nyaman dan senang .


Mungkin ramai masih tertanya tanya cara menempah dalam talian? Berikut ialah cara menempah tiket Malaysia Airlines secara dalam talian .Jangan tak tau sekarang ni korang boleh tempah dengan Traveloka ja (like...like...likeee). Caranya mudah ja korang pergi ke laman web Traveloka atau buka Traveloka app korang dan isi butiran penerbangan dalam kotak carian,


Pilih dan tempah penerbangan korang,seterusnya Isi maklumat penempah dan butiran penumpang dan Jelaskan bayaran melalui kaedah pilihan korang





Lepastu yang terakhir dapatkan e-tiket Malaysia Airlines di Tempahan Saya/My Booking atau dalam emel korang. E-tiket Malaysia Airlines ialah bukti tempahan penerbangan Malaysia Airlines. Tunjukkan e-tiket korang semasa daftar masuk di kaunter Malaysia Airlines di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk korang. Jika korang belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka. Jadi, segera click sini utk malaysia airlines online booking tawaran terbaik.


*** teringat first time ke KK dengan menaiki Malaysia Airlines dengan coursemate untuk ke National Chemical Engineering Symposium..memang terbaik betul layanan crew Malaysian Airlines and the food is good too. Super love it



SHARE 18 comments

Add your comment

  1. Wah,banyak pengiktirafan untuk MAS ni yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia Airlines antara yg sediakan 1st class facilities airlines jgn xtau

      Delete
  2. Banyak servis terbaik yang disediakan oleh MAS ya? Satu hari nanti nak juga cuba naik MAS ni. Teringin tapi tak berkesempatan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah nanti semoga awak dpt naik MAS ni..

      Delete
  3. Pagi2 dah dpt ilmu.Belum pernah naik flight.hehe.. bole la survey di traveloka nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh survey2 kt traveloka nnt..mana tau dapat hrga yg murah ke

      Delete
  4. Dulu2 rasa macam harga tiket MAS ni mahal sangat je. tapi nowadays dorang pun byk buat promotion. Pernah la a few times naik MAS.

    ReplyDelete
  5. Malaysia Airlines sememangnya memiliki nilai sentimental untuk setiap kita sebagai rakyat Malaysia. Terima kasih atas perkongsian begini! :D

    ReplyDelete
  6. Harap MAS dapat jadi syarikat penerbangan utama Malaysia kembali. Btw, tak pernah lagi terbang bersama MAS. Baru ta boleh juga tempah tiket di Traveloka. Ingat direct link MAS sahaja. Mungkin harga lebih murah bila beli dari Traveloka?

    ReplyDelete
  7. Pernah sekali naik MAS. Memang puas hati. Nie tambah pula dgn promosi yg Traveloka buat, nak kne tempah nie !

    ReplyDelete
  8. Suka naik MAS sebab tak perlu pening nak add baggage atau makanan. Semua dah setel

    ReplyDelete
  9. MAS productvterbaik Malaysia..setakat ni dh 3 kali terbang ngan MAS..next tgh plan2 mana tau dpt tiket murah..kena terjah Traveloka ni

    ReplyDelete
  10. Setakat ni pernah sekali je naik flight. Itu pun AirAsia. Tak pernah lagi naik MAS sebab rasa mahal hukhukhuk

    ReplyDelete
  11. TB tak pernah lagi fly dengan MAS, selalu dengan AA jea.. tapi diorang kata MAS ni luas sikit ruang tempat duduk dia kan.. suka tengok uniform dia.. batik

    ReplyDelete
  12. Wah info menarik ni. btw kita jarang naik mas, tapi pernah la 2-3 kali. kalau travel banyak guna airlines lain

    ReplyDelete
  13. tak pernah naik mas..haha..tak pernah naik kapal terbang pun..

    ReplyDelete
  14. It was such a long I have not flight with Mas Malaysia. The seat quite comfortable but the price a bit expensive if compare to other airline.

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS