Assalamualaikum....
Baru sempat nak update blog and nak cerita pasal kenapa aku tukarkan Adriana ke tadika lain...
I'm not gonna tell anak aku ke tadika mana sebelum ni. Sapa yang pernah baca pasal cerita kat mana aku hantar anak aku tadika sebelum ni mesti tau kat mana aku hantar anak aku.

Soalan yang selalu aku dapat bila aku decide nak tukarkan Adriana ke tadika lain adalah....
Ehhhh bukan tadika tu fames ke...bukan ke tadika tu ada good reputation ke?

Yada yada...Yes memang tadika tu fames and memang tadika tu ada good reputation. Tak dinafikan anak aku cepat membaca menggunakan teknik membaca yang diorang ajarkan.

So apa yang tak bagusnya?

Aku still percaya macam mana pentingnya membaca, menulis adalah salah satu asas dan fundamental yang perlu diajar selari di usia awal kanak-kanak macam Adriana. Means, bila kau ajar apa saja teknik membaca pun, kau tetap kena introduce ABC kepada mereka, tetap kena ajar mereka menulis ABC. Yes aku tak mengharapkan pun Adriana dapat menulis lawa gila abc macam tulisan mama dia ni. Tapi aku harap bila aku dah hantar dari 4 yo mesti at least bila dah masuk 5yo part menulis tu ditekankan. Yes masa last year memang aku tak kesah sangat pun kalau dia tak reti lagi menulis ABC. But starting this year aku start buat latihan menulis dengan dia kat rumah. Start dengan ABC la ye. Berbulan-bulan aku jadi mak singa, heran kenapa la anak aku menulis ni semacam sangat. Nak ajak menulis no 6 or tulis Q macam boleh bawak bergaduh.

Then lama aku stop buat latihan dengan dia dekat rumah. Lepas tu, aku motivate balik singa dalam diri aku supaya jadi la kucing skit dengan anak kan. Taknak la push her so hard kan. Berkali-kali aku ajar dia menulis ABC and ajar dia recognized ABC tapi dia macam lost and confius so aku tanya dia betul-betul, teacher ajar ke tak dekat sekolah tulis ABC. Adriana jawab taktak

Still aku taknak caya lagi anak aku sendiri, so aku tanya teacher dia almost everyweek macam mana ya Adriana menulis kat sekolah. Teacher cakap lemah skit. So takpa aku balik buat lagi latihan dengan dia. Kali ni jadi mak kucen je lah. Tanya lagi Adriana Adriana dah tulis ABC sampai mana dekat sekolah, stil jawapan dia mana ada teacher ajaq. Kenapa mama tak bagi buku ni suruh ajaq Adriana dekat sekolah. Dah pulakkkkk.

Kemuncak aku meyirap bila aku tanya teacher yang incharge dah introduce ABC belum dekat Adriana. Dia jawab ringkas belum. Kenapa ya puan? Aku tanya kenapa macam ni? Sedangkan aku hantar anak aku dari 4 yo, shouldn't she supposed to be exposed with recognizing ABC n writting ABC. Dia jawab memang macam tu Puan...diorang ajaq menulis suku kata terus...
for example like this

MATA- MA - TA
aku da jammed gila dah...anak aku nak menulis and recognized and menulis M A semua tu pun jenuh aku tak jadi naga. Bayangkan berapa banyak suku kata yang diorang belajaq kat sekolah. Tu belum kalau masuk sekolah nanti kena isikan tempat kosong contoh macam ni c_ncin mesti anak aku tak reti. Oh my T____T

And bila aku tanya bila nak introduce ABC and the writting? Jawapan yang dapat amat mengecewakan, at 6 yo baru diorang nak ajaq. Fuhhh, aku punya plan pulak next year aku dah nak masukkan Adriana dekat pra sekolah dekat sekolah rendah dekat rumah aku ni.

Bayangkan Adriana dah setahun lebih belajar dekat situ, nama sendiri pun tak boleh tulis lagi....i cryyyyy weiiiii.

Sebelum korang tanya aku kenapa aku tak introduce sendiri ABC and writting ABC dekat Adriana sejak dari 4y.. I did try but after aku pi diorang punya seminar pasal teknik membaca diorang dengan founder nya. Founder awal-awal dah bagitau jangan risau kalau anak-anak tak kenal ABC..sebab diorang ada teknik diorang sendiri. Nanti diorang aku kenalkan jugak ABC tu. So to play safe and taknak dia confius aku releks la tak rushing nak introduce la abc apa bagai kan.

Sekali bila aku tau hakikat at 6yo baru nak introduce and ajar anak aku menulis abc at 6yo memang aku mengamuk jugak la kat laki aku. My bad jugak sebab aku tak check betul-betul dengan diorang pnya teaching planning macam mana kan.

Other part aku rasa ok ja pasal tadika ni. Part membaca diorang ni bagus cuma aku tak pasti kenapa tak buat selari membaca and menulis. And bila aku tengok writting session pun dalam weekly schedule cuma sekali saja untuk the whole weak.

Macam aku la, bila aku study. Baik subject menghafal ka mengira ka aku still kena menulis untuk rangsangan otak aku. So bila aku tengah blur-blur time exam tu kadang-kadang aku dapat memory daripada latihan yang aku buat which means by writting, otak aku captured apa yang aku pernah buat. Same thing applied here

Part lain macam solat semua tu bagus sebab diorang ada ajar kan. Cuma part yang menulis tu la aku ralat sangat-sangat.

And sebelum korang judge aku ni push sangat anak aku at 5yo, let me tell ya something...she is my daughter and dont give a damn care pun what the others think how i raised my kids. Yes kita boleh kata alaa kita dulu 5 yo menulis oun tak tau. Darjah  1 baru tulis ABC and baru start mengeja. Believe me, as much as I want that to happen to my kids..kita tak dapat nak bohong diri kita yang sistem pendidikan di Malaysia makin mencabar. Sekali ketinggalan sakit wei nak kejar,Aku taknak anak aku ketinggalan sebab nanti kalau dia ketinggalan, self esteem dia sendiri akan berkurang.

I pray hard that Dr Maszlee can do soemthing about this crazy education system. Let's hope that this crazy system will end soon. Mak pun larat nak sakit otak nak oiiii tengok soklan susah dik nonnnn.

Sekarang ni aku harap Adriana dapat la adapt dengan tadika baru dia kan. Alhamdulilah tengok buku semua aspek dia pentingkan. Walaupun bayar yuran murah tapi aku puas hati tengok buku dan apa yang terkandung dalam buku tu.

Other than that lain-lain tu bagi aku ok ja. Cuma part menulis n kenalkan ABC  tu aku memang ralat la. Ni based on experience aku la. Korang nak masukkan anak kat mana-mana kindy pun kena tanya betul-betul teaching planning diorang macam mana. My bad, aku tak check betul-betul bab ni.


Ni buku dekat tadika anak aku yang baru. 


Buku English


Buku english


Buku sains


Buku menulis

Buku english


Buku math

Buku bm.

So far aku berpuas hati tengok buku-buku kat tadika baru anak aku ni. Tadika lama buku yg boleh bawak balik buku yang baca tu ja.😆😆😆
 Ok la dari takda kan.


Kesimpulan yang aku boleh buat...tak semestinya tadika mahal yang berbayar tu ok or kena dengan apa yang kita nak. So tepuk dada tanya apa yang kita nak. Yag penting dalam nak survey tadika apa untuk anak hampa, hampa kena la tau teachning method and teaching planning depa. Depa guna method apa. Hampa berkenan ka dak dengan method tu. Haaa compilcated dakkkk.... hampa yang tentukannnn......zassss

Hai hampaaaa....
Ada kat sini yang suka makan kek batik tak macam kami?
Well kami memang suka kek batik sebab sedap dan senang nak buat.
Kadang-kadang nak beli takut tak kena taste kita...kadang-kadang tengok biskut marienya tak bersalut pun dengan cekelat. Aduhhh tak leh takleh...kena buat sendiri la kalau jenis tekak cerewet dan susah nak capai piawaian ni. Hahahha



Jom la kita tengok bahan-bahan dan cara-caranya:

1. Sepeket besar biskut marie.
2. Setengah tin susu pekat
3. 3/4 buttercup
4. 3 biji telur
5. 200g milo/ovaltine

Cara-cara:

1. Masukkan buttercup,  milo, dan telur ke dalam non stick pan.
2. Kacau perlahan-perlahan kesemua bahan dengan api yang kecil.
3. Bila kesemua bahan dah bersatu elok, boleh la masukkan biskut marie yang dah dipatahkan.
4. Masukkan adunan kek tadi ke dalam bekas dan mampatkan.
5. Simpan di dalam peti sejuk bahagian chiller.
6. Lepas 4 -5 jam nanti dah boleh dihidangkan dah.



Dah senang ja kan buat kek batik ni.
Aku sejenis yang suka kek batik yang moist2 dan biskut marie nya lembut2 so aku kena lebihkan skit dekat adunan coklat dia and bagi biskut amrie tu bersalut habis. Fuhhh baru merecik. Ada sesetengah orang suka rasa biskut marie tu ranggup-ranggup skit and biskut marie tu padat-padar. So ikut korang la suka yang rasa macam mana kan.

Selamat mencuba ya.

Malaysia Baru

by Alia Farhan, 1:54 AM
Well well...
I'm so happy that finally we be able to speak about our mind.
The New Malaysia...

I was away from home when election happened. Yes I know I dont play my role as a citizen. But at least I know at my place (voting place, Jitra), DS Mukhriz will easily tapau other candidates kot. Kompiden kompiden.

I was in Western Australia the day Malaysians cast their votes. Hati tak tenang wei. Bayangkan all day long all we do is talkin bout the election n how we wished we were there too. Tapi ye lah kan, ticket flight boleh adjust lagi...other expenses like hotel,guesthouse and all those kereta sewa semua dah bayar. What to do kan....heavy heart..yes i do.

On 9th of May, we travelled back to Perth from Margaret River. Sampai ja Perth, check in hotel terus menghadap fon masing2 untuk update latest pooling results. Fuhhh excited dan berdebor weiiii.

Alhamdulillah...Malaysian made it. Walaupun results tau lambat. Tapi Alhamdulillah, Allah tu Maha Adil kan. Mungkin Najib lupa,cash certaintly not a king...but HE, The Mighty does!



Yes. Bought this one at 7 eleven at Hay St. We made it Malaysian. Front page in The Australian newspaper. 




This is from Perth news. 

Semua kita tau kan hutang negara banyak mana. Sekarang ni bukan masa untuk kita harapkan kerajaan baru saja. Tapi kita sendiri pun kena berusaha untuk bantu kerajaan. 

Let's hope for the better Malaysia, the brand new Malaysia. 


Hari tu rasa kalau Najib menang lagi memang nak ajak laki den migrate terus duk kat Perth. Nasib la dia kalah. Kahkah...

Next time kita cerita pasal #travelogaliaperthagain!
Till then...cya😍😍😍



Assalamualaikum semua
Hai apa habaqqqqq....
Maafkan lah tuan empunya blog yang M.I.A sebab baru ja pulang bercoti bersama keluarga tersayang.

Ok lah, cut it short kali ni nak cerita sikit pasal Ramadan Buffet Dinner di Eastin Hotel, Penang. Bertemakan Warna Warni Ala Kampung, Eastin Hotel Penang menyediakan lebih kurang 100 jenis juadah berbuka. Kalau nak tau, Eastin Hotel Penang ni terletak berdekatan Queensbay Mall yang mana terletak di Bayan Baru. So lepas ni orang-orang Bayan Baru tak kalut dah nak pi jauh-jauh untuk menikmati Ramadan Buffet yang best-best kan.

So apa yang bestnya dengan Ramadan Buffet dekat Eastin Hotel Penang ni ya? Ok kalau hampa nak tau, sempena bulan Ramadan ni, team culinary Eastin Hotel Penang ada menawarkan promosi istimewa buffet Ramadan yang mengetengahman barisan buffet yang bercirikan tradisional dengan pelbagai masakan ala kampung. Jom tanpa membuang masa lagi jom kita tengok juadah-juadah yang disediakan oleh Eastin Hotel Penang ni.


Eastin Ramadan Buffet😍😍😍



Kalau perut Melayu macam aku ni..kalau bukak puasa ja mesti kena makan nasi. Dah terbiasa macam tu dari kecik mama ajaq kan. So apa-apa nasi tu penting. Sedap nasik ni! Tambah pulak dengan lauk-lauk dia. Perghhh padu. Adriana siap makan nasi ni kosong lagi tanpa lauk lain. Sedap lewww tewww.


Aneka kerabu/ salad.
Kerabu pun omgee my fav sangat!


Kambing golek Eastin Hotel Penang | sedap bohhh. Recomended sangat. Rasa juicy. Isi kambing tak kering. Pendek kata kena dengan gravy dia memang perghhh terbaik.


Ekor lembu masak ros ni pun antara menu fav aku. Sotong kembang dia n ketam pun sedap. Makan dengan nasi panas-panas, kalau mak mentua lalu belakang pun x sedar! Kahkah


Daging kuzi pun antara hidangan yang aku jarang makan. Tapi bila dapat makan kat sini yang sedap macam ni memang walaweh. Ehh malas la nak cerita. 


Tak pernah makan kupang masak Kam Heong ni. Ehh sedap rupa-rupanya!


Nahhh mampu nak sedut gearbox macam gituuu????


Aneka pencuci 


Sedap kek nangka tu! Ehh semua la sedap kot.


Kerabu kaki ayam my fav!

Korang yang nak tau lebih lanjut pasal details Ramadan Buffet di Eastin Hotel Penang ni boleh la check details di bawah ni.




Ramadhan Buffet Dinner di Eastin Hotel Penang

Tema
Warna Warni Ala Kampung

Tarikh
18 May 2018 - 14 Jun 2018

Masa
7.00 pm  - 10.30pm

Lokasi
Swez Brasserie

Harga
RM120 nett/dewasa, RM69.00 nett/warga emas & 50% diskaun/kanak-kanak

Promosi 'early bird'
RM100.00/dewasa

Laman sesawang

Facebook

Instagram

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS