Rasa macam baru lagi ja beranak kan Aishah. Baru lagi berperang dalam hati alaaa kena cser lagi sebab baby mama dalam perut comey angat..scan2 tudiaaaa. Takpa la mama redha kena elective cser pun demi anak mama. Kita ikut ja cakap yang pakar. Yang selebihnya kita berserah ja kepada Nya. Tak penting beranak normal ka cser ka..janji anak mama selamat. Mama sakit lepas tu number 2. Macam tu la mak2 kan. Pengorbanan yang nampak kecik tapi orang perempuan ja tau macam mana rasanya. ***air mata bergenang***


My little Aishah Arissa that is not so little. Hahhaha


Dan tak percaya jugak da 1 tahun lengkap penyusuan susu ibu kepada sayang mama sorang ni. Makin sado anak mama sorang ni. Lagi 4kg sama berat dengan kakak oii. Si kakak maintain kurus kedingggg.

Di kesempatan ni nak coret kan untuk anak mama tersayang. Sory kalau sambutan hari jadi Aishah terlalu simple. But you need to know that mama,papa, kakak, maktok, makngah n d list goes love u so much.. sapa tak sayang Aishah Potpot kannnn...semua sayang diaaa.

So untuk birthday Aishah yang first ni aku cuma order butter cupcakes ja from Kak Eny Yusnizar. Food Blogger fames dari Jitra. Kebetulan time tu aku ada kat Jitra. And Amir balik dari penang petang tu untuk celebrate birthday Aishah kat Jitra.


Memang sengaja request nak butter cupcake yang simple macam ni. Color mint n pink. Ehh macam sama kaler blog ni kennn.


Sengaja mintak kekny wat simple cenggini sebab suka tengok omputih punya cupcakes ala2 rustic mcm gini haa. Rindu pulak nak layan cupcakes kan.


Adik tak reti pegang lagi. So kita suruh kakak posing la dengan cupcakes ni. Serius sedap kak eny wat wei. Cream dia tak muak langsung...in fact the nicest one aku pernah makan. Tak muak...tak manis sangat and tak melekit langsung dekat lelangit aku. Good job kak eny!



Makan pun kat kedai biasa-biasa ja. Nothing fancy sangat pun. As usual, my mom bukanlah seorang yang suka sangat menda-menda yang fancy like nak celebrate birthday wajib kena makan kat tempat-tempat fancy ni. Cukup dengan ucapan pun more than enough. Dats my mom, tu pun I insisted jugak cakap no nid to masak2 dat day. Jom makan luaq ja. And let her decided where she wants to celebrate her cucu's birthday.

So Aishah..if u happen to read this in future..please bear in ur mind dat u mean world to me. Mama sayang sangat-sangat dekat Aishah dengan kakak. Semoga membesar menjadi anak yang solehah..mendengar kata..menjaga solat dan berguna kepada agama kita.


Hai Aishah Potpot. Cepat jalan. Nanti kita boleh pi travel jauh-jauh sikit. Heppy birthday sayang. Mama loves u so much. Muahhhh.

Hampa orang-orang Jitra kalau nak cari bakers yang best gila..jangan lupa cari Kak Eny tau. Kek2 dia In Sha Allah meletop pompom.

Ni resipi buttercream cupcakes dia. Siap bagi resipi lagi haaa. Apa lagi sapa yang rajin boleh try. Aku tak rajin harap maklongšŸ˜…


This past few weeks were really
hard on me. My whole world turned upside down. I was struggling with the house chores & motherhood. I sleep less...i get tired. I can't even sleep well...my body damn tired but for God Sake..getting a peaceful sleep is a real struggle! I keep on shutting my eyes...but my brain kept on thinking like i'm awake!

So last week kepala aku pusing bagai nak gila. Siap pakej cirit n muntah lagi. Ok bukan mengandung ya. Memang rumah pun si suami y
ang kemaskan pakej beli lauk siap masak semua lagi. Tinggal aku masak nasi ja.

After ja lunch memang aku decide nak ke klinik 1 Malaysia dekat kawasan rumah aku ni ja. Best sebab Klinik 1 Malaysia ni selalunya takdak orang pun. So takda la nak kena tunggu lama ka apa ka. Bayar pun RM1 ja. Nikmat mana la yang aku dustakan ye dak.

Sekali bila MA tu check rupanya tekanan darah aku agak rendah. 80/60 ja. Patut la aku macam nak pengsan dah rasa.


Credit to Google. 


Credit to Google.

Yeah...dis is what I feel during that time.

Husband aku dah nak bawak aku ke Gleneagles dah. Tapi buat apa kan....low bp ni xdak menda lain kena minum air banyak, cukup rest ok la. Memang diakui la aku memang kurang rest.

Antara langkah-langkah pencegahan yang aku boleh lakukan untuk cegah low blood pressure/hypotension ni adalah dengan;

* dapatkan rehat secukupnya.
* minum air secukupnya
* makan benda-benda masin untuk balance kan balik blood pressure ( tapi jangan terlebih-lebih pulak kan)
* minum kopi , teh dan hot choc sebab kandungan kaffein dapat meningkatkan hormon adrenalin dan sekaligus meningkatkan tekanan darah kita.


Credit to Google.

* makan sayuran hijau seperti bayam.
* minum teh rosemary atau diffuse EO rosemary; rosemary memang terkenal untuk merawat tekanan darah rendah.


Rosemary ni one of my fav herbs. Memang ada standby dekat balcony garden. Bila pening or sakit kepala memang aku suka cabut skit and snif snif.
Picture credit to Google.


* tambah pengambilan bawang putih, bawang putih dapat menstabilkan tekanan darah.


Yes. I love garlics. Memang masak suka letak garlic banyak-banyak sebab sedap. Kalau malas jugak nak masak guna banyak garlic elok rasanya ambil ja pil garlic.
Picture credit to Google.


So far, aku rasa aku getting better dah. Cuma tu la, nak dapatkan rehat secukupnya tu selagi mana nama kau mak orang..xda maknanya lah kan nak dapat rehat yang secukupnya. 

Takpa lah kan, Allah duga dengan sakit kecil ni supaya aku beringat. Supaya aku tak leka dan terbuai dengan nikmat dunia semata-mata kan. Terima kasih Allah atas nikmat-nikmat yang diberikan. Bila jatuh sakit, kita akan rindu masa kita sehat. Alhamdulillah untuk segala nikmat yang Allah berikan.






Courtesy of Google.


Yaaaaaa...seperti yang dijanjikan kali ni kami nak cerita pasal port makan best kat Penang ni. Design Village Outlet yang dibuka pada hujung tahun lepas da makin meriah dengan kehadiran food court di sudut tersorok di tengah-tengah DVO ni. Tetapi banggunan untuk food court ni agak tersorok ke belakang ye.

Boleh baca previos post pasal Design Village Outlet di sini ya

Apa yang menariknya kat food court ni ada ruang yang selesa untuk para pengunjung yang penat bershopping untuk bersantap di sini.

Untuk kali ni kami cuma sempat rasa Char Kueytiaw, Chee Cheong Fun dan Dry Chilies Pan Mee.


Bersih, dan cantik. Good environment to have ur meals with the loves one.



With my anak kesayangan , Adriana Arissa.
Aishah Arissa with hubby went to Wendys to buy some burger.


Ordered meals from this two stalls/shops



Cant wait for her meal. Hahhaha

So let see what we had order before.


As kudap-kudapan.
Chee cheong fun ni sedap!
Harga tak silap RM3.30


This one for Adriana.
Harga RM7.30



This one is for me. My all time fav. Sedap nak mati. I usually dont rrally like mee. But this mee...it taste so goooooddddd.
You guys should try if you happen to come to DVO. 
Harga RM7.20

For me, the price is very reasonable. I hope they can maintain the taste. If not, sayang la kan. Well, lepas ni tak payah pi ke Gurney Paragon dah kalau nak makan Dry Chilies Pan Mee. And kalau lepas ni mengidam nak makan chinese food like chee cheong fun, da dekat sangat ja. No need mengagau merata nak cari kan.

And I bet mesti hampa yang mai makan angin dekat Penang ni mesti nak mai DVO kan, so jangan lupa ya mai makan tang ni.

Oklah, stay tune. Nanti kita update lagi tempat makan best dekat Penang ni naaa.



Sebenarnya, aku berbelah bahagi nak share ke tak pengalaman ngeri aku csection kali ke 2 walaupun dah hampir setahun. Aku stil remember how stress I was. Sumpah aku cakap sebab ni lah aku jadi serik nak mengandung and beranak ok.

So apa yang sebenarnya jadi kat aku ye? Pernah dengar HEMATOMA? tak pernah yek...darah beku pernah? Yes aku kena darah beku dekat kawasan kanan perut aku. Dekat area csec tu.


Courtesy of Google.


Meh aku cerita balik apa yang jadi, everything was normal, seawal 1 week aku da boleh berjalan macam biasa. Compared to the 1st csec one to my beloved Adriana. Masa Adriana it took me almost 2 weeks to get back to normal..i mean walking like normal. So I was assuming that my 2nd one was smooth one. Yes, my csec wound heal quite fast. In two weeks da tertutup rapat cantik ye.

But approaching 3rd weeks of my confinement period I start noticed something. Some of my stomach part at that area start jadi macam keras2 gitu. I feel pelik oredy. What de heck is this? I didnt aspect it was darah beku since I took heparin for 10 days. Inject sendiri wei. Scary. Kalau kakak aku ada dia tolong inject kan. Selalu dia membebel kat aku, eleh apa la takut sangat nak inject ni ja pun. Lols...berlagak kan. Mentang2 la dia dokterrr everyday kejanya nk cucuk org ja...aku ni inject sample kat column chromatography terer la kan.

So make it short, one day aku demam. And dat part makin keras. So I asked my sister since she's an Obygyn kan (betul ke singkatan Obygyn tu???) Dia da terrified dah. Membebel2 dia cakap aku gemuk la dats why jadi macam ni...hareyyy tak membantu sungguh la. Tau dak aku tengah down and stress gila. Dah la demam. Seram sejuk rasa. The she bring me to see her specialist,  scan punya scan memang nampak la ada macam darah beku tu skit.

Balik dari hospital aku dapat la panadol and some antibiotics. Few days lepas tu tetiba satu pagi tu aku bangun rasa baju aku basah2... aku ingat aku berpeluh or susu aku yang overflow. Sekali bila mandi and nak tekap bagi kering dekat tempat csec tu baru perasan yang ada darah yellowish n redish fluid came out. Perghhh menangis terus aku. Serius down gila.

Apa lagi tengah hari tu terus ke Hospital Sultanah Bahiyah ( HSB). huwaaa stressnya aku. Kena buka balik jahitan and cuci untuk keluarkan remaining darah beku. Yes kena buka balik jahitan ye. Jahitan kena bukak hidup2...xdak pelali ka apa ka..cuma kena inject dengan ubat tahan sakit. Masalahnya yg dia inject ubat tahan sakit tu pun da sakit woiiii. Sambil kakak aku buka jahitan tu sambil tu la aku menangis2 n zikir2 dalam hati. Sumpah aku da down gila.

Lepas da sudah..kena warded pulak for 5 days. Arghhh lagi la stress haku. Dah la suami aku busy nak mati time tu. Memang aku mengungkit sampai sekarang masa aku sakit dia takda pun dengan aku. Lantak aaa nak cakap apa pun. Aku sakit kot. Dah la down semacam. Nasib tak capai tahap meroyan gila vavi ja time tu.

So everyday masa warded...2 times per day kena dressing. Masa nk dressing tu memang aku awal2 da telan ubat sakit dah. Tapi time nk jahit balik tu sebelum dscharge memang kena jahit hidup2 jugak dengan kakak aku. Oiiiii stress oiiiii. Apa  la nasib aku.

Sebab tu kalau orang tanya aku bila nak mngandung lagi...aku jwab memang aku taknak. Sebab fobia aku pun tak abih-abih lagi. To women out there, masa pantang kalau boleh jangan nak melasak sangat. Aku memang da start melasak lepas seminggu. Konon da kuat la konon. Tak sangka pulak nak kena hematoma. So dont assume as korang da bebas dari sebarang sakit. Aku terbaca ada nurse yang meninggal dunia sebab hematoma kan baru-baru ni. Ya, kalau cakap kat kaum suami, dia bukan tau pun yang csec ni sakit nak mati lepas da habis ubat bius tu semua. Serius aku rasa nak penumbuk ja laki aku kalau dia sebut pasal anak number 3 sekarang ni. Jangan cari pasal aku cakap. Nak jugak tunggu la 3 or 4 tahun lagi. Doc pun da warning awal-awal aku kena gap jauh untuk ensure womb aku ready.

Tapi masalahnya...ntah bila aku nk ready? Told my husband..my next confinement kalau aku nk beranak lagi...aku nak masuk confinement centre. Tak pun hired confinement lady 1 bulan untuk aku. Jangan nak susahkan mak aku lagi. Kesian wei kat mak aku. Tak sanggup lagi nak susahkan dia nanti.

Tu la pengalaman ngeri aku lepas beranak secara csearian kali kedua untuk anak ke dua kami. Untuk kaum Adam, please hargai bini2 anda semua. Kami bukan lah mesin beranak anak kat hampa. Kami manusia sahaja. Kalau hidup tak reti nak share apa yang bini rasa...and tolong apa yang patut...silakan mereput.


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS