Yes...
It's been a month I revamped and registered domain dot com to my blog.
Yeah obviously I don't do all the make over myself. I hired kak Siti Awadah; a blogger that actively doing a make over for blogs. Yeah, aku mana la reti nak buat coding-coding bagai. Budak Chemical Engineering tau buat bomb ja orang cakap. Subject C++ dulu pun azab nak abihkan satu sem. Syukur tak repeat.

Why do i registered dot com? I think it's about a time to have my own domain what. Lucky I registered my domain before joining the SEO+C Workshop by Butterfly Project Malaysia; because one of the criteria for PR nowadays; they are normally searching and favor blog with dot com.

Well...for this time around, I requested kak Siti a very clean, simple but yet sweet as my blog "face" . Tak mau dah make up over-over okei! Less is more gitu kan..



Simple but sweet like me...
perasaaann kennnn..bagi la chance skit tuan rumah nak perasan kan

So amacam? Ok tak "muka" baru blog aku ni? 
Hampa kalau nak revamp jugak blog hampa boleh la contact kak Siti Awadah kat FB ye. Click je kat nama dia tadi tu. Terus direct ke FB Kak Siti. Oklah, chow sin chi. Nak pi tekan ayaq lengkong kat bawah apartment ni kat mesin gedegang. Panas-panas ni minum lengkong haroi cin cing la. 

Note:
Lengkong is Kedah word for Cincau
Haroi cin cing is Siam word for sedap namateyyy or yummmeyyyy



Saja nak cerita hari tu aku ada join SEO+C(ontent) workshop by Butterfly Project. As part of butterfly aku memang dah lama dah tunggu untuk pi workshop macam ni.



Lagipun bayaran yang dikenakan pun berpatutan kot. Cuma RM50 saja dapat join workshop best mcm ni. Tunggu lagi kan.


Bertempat di Canvas Damansara Perdana. 
With the main sponsor Althea Korea.


Untuk workshop ni tema dia Cool Summer Vibes dengan konsep santai. Memang best la kan. Untuk SEO, Nicholas Ng yang sharing what is SEO (Search Engine Optimization) and for Content, my favourite Dee (Leonard Heng)  from Deelicious.my . I must say baru la aku paham what the heck is SEO and what actually the PR want. Same goes to the Content sharing by Dee. Memang menarik sangat sharing yang Dee and Nicholas share ngan kami hari tu. Memang tak rugi la kami pi kan.


Hee...always the funny one!
Thanks Dee for the sharing.


Meet new blogger fellow, Fateen.


With Mama san. Thanks Tammy for your tips. I appreciate thr oppurtunity you had given me😘


😍😍😍


Time for a selfie with this watermelon icing gel bar from Ladykin.  You can get urs from Althea Korea.



I wish they all are mine!


Yahoo time for ais kepal from Frostbite.


So santai and relax.
Everybody enjoy the workshop😘



Overall, I'm happy I'd joined this workshop. Hopefully I will get to join again in the future. Thanks Butterfly Project.




pssss...
Nanti kita unboxing and show off kat hampa kami dapat apa ya during workshop..siap dapat goodies lagi wei worth m100



Sebut ja pasal Echanteur terus berbunga-bunga dalam hati ni, dek baunya yang berbunga-bunga tu kan. Rasa blooming semacam ja. Ni antara brand lege d yang wujud dari zaman kami sekolah rendah lagi tau. Kat meja mekap mak kami pun memang ada tau bedak n perfume Echanteur ni tau.





Lazimnya dikeahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan.


Jangan lupa minum air masak banyak-banyak tau untuk kekal hidrate.


Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari.  



Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!

Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.

Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan  ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.



ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badanmenawarkan 3 variasi: Charming, Romantic,dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.

ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)
Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.

ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan) 
Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban. 

ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri) 
Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.  


Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharuENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badandijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari laman sesawang ENCHANTEUR atau laman Facebook ENCHANTEUR 

Komen personal;

First time pakai lotion Echanteur ni kulit rasa lembut and moist sangat and kebetulan tangan memang kering sangat time tu. Alhamdulillah bila pakai ni tapak tangan and bahagian kulit lain pun da tak kering especially bila malam-malam nak tidoq mesti ON air cond kan. Bangun pagi mesti tangan kering, sekarang ni NO HAL lah cerita dia. Korang yang ada masalah macam kami boleh la try Echanteur lotion ni tau.

Selain mempunyai hobi dalam bersolek, melancong,melencong ,dan memasak aku juga seperti insan yang lain. Bahahhahahha. Tetapi aku juga ada satu lagi hobi yang bisa buat pak menteri menyayangi ku. Bahahahhaha.

Yes...i love gardening. Especially the edible one. Kan pak menteri suruh bercucuk tanam sendiri uolls. So rumah i di tingkat 6 ni tidak ketinggalan jugak.


Ni pokok selasih or thai basils. Ni memang favourite sangat-sangat. Buat ulam sedap. Buat letak dalam rencah masakan pun sedap.



Ni pulak brazillian spinach ya. Bukan brazillian waxπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Selalu mat2 salleh buat ni as salad sebab crunchy nak mam. Ni kat jusco mahal berdenggung wei. Yang ni paling senang nak hidup. Cukup baja. Cukup air. Gemok la dia macam tuan dia.


Ni pulak pokok tomato cerry. Bab pokok tomato ni memang fail and susah skit. Tapi harap-harap kali ni ok la kan.



Ni kalau ada stock makcik bawang yang da tumbuh daun skit tu, terus ja letak atas tanah. Boleh la guna as codiment dalam masakan kan. Yang dalam satu bekas dengan daun bawang tu nama dia ketumbar jawa or nama omputih dia culantro. Bau dia sama macam daun ketumbar biasa tu 


Abaikan ya mop tu. Bahahah. Ni pulak pokok inai. Pokok ni aku beli ya sebab aku suka pakai inai. Masa sampai hari tu pokok ni da nak botak. Sekarang getting better after letak baja organik. Dah banyak bibit-bibit daun mula keluar. Lepas ni boleh la berinai.


Dah nama pun sekangkang kera ja kan. Maka kena la be creative. Beli ja rack ikea Hyllis ni untuk letak segala pokok2 renek n herbs ni. Next time In Sha Allah nak tambah skit-skit lagi apa yang patut. 


Ni masakan campak-campak. Pastu nak bagi rasa kick aku letak thai basils ni masa tengah masak.



Ni la guna daun makcik bawang kat balcony tu. Daun bawang memang tak pernah beli ya kat rumah ni.

Kalau ikut semua pun nak tanam. Husband aku sampai stress dengan bini dia. Aku cakap biarlah aku buat hobi aku yang satu ni dari aku duk membawang bergossip dengan kak leha kak timah kat bawah tu. Maka laki aku pun pasrah ja lah dengar aku membebel. Sambil membebel tu aku selalau akan cakap..Ya Allah murahkan rezeki suami aku ni supaya boleh beli rumah landed pulak one day! Amin...senang aku nak bercucuk tanam lepas ni. Hahahaha

Sebenarnya aku ni pun tak pandai tara mana pun bab gardening tu. Tapi aku belajar la skit2 dengan orang yang pandai bab-bab ni. Diorang cakap no such things as green fingers ok. Semua nya kena belajar and gali knowledge.  Tak tau kena bertanya. Kalau tak nanti sesat jalan gitewww haaa

Ok la chow. Nak pi kemas rumah n masak pulak ye. 




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS