Ok dah lama kan tak review tempat makan yg best kan...

So jom kali ni nak cerita pasal satu kedai Western Food. Kedai ni located dekat Perda tau.


Sempoi-sempoi ja kedai dia.


Kedai dia pun takla crowded sangat pun.


Sory gambaq blur sikit.


Antara menu-menu dia.


Ni yang aku order. Amik set yang chicken grill dengan pasta. Seriously sedap nak mam ok. Harga RM12.90 kalau tak silap aku. Ok la sangat-sangat kan. Ada jugak set dengan nasi goreng. Tapi mak jem order dengan pasta ja. Pasta pun boleh request nak yang mana. So aku order aglio olio. Favourite dish kiranya kat sini.


Ni pulak husband aku order Mixed Grill. Walaweh. Big potion ok. Harga RM30++. Can't recall harga sebenaq dia.


Ni pulak meatball. Ok la. Harga tak ingat. Tapi memang rasa daging sejibik-jibik la. Macam takdak add on tepung pun. Terbaik laa rasa dia.

Overall rating:
4/5 la untuk taste semua.

Harga pun ok la bagi aku kan. Food pun serve bagus. Tak lambat sangat pun.

Location:
No 19, Lorong Perda Utama 7, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
Dibuka hari ini 6:00 PTG – 2:00 PG

Nak senang korang leh google ja.

Apapun memang akan repeat punya lah.

posted from Bloggeroid


Adriana demam. Sedih mama tengok.


While mama has so many soap to produce for a customer as xmas doorgift.

Phewww.

posted from Bloggeroid

Hai pengguna-pengguna tegar Shell macam aku. Gimme 5 skit.

Ada yang tengah collect lego collection yang Shell keluarkan sekarang ni tak?


Aku ada terlepas satu dah. Yang shell station n lego miniture tu. Hishhh stress mak jemah tau.


Almost every week memang sengaja isi minyak hari Ahad untuk dapatkan kereta-kereta lego ni.


Yang ni masih dalam plastik. Malam ni mintak husband pasangkan lah. Terasa ruginya lahai terlepas yang shell station tu.


Ni syarat-syarat untuk korang dapat beli Lego Collection ni ya.

Memang saja nak tempek kat blog sebab ahad depan nak kena p isi lagi untuk dapatkan yang next pulak.

So apa lagi korang. Mari la beramai-ramai serbu Shell ahad nanti. Dapat yang shell tank truck tu pun macam best gak. Limited edition kata kau... yang tak li
mited edition ni pun selling fast gila kot!

Kalau ada sapa-sapa bermurah hati nak bagi aku shell station tu bagitau na. Nak jual pun xpa. Tapi jangan la melampau-lampau nau harga dia. Aci dak?

posted from Bloggeroid


Proses wean off malam pertama... berjaya!

Diharapkan betul- betul boleh wean off kali ni.

Mama is penat oredy sayang. Need some rest before next pregnancy dear kakak anena bushuk masham. Amboi next pregnancy gitchuuuu. Kita merancang. Allah yang menentukan. Ye dok?

posted from Bloggeroid

Ada betulnya jugak

by Alia Farhan, 11:37 PM
kita hepi2 meraikan ank2 yg bejaya dpt 5A. tp kau sibuk nk cerita kebodohan masa lampau kau tu.

setiap kali result exam keluar ade je manusia mcmni

aku dlu dpt 5c tp skrg aku menteri
aku dlu 5e skrg aku jutawan
aku dlu 5g tp skrg aku ada phd
aku dlu 5h skrg aku bnyk duit

ank2 y kurang berjaya ptt diberi semangat agar terus usaha agar x ulangi kesilapan dan kelalaian dlm menuntut ilmu. bukanya disogok dgn cerita2 kebodohan kau tu. kalau mcm tu kau hntar ank g sekolah buat ape. biar ank kau tu x sekolah. kan boleh bejaya jgk.

nk kira rezeki, cacing dlm batu x sekolah sehari pun dpt mkn jugak. allah bg jgak rezeki.

Sumber dari status Fb seseorang.

***betul tak??mak bapak mana tak bangga ank dpt keputusan cemerlang...yang dapat x berapa ok, parents bg la support. Jangan bagi depa down. Apa yang penting kena berusaha la kan. Aku ni nama ja 5A masa UPSR..msuk SBP, xnak study. Baloq liat jangan cakap sebab tu aku tak heran result PMR & SPM aku macam tu. Masuk U struggle n baru tau ekeleh kacang ja Add Maths n Chemistry dulu tu. Kesimpulan dia memang bukan senang nak berjaya dik non. Ukuran kejayaan pun bukan boleh dinilai dengan kau da jadi menteri sekarang ni ( sebab menteri 3.85 pun ada yang bahalol...Lulz), inginiaaa atau hatta doctor sekalipun.

Konteks berjaya ni luas. So apapun nak terangkan kat sini ilmu tu penting. Nak gali ilmu kena rajin dan jangan pemalas. Ni kata-kata dari orang yang pernah jadi pemalas dahulu. Nasib masuk U aku terajin sikit.

Sebab tu mak aku sampai sekarang asyik membebel kata aku ni taknak study masa kt SBP dulu. Ya lah memang pun, dia tak tau aku ni kuat memberontak n tanda protes aku kat dia sebab aku taknak duk SBP adalah dengan tak study. Tu la hadiah untuk sebuah kebodohan aku masa lampau. Tapi pikiaq balik kalau aku rajin n result aku excellent n further kat obersea sana mungkin aku tak jumpa la husband aku kan. Tak leh la nak gadoh kat lab masa wat welding semua tu. See, aturan Allah tu sebenarnya cantik jugak. Ye dak?

So adik-adik n parents u should know ur children better. Don't be too judgemental! Kalau rasa annoying tengok anak orang berjaya, u should check ur hati back. Ada penyakit hati ka apa. You pun tak tau kan macam mana struggle nya sesetengah parents hantaq anak depa p tuisyen, kena berjimat cermat sebab nak spent money kat tuisyen anak2 lagi (dengan living cost sekarang ni kan). So stop makin stupid statement, aku dulu 5C dapat ja jadi tokey emas bagai. Ewahhhh. Sebelum kau jadi tokey emas tu taknak cerita ka macam mana struggle nya bagai pulak kan. Point is, setiap orang aturan hidup dia tak sama.

Betul tak?

posted from Bloggeroid

Actually ayam bakar ni buat untuk makan dengan nasi ayam. Saja nak jamu nasi ayam kat mama kan.



Ayam bakaq yang segak ni simple ja resipi dia.

Bahan-bahan:
•ayam
•kicap
•gula
•garlic yang ditumbuk or blend
•serbuk halia
•sedikit minyak (nak bagi effect shining skit)
•serbuk cukup rasa

Cara-cara:
1. Perap kesemua bahan dalam 1 jam.
2. Panaskan oven dalam 15 minit pada temperature 160C.
3. Bakar ayam pada suhu 180C selama 45 minit. Guna api atas bawah ya.
4. Siap untuk dimakan dengan nasi ayam. Nyummmmyyy.

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS