Senang ja pun.. Jom tengok bahan dan cara2 dia...
Bahan-bahan:
Cabai kering (Guna yang jenis tak pedas)
1 biji Bawang besar
6 ulas Bawang putih
Daging
2 biji telur
SOS tiram
Namfla
Cuka
Garam
Serbuk perasa
Nasi
Kalau ada sayur letak la sayur.. Aku xda stock sayur.. So xla letak.
Cara-cara:
1. Rendam cabai kering sampai lembut cabai kering tu. Aku guna air panas ja senang skit.
2. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan cabai kering. Tumbuk kasar ya. Baru Dapat texture cabai kering tak hancoq macam tu. Sebab tu aku tak Guna blender sebab selalu akan over hancoqqq.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi.
4. Masukkan daging,titis sedikit cuka. Tujuan cuka ni nak bagi daging lembut.
5. Masukkan air setengah cawan adn biaq kan dalam lebih kurang 10 minit utk bagi cabai kering masak n daging tu lembut skit.
6. Bila ayaq dah kering masukkan sos tiram, Namfla Dan pecah an teloq.
7. Biaq teloq tu dah agak masak baru pecah kan dia.
8. Masukkan nasi dan gaul sampai sebati. Jangan lupa perasaan dengan garam dan serbuk perasa.
9. Kalau ada sayoq boleh letak sayoq. Kalau takdak.. Dah siap. Tapi aku suka nasi gorang aku ni goreng ranggup2 skit. Tak suka lembik2 gitu. So aku biar masa goreng nasi ni lama skit.
10. Dah siap.. Boleh tangkap gmbaq untuk orang macam aku ni. Hahahha
*** nasi goreng ni kalau ranggup2 skit lagi best. Lagi2 kalau dengan cabai kering ni. Biar goreng sampai nasi tu lompat2 skit dalam belanga hampa tu. Tadaaaaa
Aku memang suka gila tengok cooking ig dari Siam tau sebab tengok Masakan depa tu simple sangat selalunya.. Lepas tu sennag ja. Yang penting nampak sedap kan.
Without further due, jom kita tengok bahan-bahan dia and cara-cara dia.
Bahan:
Cabai melaka 8 biji(nak pedas letak banyak)
Cabai besaq merah 2 biji
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 10 ulas
SOS tiram
Namfla/sos ikan
Cuka
Ayam/udang/sotong
*garam
*serbuk perasa
Daun selasih/Thai basil
*petai.
Cara-cara:
1. Blend cabai besaq, cabai melaka, bawang besaq dan bawang putih. Jangan blend halus sangat. Aku guna tefal chopper tu ja. Senang dia punya tak jadi halus.
2. Panas kan minyak, tumis bahan tadi.
3. Masukkan ayam. Tambah air skit.
4. Then masukkan sos tiram, Namfla dan cuka.
5. Kalau nak letak udang dengan sotong boleh letak. Then letak Thai basil's tu.
6. Kalau rasa xckup apa2..boleh tambah garam and serbuk perasa.
7. Kalau nak letak petai.. Boleh jugak letak time ni. Dah siappp.
Resipi : Sup Tulang ala Siam Mudah Dan cepat dengan Philip Pressure Cooker
Disebabkan musim Qurban and husband aku pun buat korban tahun ni.. Maka dengan ini.. Lepas bagi2 dekat orang pun still banyak jugak daging yang ada kat kami ni.
Untuk bahagian tulang ni memang xda la kan nak buat menda lain. Memang dalam otak nak buat sup ja. Plan nak buat semalam tapi sebab sakit gigi gilos kelmarin.. Maka aku tangguhkan dulu niat aku...
So hari ni bila da bangun.. Gigi pun dah ok.. Apa lagi... Pi kedai aceh cari paste Sup Siam Adabi tu. Beli saderi.. Beli tomato.. Beli cabai melaka.. Daun ketumbar... Dah siap Barang2 untuk sup tulang siam ni
Sebelum aku cerita dengan lebih merapu lagi jom tengok bahan-bahan yang aku guna ya and cara aku buat sup siam ni ya...
Bahan-bahan:
8 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Akar daun ketumbar
Saderi
Tomato 1 biji
Paste sup siam adabi
Tulang lembu+sedikit daging
Cuka / air perasan limau nipis/limau kasturi
Garam
Serbuk perasa
3 serangkai-buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang.
Cara-cara nya:
1. Blend bawang putih dan bawang besar.
2. Dalam Philip pressure cooker, panas kan minta. Set baking vege, 3minit. Bila minyak dah masak tumiskan bahan blend dengan tiga serang kau tadi tu. Biar sampai bahan tu is tu naik bau ya.
3. Tambah air dan masukkan tulang lembu yang hampa beli atau hampa Dapat sempena korban ni.. Tambah lagi air kalau air terlampau skit. Untuk yang Guna pressure cooker macam aku ni.. Just bagi air tu lebih skit ja dari paras tulang/daging tu.
4. Masukkan paste sup siam Adabi ya
5. Set knob valve ke Pressure dan tekan button beef/tendon. Masa yang dia bil dalam 30 minit ya.
6. Lepas 30 minit +, plus sebab dia akan pressurised kan dulu dalam pressure cooker tu.. Sebab tu jangan letak air banyak.. Kalau letak air banyak.. Lambat masa nak ambil untuk pressurised kan dalam pressure cooker tu. Bila dah bunyi beep, release venting valve dan biar sampai semua pressure dah release.
7. Masukkan Akar daun ketumbar, tomato dan daun saderi. Jangan lupa perasakan sup siam hampa ni. Aku lupa nk beli limau nipis/limau kasturi.. So aku guna ja cuka. Atau sapa yang ada air limau nipis yang dari Siam tu boleh ja Guna tu. Bagi balance tiga2 rasa ni... Pandai2 la balance kan garam, perasa dengan cuka tu.
8. Dah siap. Boleh cedok and letak garnishing macam daun ketumbar dan bawang goreng. Lagi banyak lagi sedap.
*** bagi yang takdak pressure cooker... Masa memasak hampa akan ambil masa lagi lama sebab nak tunggu segala urat2 n isi tu lekang dari tulang akan ambil masa jugak kan.
Ada ka kat sini orang yang tak suka makan nasi ayam? Ada ka? Ehhh. Sesuatu sangat kalau tak suka nasi ayam kan. Nasi ayam ni antara comfort food kami anak beranak.
Benda paling simple kalau malas nak masak nasi lauk2 adalah buat nasi ayam ni. Aku paling suka buat nasi ayam ni sebab senang gila. Semua boleh buat Sambil lalu ja.
So disebabkan hari ni memang plan nak buat nasi ayam. So marilah kita pi beli Barang2 dapoq untuk buat nasi ayam and beli stock untuk masak sekali kan.
So balik ja dari beli Barang2 dapur untuk stock minggu ni. Maka aku pun Sambil lalu terus ambil periuk isi air dan panas kan air tu.
Lepas tu terus cuci2 ayam Sambil tunggu air dalam periuk tu panas. Sementara nak panas tu, sempat la cuci semua ayam. And bahagian untuk masak nasi ayam hari ni dan untuk simpan dalma freeser kan.
Bila air dah mula panas, aku masuk kan kaki ayam, tengkuk ayam, kulit ayam ke dalam air yang dah mula panas tu. Lepas tu masuk kan ayam-ayam yang memang dah set untuk buat nasi ayam tu dalam periuk tu jugak. Dalam periuk yang sama masuk kan la halia, bawang, sup bunjut, garam dan perasa.
Bila sup tu dah mula menggelegak dan nampak ayam2 tadi dah mula masak... Aku suka rebus sampai setengah masak. Then aku angkat dari kuah sup tadi.
Sementara tu boleh dah start buat sos nasi ayam dan kicap tu.
Jom tengok cara aku buat nasi ayam aku.
Ayam leleh moist!
Dalam bekas lain, tuang sos tiram, kicap manis, gula, garam Dan gaul ayam yang dah rebus separuh masak dengan sup tadi. Dan biarkan seketika. Lepas 20-30minit boleh la start goreng. Masa menggoreng dah jimat sebab ayam dah separuh masak.
Nasi ayam.
Untuk nasi ayam ni ikut korang la nak buat berapa pot. Aku guna 8 pot kecik sebab nasi ayam kat rumah ni laku keras. Untuk 8 pot beras ni, aku cuci beras macam biasa la.
Dalam rice cooker(aku guna Philip pressure cooker) , panas kan minyak dan tu is bawang and daun pandan. Masuk kan beras tadi. Aku masuk kan 4 pot air biasa dan 6 pot kuah sup yang aku masak tadi. Dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa. And letak kunyit skit untuk bagi Seri skit dekat nasi tu. Lepas 14 minit nasi siap!
SOS nasi ayam
Bahan-bahan:
Cili besar-5 bijik
Bawang besar
Bawang putih-5/6 ulas
Gula
Air bertapis/masak
Cuka
Caranya:
1. Buang biji cili besar. Masuk kan semua bahan di atas ke dalam blender.
2. Blender sehingga halus ke semua bahan-bahan tadi.
3. Dah siap boleh tuang dalam mangkuk.
Ni stail mak aku ya. Memang kita orang tak masak sos ni. Sebab bila masak memang kurengg kick dia.
Kicap pedas
Bahan-bahan:
Cabai melaka
Bawnag besar
Bawang putih
Kicap manis
Gula
Cuka
Air masak
Cara dia mudah ja. Masuk kan semua bahan dalam blender dan blend ja. Lepas tu letak dalam mangkuk. Dah sudah.
Kuah kicap cair.
Untuk yang ada anak kecik tu taknak letak sos atau kicap pedas tu boleh la buat kuah kicap cair ni. Cara dia mudah ja. Ambil satu senduk kuah sup. Pastu masukkan balance kicap2 yang Guna perap ayam tdi tu.
Dah siapppp..
Simple ja kannnn..
Oh ya untuk sos tu kan boleh buat cicah cucoq udang yang goreng ranggup2 tu.. Perghhh rasa dia terangkat. Kalau tak habis sos and kicap pedas tu boleh la simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan. Keluarkan la awal. Buat cicah2 memang best.
Resipi : Homemade Steak ala Tennesse Steak TGI Friday
For steak:
Aku beli potongan daging lembu yang biasa dekat Aeon Big tu. Harga takda la mahal sangat pun.
So what I do is aku marinate sat dengan pepper and salt. Lepas tu aku terus grill dekat dalam pan. Each side sat ja aku grilled sebab aku spesis yang tak suka steak aku well done tau. Kenot weiii... Tak syiok nanti. Aku suka jenis medium or medium rare. Tengok la kat atas tu macam mana tahap dia punya cook level dia.
Level2 of steak doneness ni pun ada macam jenis tau. Aku paling suka medium or medium rare la. Pernah makan dekat Chilies mintak yang medium rare.. Dia bagi hat blue rare kat aku. Lemak pun tak dan nak masak lagi.. Hareyyy sungguh laaa.
For Tennesse gravy /kuah ni pulak ni cara kami buat ya mengikut olahan aku sendiri
Resipi SOS Tennesse
Bahan-bahan:
1 sudu olive oil
Crushed garlic
Onion potong cube (ikut resipi pkai whitr onion tapi aku xdak..pkai makcik bawang biasa🤣)
Brown sugar
Kicap
1 tbs sunquick ... ni aku hentam ja bubuh
Cuka skit (resipi pkai air lemon..xdak so aku guna cuka ja)
Sos tiram skit(ni pun aku pkai hentam ja bubuh)
Chili flakes skit
Cara nya:
1. Panas minyak..saute kan garlic ngn onion...
2. Pastu masukkan ayaq...masukkan kicap..gula merah..sunquick..cuka..sos tiram n chili flakes...
3. Pastu simmer la sampai pekat...aku tdi terlebih chili flakes so terpedas skit...😂😂😂 But rasa dia still sedap nak mampoih.. Hhahahha
For mashed potatoes
Bahan dia simple gila. Aku guna kentang, salted butter dengan pepper ja.
Cara nya:
1. Rebus kentang. Aku tak buang kulit dia ya. But before rebus tu cuci la kulit dia tu Elok2 ya. Aku prefer ala2 omputih punya mashed potatoes yg ada kulit skit.. Sedap oi...
2. Bila kentang da siap rebus. Lepas tu hang mashed la Guna hat lenyek tu ka Guna sudu ka ikut suka. Masa nak lenyek tu masukkan butter dengan pepper. Dah siap. Kalau rasa muak dengan kentang.. Boleh replace dengan ubi kayu.. Aku pernah makan kt TGIF depa buat yg version ibu kayu yang oren tu.. Sedap nak mampoih wei..
As usual la nak buat ikan keli ni kena bersiang buang Elok2 darah dekat celah-celah tulang perut dia tu. Lepas tu cuci pak dengan air asam jawa bagai kan sampai hilang lendir-lendir dia tu.
Lepas dah hilang lendir semua tu baru la elok nak buat masak makan OK.
So mari lah kita tengok bahan-bahan yang digunakan ya.
Bahan-bahan
1. 2 sudu besar paste bawang besar
2. 1 sudu besar paste bawang putih
3. 2 sudu paste cili blend
4. 5 6 biji cili kering yang dire dam Dan ditumbuk kasar (aku tumbuk Guna lesung bagi kasar-kasar sebab aku suka texture cili kering yang kasar-kasar bila buat sambal ikan keli ni.. Kalau malas takyah buat cuma lebih kan dekat paste cili blend tu)
5. Asam keping
6. Gula
7. Garam
8. Pak aji
9. Minyak untuk me goreng ikan keli.
10. Ikan keli yang dilumur dengan tepung gandum, garam Dan kunyit.. Tujuan letak tepung gandum nak elak kan letup2 tu.
Cara-cara:
1. Panas kan minyak yang mncukupi untuk goreng ikan keli. Aku buang part kepala sebab part kepala paling kuat letup-letup dia. Tapi bila letak tepung gandum tu xda la letupan gunung berapi minyak ikan keli tu. Kalau tak azab nak kena pakai penutup belanga buat shield.
2. Goreng tak payah garing-garing sangat sebab nanti nak masuk dalam kuah kan.
3. Dah siap angkat. Minyak suku Guna untuk mnum is segala bahan-bahan sambal tu. Balance boleh ja simpan utk mnum is sayur ke apa ka. Ikut suka korang la
4. Tunis segala bahan-bahan paste tadi sampai naik bau. Then masuk kan asam keping. Lepas tu masak hingga pecah minyak and sambal masak.
5. Perasakan dengan gula garam Dan pak aji.
6. Masukkan ikan keli yang digoreng tadi. Dah siapppp..
Resipi Bubur Nasi Berlauk Mudah
Basically for the porridge /bubur Nasi /moi part I just cook using my Philip Pressure Cooker. It's a lot easier n faster. Hahhahah
For bubur nasi
For moi/bubur nasi all u need is beras and water. Macam aku guna Philip Pressure Cooker so...
1 cup of rice grain + 2 cups water. Lepas tu masukkan dekat dalam Philip Pressure Cooker and then press mode "Congee" and then press START.
After 13 minutes ur moi /bubur nasi is ready.. Kalau guna rice cooker biasa pun boleh tapi ambil masa skit la kan untuk nasi tu pecah and jadi moi.
And for the lauk parts.. U can cook basically anything u love. I basically cook what I got in my freezer. There are beef, mushrooms, dried anchovies. So here we go....
Resipi : Kerabu Ikan Rebus Bersama Terung Bakar
Mengiurkan tak? Hahhahaha
Nak buat title pun kadang-kadang boleh kemurungan. Ada ka macam aku ni haa? Lately ni rajin post resipi lah dia sebab tu yang senang and tak payah gaduh2 nak kena karang panjang-panjang kan.
Banyak lagi hutang entry ni..tapi pelan2 kayuh la kan. Aku pun busy skit lately ni dengan urusan rumah sewa adik aku and rumah aku yang nak dijadikan guesthouse tu. Lepas tu last week melepet ja 4 days cirit birit wei.
So dah baik ni marilah kita masak sepenuh jiwa raga gitu haa.
Cakap banyak taknak la kan.. Moh ler kita tengok bahan-bahannya ya
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Serbuk kari daging
Serbuk cili
Serbuk jintan manis
Cuka / perahan lemon
Kicap pekat manis
Lada sulah
Garam
Gula
Serbuk perasa
Caranya:
1. Blend kering bawang besar dan bawang putih. Lepas blend sapu rata bahan blend dekat ayam.
2. Lepas tu masukkan bahan-bahan lain dan perap la selama mana korang nak. Bahan-bahan perapan ni actually aku main agak ja tau. So ikut korang la ya.
Nak senang.. Taknak susah2 basuh tray nanti ayam melekat ka apa ka.. Lining kan ja dengan aluminium foil tu. Kannn senang.
3. Yang ni aku sempat marinated selama 2 jam ja sebelum bakar tadi. Tapi rasa dia padu kot.
4. Lepas marinated selama mana yang korang nak, aku bakar guna oven ja. So aku panaskan oven pada suhu 220 deg C selama 10minit macam tu.
5. Lepas oven dah panas aku, set masa untuk bakar dekat dalam 30minit macam tu.
6. Lepas 30 minit bila oven dah bunyi ting2 tu boleh la cepat2 keluarkan. Jangan biar lama dalam oven takut nanti kering dan hilang juicy ayam bakar tu. Aku jenis tak suka kering-kering. Sebab tu aku nak ayam bakar aku tu crispy at the outside tapi juicy inside gitohhh.
Nampak crispy tak kulit dia tu? Dalam dia perghhh juicy siot.
Letak timun jepun... Ni kalau buat nasi ayam pun cara ni
Siap untuk dimakan. Ni kitaorang makan dengan masak lemak ayam and sambal ayam penyet. Perghhh merecik hawauuuu.
Ok lah korang.. Selamat mencuba ya.
2 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
Sedikit kunyit hidup* (aku takdak so aku tak letak lah. Kalau letak tu lagi power aroma ori kunyit tu kan.)
8-10 biji cabai melaka * (nak pedas lagi letak lebih.)
3 senduk kecil Santan pekat.
Sekeping asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa
Udang 15 ekor (ikut korang.. Nak letak banyak lagi pun tak kesah)
Cendawan (lagi banyak lagi sedap la kan)
Cara-cara:
1. Bersihkan udang.
2. Blend bahan-bahan yang bertanda *.
3. Panaskan bahan-bahan yang diblend tadi dan tambahkan air.
4. Masukkan asam keping, bagi yang takdak kunyit hidup macam aku.. Sila lah masukkan serbuk kunyit.
5. Bila dah start menggelegak boleh la masukkan cendawan dan udang tadi ke dalam periuk.
6. Masukkan santan dan perasakan. Kacau kuah tadi, jangan sampai pecah minyak. Nanti tak cantik la masak lemak tu.
7. Nak pekat, kacau la lama-lama skit sampai pekat ikut kepekatan yang korang prefer.
8. Dah capai kepekatan yang korang suka. Silalah tutup apinya dan hidangkan lauk korang tu.
Ini makan dengan ikan kering/masin dengan ulam and sambal belacan mau mak mentua lalu pun watdek ja lah.... Kalau mak mentua marah or sentap ngan korang. Korang ajak dia join sekali makan.. Nescaya terus jadi menantu kesayangan. Kahkah.
***disclaimer... Ni cara aku punya masak lemak cili padi tau. Diolah mengikut tekak aku. Ada orang cakap pure nismilan tak pakai bawang... Tapi aku ni sejenis mesti nak pakai bawang jugak.. So aku guna ja ikut suka hati aku. Maaf lah org nismilan kalau resipi aku ni resipi derhaka. Tapi aku tetap suka masak lemak cili padi forever.