Showing posts with label parenthood
Disebabkan sekarang ni musim panas dan kering... Dah keluar da warning paras air dekat water reservoirs ada yang dekat paras genting. Penang salah satunya lah kan.

So as parents.. Tanggungjawab kita jugak untuk ajaq anak2 kita supaya jimat air. Ya aku mengaku selama ni aku biaq ja anak2 aku mandi lama2 sampai kecutw jari tu tanpa rasa bersalah pun.. Now rasa bersalah sangat. Bayangkan berapa L ayaq yang dibazirkan macam tu ja masa depa mandi....bayangkan kalau dari 30minit...hampa limitkan kepada 5 minit ja.. It can make a huge difference kan?


Tu belum lagi kena ubah habit.. Tutup air masa cuci muka.. Berus gigi.. Shaving ka kan.. Nampak mcm eleh.. Berapa lah sangat air yang keluaq tu kan😢 tapi percayalah... When we try to change our habit... We can make a huge difference.

Now i cut down my daughters shower time. No more nak main2 dalam bilik ayaq lama2 na.. Start dari mandi.. Aku mandikan.. Aku sabunkan... And then da rinse habis badan cepat2 tutup air shower semua. Ok done. I also told them... U have to cut down ur shower time as we need to save the water. Lega dah paham bahasa ni lain la skit kan.

Dah musim panas and kering ni..paham2 la... Pokok pun cepat ja layu... So kadang3 sehari siram 2x jugak la...

Padahal pokoknya taklah banyak mana pun pun.. Ada la xsampai 15 pokok pun. Tapi kadang2 1 timba kecik tu pun xckup.. Sebab apa... Bukan main lagi tuang dia tu kannnnn... Padahal pokok dalam pasu ja pun .Lagi2 kalau Ecah yang nak tolong siram. 2 baldi silap2 pun xckup sebab nak main2 siram pokoknya tu.


Cara dia.. Aku guna botol 1.5L la kan sebab senang and ringan. Budak2 nak pegang pun boleh lagi. Dekat penutup dia tu.. Aku cucuk2 dengan pisau yang dipanaskan dekat hujung dia tu. 



So another way i save the water is by using air basuhan beras. Whenever i want to cook nasi.. Sure kena basuh kan.. So aku akan tadah and simpan. Nanti bila nak siram pokok aku akan masukkan ke dalam botol ni. 


So ni la botol khas aku untuk siram pokok2. Lebih dari cukup 1.5L air ni ok u tuk siram pokok2 dalam pasu ni


Dah segar. Dah la dapat baja/nutrient khas dari air basuhan beras tu... Dah seppo xyah tadah tap water semata2 untuk siram pokok2 ni kan... 


Save the water.. Save life... 






Mak cerewet

in , , by Alia Farhan, 5:15 PM
You know u when u become a mom suddenly u become so cerewets. I mean sooooo cerewet sgt2. Yeah it's me.

It happened to me last nite we're rushing to Gleneagles from Juru to the island side. Boleh pulak fullhouse weiiii. Why I don't go to the nearest hospital at my place? To be frank, I have a very-very bad experience with KPJ Bukit Mertajam Penang. From my first daughter experience. Me myself dont mind if I'm the one to be treated there. I'd done my tonsilacetomy there by the way.

So cut it short, from my previous experience with Adriana who that time was 9 months plus I think, the paed refuse to touch or even checked her just because she screamed her lungs out. Well at least kena check la kan her lungs by using his stetoscope ke apa ka. But the paed didnt. Yes budak tu memang la dia da tentu2 takut ngan doctor. Tau2 suruh admit. So bila da admit, bagi ubat ja. And we stay there ONE NIGHT ONLY and it cost us like RM1.2K. We didn't stay in SINGLE ROOM BUT STAY IN 3 BED ROOM.

Adriana tak kena dripped air or ubat pun dat time. So the next morning during ward round, again the paed tak pegang langsung anak aku. He just observed dengan mata kasar ok. Kepala hotak dia. So the rest is history. Sejak tu aku BANNED terus KPJ Penang untuk anak aku. Bilik ntah macam hapa...kena bayar mahal nak mampus..doktor pun check mcm hareeemmm. Walaupun insuran yang bayarkan but stil we pay monthly for insurance.

So after that incident, we decide not to send Adriana to KPJ. We referred to our agent and he suggested us to go either Gleneagles or Lam Wah Ee ( very famous among Penangites)..but he told us LWE selalunya ramai orang. And we asked about Gleneagles, ok ke? Rate mcm mana? He told us yang rate Gleneagles and LWE lebih kurang ja. So we chose Gleneagles instead of LWE.

The next thing why I prefer Gleneagles is because the paed la of course. Dr Cheah is our fav paed for the kids. Masa aku pi dulu time Adriana kecik dulu patient dia tak seramai sekarang. Lani kalau nak pi kena buat appoinment sokmo. Pfttt. Tapi yang paling aku puas hati the way he treat Adriana yang fobia ntah hapa2 dengan doctor tu.

Macam dia cakap..adik mau takmau...doctor kena check adik tau.
So kat situ kami laki bini dah berkenan gila dah dengan Dr Cheah ni. The way he explained pasal sakit Adriana pun buat kami puas hati dah. The next thing kami suka pasal dia, kalau perlu warded dia akan suruh if not dia akan cakap ja tak perlu and if certain ubat kami dah ada dia takkan prescribed dah kat kami. Tak macam sesetengah doctor kat swasta ya. Ada ka takdak ka tetap dia prescribed janji duit masuk and masyuk.

And terpaling kami suka masa first tima Adriana warded kami duduk bilik yang Single yang jauhhh lebih besar dari master bedroom rumah aku ni for 5 D 4N, it costed us around RM2.5K+ . Can you imagine berapa aku kena kalau aku duduk kt KPJ for single bed room? Oh ya masa ni Adriana kena Norovirus ya...so wajib la kena dripped ayaq apa bagai kan.

Bila Aishah pulak popped out and join our small family..maka Aishah pun kami bagi Dr Cheah check. Senang. Tapi semalam bila dah pi waktu malam of course la kena pi ke Emergency kan. Sekali full house. Ward semua penuh. Stress aku dengar. Lagi aku stress bila Dr Cheah pulak cuti for 2 weeks. OH NOOOO!!!

Jenuh duk ber discuss dengan laki aku nak pi ke spital lain ka macam mana ka. Sekali pi ke Island Hospital pun tinggal 5 bed per room ja. Hmmm aku ni tak berapa kenan sangat kat Island Hospital ni. Terus aku cakap tak nak kat husband aku. Baik pi check kt Clinic Singapore ja. Terus bila check kt Clinic Singapore  sekali si Aishah punya tonsils da bengkak. Padan la minum susu tak mau, makan takmau, ayaq lioq pun meleleh2 ja. Rupanya tonsils bengkak. Memang ternyata anak mama sangat ni kan. Mama da kena buang da tonsils kat KPJ dulu. Mahai mampus dia charge sampai 8k+. Time tu Ibiden release GL untuk 5k sebab roughly around that ja. Sekali bila discharged laki aku kena topup 3k+. Gila la..sementara nak tunggu Ibiden bayar balik kan. Sebab tu aku serik dengan KPJ. Overated sangat oi.

Berbalik kepada cerita yang Aishah tu, mula-mula ingat Aishah ja yang demam panas. Sekali si kakaknya pun demam. 38deg C oi. Balik tu terus sumbat ubat kat dua-dua depa. Alhamdulillah hari ni nampak makin better dua-dua beradik.

Stress semalam memikir kalau Aishah taknak makan and minum lagi hari ni, memang aku nak kol ja terus Gleneagles check ada kosong ke tak..walaupun Dr Cheah takdak at least ada collegue dia kan. And at least Aishah memang ada record kat sana kan. Aku siap cakap kat suami aku, kalau Dr Cheah pindah pi hospital lain kita kena pi follow Dr Cheah. Hahahha. Punya la favouritism sangat ni haa.

Korang ada ka yang cerewet macam aku ni?aku bab2 kesihatan anak aku ni memang  cerewets sungguh. Ya lah, nak keluar seketul pun punya seksa mengandung bawak perut tu belum cerita seksa cser lagi. Anak-anak kan amanah dari Allah, so memang kena jaga betul-betul la kan.


Ni cerita hari selasa hari tu. Clingy sangat. Nak melekat ja dengan mama diam kesian dia. Now da getting better.




My baby is not a baby anymore

in , , by Alia Farhan, 8:21 AM
***This is an emotionally post.

Adriana Arissa is my first addiction. Adriana Arissa means nisbah kekuatan for both of her parents, which means she had both of our strength. I'm the one came out with the idea of her name.

Anak yang sangat special thru my up and down. She's been with me when no one see my cry but she did. I remember those day I was so damn tired with work and accidentally cried in front of her. By that time she was not yet setahun. When she sees me cry, dia pun menangis sekali. Eventho I know she doesn't know what d heck is going on with her mama.... sayang sangat-sangat anak mama sorang ni.

Anak kesayangan mama sampai bila-bila. No one will take your place as my favourite num one.

This was the first time Adriana was admitted to the hospital. I cried my heart out everytime dia sakit! Mak mana sanggup tengok anak dia sakit wei...

Kiri tu memang gambar Adriana keluar fresh from the oven. Kanan tu bila da besar and makin banyak akal dia. Sayang sangat kat anak mama ni. Cepatnya dia membesar. And tak lama lagi bak jadi big sis dah. Nampak gaya macam caring sangat pasal adik dia. Bila p scan dia la yang paling beria-ria nak tengok adik dia. Siap adik dia lambai-lambai lagi kat dia. Pastu dia cakap eh mama..tu tangan adik! Clever girl!
Harap-harap penerimaan Adriana nak dapat adik tu ok la nanti.
Harap-harap sentiasa boleh sweet n caring dengan adik dia macam gambar belah kiri tu tapi mama tau Kak Nena mmg suka nyakat2...jangan penyet2 hidung adik pulak ya kak nena.
Apapun mama nak Kak Nena tau, mama sayang sangat2 kat Kak Nena. Tak mungkin ada pengganti pun untuk tempat Kak Nena. Semoga Kak Nena jadi kakak dan anak yang solehah ya. Sayang anak-anak mama semua.

Adoihhh...
Sapa potong bawang malam-malam niiii


Adriana first timer train ride

in , by Alia Farhan, 5:18 AM

Few weeks ago kami anak beranak ke kl utk kenduri kawen kawan kami kt MICET dulu si Azim apek tua tu.
Kawen jugak ko ya.
So kitaorang pun decided duduk kt Vistana sebab dekat dengan train(monorail/star) kat situ kan.

Apa lagi seronok kemaennn mek kenit ni. Almaklumlah penang xdok train gini haa. Kami just plan nk ke KLCC je. Last p klcc masa preggy ke dia. Time tu nangis2 kena CTS. Dari Star Titiwangsa tu kami wat interchange utk naik Putra ke KLCC. Baru tau sekarang semua intergrated. Ko beli tiket star ke monorail ke putra ke boleh sekali harung ikut stesen yg ko nak trun. Dah tak payah nk beli tiket 2 3 kali masa kt pertukaran stesen tu. Bagus tu. Dah la pagi2 kan org bz kedaung. Takleh belah aku mnghadap hectic nya lifestyle org key ell.

Masa naik Star tu ok lagi ka sebab less crowded. Tapi Ya Ampunnnnnn masa naik Putra tu mak aihhh berbakoi2 bau KETI!!!
JAHANEM BETUL. bayangkan kalau aku kena p kerja n preggy ngadap hari2 bau KETI KEPAM gitu.mau muntah n pengsan aku ni!
Tahan napas n tahan hidung ja lah laki aku cakap.


Kemaennn kan budak kenit ni. Seronok nauuu. Maklumlah dapat naik tren.


Masa kt Toys R Us KLCC...mendapat la papa...kena paw la ngn ai kenit ni Thomas n Friends. Nasib la papa. Kan anak bersemngat baru pess time naik tren pa oi.


Tak abih2 cantik tak tren anena...
Cantik tak
Cantik takkkkkk

Hadoiiii jem mak ni oiii

Ni pulak masa dalam lift Vistana.
Mama jom balik rumah..
Rupa2 nya rumah dia hotel Vistana tu...
Pitammm lagikkk
Esok kita naik ketapi lagi ya papa.

Ya lahhh...esok tu kita p ke Ikea ja pulak sayam oi...

Apapun walaupun husband aku mnyesal naik tren sebab pening bau KETI orang. Tapi it's a good experience and exposure utk our litle princess. Tengok dia seronok, rasa mnyesal tu pun hilang la kan.

Busuk pun busuk laaaahhh.

Salam tren Banglasia~~~

Ebm stock

in , , , , , by Alia Farhan, 11:29 AM
Ckp psai ebm stock aku...Alhamdulillah...rezeki Adriana lately makin meriah...terima kasih Ya Allah...
Ckp psai ebm stock ni...currently stock ebm aku utk adriana makin memenuhi or conquer ruang peti ais kt dapoq mama...
Ya lah..of coz la aku balik brpantang kt jitra kan...nsib la mama ada dua peti ais...so selamat la..xdak la rsa brsalah sgt...huahua...
Dulu masa awai2 nk kumpul stock ebm adriana tu...awai2 guna bkas dadih yg kecik2 tu ja..pastu up sket guna bekas dadih biasa tu...mai la ni kena guna pkastic storage yg double zip lock tu..biasa pgi2 stock aku meriah sket...boleh dpt dlm lingkungan 8~9.5 oz....so trus msuk dlm plastic storage 12oz tu..n then freeze kn kt bhgian atas..n biasanya for second session n session berikutnya aku selalu dpt 4~6oz...depends la..kalau adriana direct breastfeed tu kurang la sket...tpi xpa..aku lagi suka bonding time dia direct breastfeed.boleh sembang2 ngn dia..pastu cuddle2 dia..hee comels betul la mek ni...gewammmm.....
So biasanya the second n next2 session tu aku akan bubuh dlm bekas dadih ja..sebab kdg2 aku pumo tym adriana tdoq kan..so mau tak mau aku bg la dia stock2 yg aku da perah ni...
Persoalannya lani...peti ais umah mama aku ni nk penuh dah...harus ke dak aku sruh laki aku bwak balik dulu ebm stock yg ada ke penang n simpan kt umah ktorg dulu...acaner tu? Buntu aku tau...


Stock ebm yg makin memenuhi ruang legar peti ais...


Rekod pgi td..9.5oz...go alia go!

N ptg td pun ada satu cita sedeh jugak..satu jitra black out...lbeh kurang dlm sejam jgk la...kira dlm kul 6 mcm tu patutnya aku kena pump kluaq dah...dan nk dijadikan crita letrik plak xdak...adoyaiii...mmg la rumble tuff aku ni leh manual...tp kan ker aku pnya tgan sakit..so xdaya la aku nk manually pump them.lagipun..sebelah pump..sebelah mnjejes2 jugak kuaq kan...trus bg adriana mnum ptg td..while the other side mnjejes2 kluaq tau...abeh basah baju aku...sedeh oi....nk nangeh aku rsa td...
Terus aku msg laki aku suh beli rechargeable battery...senang aku nak guna kalu takdak letrik ka power point ka..

Mmg byk jugak dugaan nk sediakan ebm utk Adriana ni...btw aku br ja try Alfalfa from Shaklee...esok nk tgk kesan dia...sebab Alfalfa ni org kata milk booster..apa pun yg penting kena byk brdoa kat Allah...sbb rezeki ni milik Allah...mind set kena positive...kita boleh merancang n berusaha ja...yg nak bagi tu hak Allah...

posted from Bloggeroid

My baby...

in , , , , by Alia Farhan, 6:44 PM
Hi mama n abah....


Cheese!

Heee...senyum plak baby mama n abah ni kn....heee...gewamm ni...pipi mcm toing2 kan....
So kiut.....dah la senyum....mcm tau2 ja org duk teropong dia kan....
Okai baby...pliz take care...jgn flying kick mama kuat2...
Mama n abah cant wait to see u lil precious...
To shower u wif lots of love....
Till d next teropong session baby boo.....

Xoxo,
Mama n abah love u baby boo...

posted from Bloggeroid

cloth diaper....

in , , , , by Alia Farhan, 1:58 AM
well...bila cakap psal keinginan aku nak bagi baby aku pkai cloth diapers byk jugak hamba2 Allah yang tak kurang jugak suka2 hati mngkritik...ekeleh..aku tak kritik korang pkai diposal diapers pun besaq tuah ye dak..memang agak costing..ya lah paling murah satu CD harga dia pun rm23..depends dengan jenis...so sekarang ni aku mmg tgh eager gila kumpul beli CD..every month beli dalam 5 mcm tu..Insya Allah..bln Dec ni husband nk provide budget for CD..tu pun selepas aku wat calculation brapa duet akan melayang kalau guna DD berbanding ngn CD...xleh blah kan...dasar kedekut!bukan kedekut la..aku ni berjimat...nnt next2 baby aku pun boleh lgi pkai CD anak sulong aku ni...mmg la leceh CD ni..nk kena basuh la..xmcam DD...pas pkai ja bleh lempaq dlm tong sampah..yang ni hang kena basuh..tp xdak la renyah mana...pad pun aku da pkai cloth pad...xkkan la kat anak aku..aku xleh bagi yang terbaik...
why cloth diaper alia..why?!!

1...Bahan kimia Dioxin. Tahukah anda disposal diapers mengandungi Dioxin.Dioxin nie ialah bahan yang terhasil dari proses pelunturan.Kertas yang digunakan utk buat disposal diapers tu perlu dilunturkan sehingga nampak putih ,bersih dan cantik..upss,tapi selamat ker utk baby?? Dioksin juga merupakan toksin yang bersifat karsinogen dan ini merupakan penyebab kanser..banyak negara sudah mengharamkan penggunaan karsinogen kerana keburukannya...jadi,,fikir-fikirkan,sanggup kah kita biarkan anak kita memakai lampin berkarsinogen

2...Sodiom polyacrylate Ini pula bahan kimia yang menyebabkan Disposal diapers menyerap dengan banyak. Bila basah,ia akan bertukar menjadi gel.Haaa,inilah bahan yang menyebabkan kulit bayi jadi kemerah-merahan sampai kita asyik terpaksa tukar jenama disposal diapers. Gel ini juga boleh menyebabkan muntah-muntah,jangkitan kuman bila lambat ditukar dan demam bila berlaku alahan yang kronik. Hmm...gel ini tak lagi digunakan dalam tampon wanita sejak diharamkan pada tahun 1995 kerana dikatakan penyebab Toxic Shock Syndrome.

3...Tributyl Tin
Ini perosak alam nie....huhuhu,ia merupakan environmental pollutant dan sangat bertoksik.Bahan ini mengganggu sistem hormon dan imunisasi badan.
4...Kesuburan
Pada tahun 2000, satu kajian dijalankan di German mendapati bahawa lampin pakai buang ini menaikkan suhu sekitar skrotum (takutnya!!) dan boleh merosakkan mekanisme penyejukan semulajadi...Kesannya???..ini akan mempengaruhi kesuburan di masa depan..

Tahukah anda??? 27 juta disposal diapers masuk ke tempat pelupusan sampah setiap hari di seluruh dunia.

500 tahun masa yang diambil untuk Disposal Diapers nie mereput.

50% domestic sampah dalam rumah yang ada anak kecil ialah Disposal Diaper.
Semua ini takkan berlaku kalau anda menggunakan Cloth Diapers.

Hahahah,ini bab yang paling menarik...Penjimatan Kos

Dengan pakai Cloth diapers, percaya atau tidak anda mampu berjimat

Lihat pengiraan dibawah:
Katakan anak anda menggunakan 7 keping lampin secara purata setiap hari sejak dari lahir sehingga pandai ke toilet.Katakan anak anda pandai ke toilet pada umur 3 tahun.
7 Keping x RM0.50 (ini harga bila beli time sale) = RM 3.50 sehari
RM 3.50 x 30 hari sebulan = RM 105.00 sebulan
RM 105.00 x 12 bulan = RM 1260 (perbelanjaan utk setahun)
Kalau sampai pandai pergi toilet pada umur 3 tahun
RM 1260 x 3 tahun = RM 3780..
Wow..banyak juga kan,ini untuk seorang anak..macammana kalau ada 2-3 org anak?

Sekeping Cloth diaper berharga RM25.00
Rm 25.00 x 20 keping sehari = RM 336.00

Sebulan kos masih RM 500.00 

Setahun kos masih RM 500.00

3 tahun kos masih RM 500.00
 

Anak ke 2..masih boleh dipakai ..jadi kos masih RM 500.00 
Jimat kan??? 
boleh guna sampai anak ke berapa ntah kan..tak macam DD....



takut nnt anak umoq 2 tahun da tak muat?dunt worry...CD ni boleh laras ya cik kak..cik kak sekelian...


so memang berbaloi kan?
kalau baby sitter korang refuse?ala...suh dia humbam masuk dalam wetbag...xyah dia ssh nak basuh...korang basuh sdri la...relax la..sementara nak besa kan...

source from: pamperyourbaby
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS