Bila start cuti ja hati aku jadi pasrah oiiii. Lagi2 la bila anak2 da sekolah ni. Macam Adriana bila da msuk pra sekolah ni kiranya tak boleh la nak suka2 hati tuang sekolah macam tu ja. Sebab tu macam kesian kan kalau tak pi ke mana2.

Kalau last year, dia kat kindergarten luar boleh la bawak dia pi bercuti kat Perth pun. 10 hari pun xkesah. Ni kalau dah masuk Pra sekolah ni.. Kang mengundang kemarahan cikgu kan. Menda boleh elak.. Kita elak la kan.

Kalau ikut plan, raya kedua nak pi KL hari tu... Tapi sbb hal yang tak Dapat dielakkan kami tak Dapat la nak pi. Kalau ikut plan nk la jugak lajak ke Melaka. So last resort... Kita bercuti dalam Penang jugak la. Hari Selasa decide dengan husband nak pi bercuti area2 Tanjung Bungah ja. Kalau Ferrighi malas sebab jauh. Lagipun laki aku baru start reja buat parit kat Jalan yg agak bz kt Penang ni. So reja dia akan start waktu  malam utk elak jem. Bayangkan kdang2 kul 6 baru habis tengok orang buat reja. Ada hari kalau xlarat sangat dia x balik rumah and tdoq kt umah arwah fil aku kat pulau ja. Anak2 kadang xnmpak Muka papa depa nanti mula la buat perangai. So nak elak dari anak2 aku start buat perangai.. Elok la kami check in kt hotel yang OK n boleh depa enjoy kan.

Mula2 aku nak book Hotel Sentral Seaview ja sebab satu harga pun murah kan. Tapi sebab takdak bath tub untuk bilik yg biasa tu terus xnak la. Rainbow Paradise, Flamingo dah selalu dah sebelum2 ni stay and rate pun agak mahal jugak.. Biasa la cuti kan.. What to expect.. So aku amik la Copthorne Orchid Hotel ni ja. Hotel ni memang old school ya. Aku rasa masa first time aku pernah stay sini masa aku reja kt Sumitomo dulu kot. Tak ingat dah.

Untuk pengetahuan hampa Rainbow Paradise pun old school gak.. Ada Bath tub gak.. Tpi dia tak se-old school Copthorne ni la. Hahahha. Kalau yang Flamingo tu pulak dah refurbished and ada bath tub
. Tapi pakai tiles... Sejukkk oiii. Tak tahan akuuu... Kalau letak vinyl flooring OK lagi.. Ni tiles dengan kalau lpas balik swimming pool ada chance la kecah satu blik. So kalau hampa yang ada anak2 ramai tu.. Not recommended la Flamingo tu bagi aku.. Sebab flooring dia tiles.. Sejuk mampuih klau anak kena tdoq kat bawah. Even letK toto pun aku rasa nanti sejuk sampai ke tulang... 

So xpa la.. Aku pun booked la untuk stay dekat Copthorne ni. Cuti pun bajet2 ja. Sebab bajet ke laut pun ada gak. Kalau ikut best.. Best lagi la Bayview Beach Resort. Tapi sebab jauh ke Ferringhi sana and harga dia pun mncanak2 time coti2 ni.. So bior je lahhhh. 

So Moh la tengok hotel yang kami stay untuk 3 Days 2 notes ni.... 


From Juru to Tanjung Bungah


Suka sebab dekat dia punya luar ni banyak gila greenies... Lawooo


Check in 3 beranak dulu sebab husband aku pi reja dlu. Petang tu dia mai kat kami 3 beranak. 


Bau wangiiii. Aku suka bau lobby Hotel. Ada sesetengah lobi Hotel bau wangi. Salah satu dekat sini. 


Ruang reception yang luaih gila. Kami check in awai sebab sampai awai. Lucky they let us in earlier. Dalam 2.15pm mcm tu kami check in. 


Pantang nampak cermin haaa. 


OK dah check in. 


Bilik ayaq luaih. 


Yeayyy ada Bath tubbb 


Katil twin*2..luaih..muat 2 org dewasa tdoq satu katil ni. Sama mcm kat homestay aku. Guna katil twin ni gak sebab beli 2nd hand dari hotel hari tu. 


Old school kan. Baru la gegar2 vaganzaaa


Basic2 la.. Baguih sebab aku lupa bwah tooth brush😝


Nothing fancy but OK. 


Save d world 


Hahahahhaha. Ni terpalingggg old school gilaaa. Tapi old school lagi hotel yang aku duk kat Perth kat Scarborough Beach tu.. Yang Indian Ocean Hotel tu. Hahahahha. I'm fine with it as long as I can get to enjoy myself there. 



Basically bilik dia semua hadap laut la. Kalau sebelum The Cove Beach ni ada mmg directly la hadap laut. Tapi sebab ada menda alah ni.. Terlindung Dapat sipi2 la. Sis OK ja.. Janji nampak gak laut walaupun sipi2


BREAKFAST


Break fast here. 


Sambil nampak laut.. Dekat dalam gmbaq ni x nampak la kan


Budak2 makan apa ja. Cereal ja lah


Porridge dia menarik noks


Nasi lemak dia sedap.! Yang penting asingkan bilis ngn kacang.. Eii anti betul aku kacang tu tau dakkk.. Tapi kalau kuah kacang aku suka.. Kalau kacang goreng gitu tak suka


Porridge dia sedap nak mam... Aku cilok udang.. Fish cakes n sambal tu dekat counter hokkien noddle. Sedappp oii buat macam ni.. Fuhhh


Pastry dia sedap.. Tpi croissant tu aku over heat. Huhu. 

Overall breakfast dia lagi sedap dari Rainbow Paradise, Flamingo& Hotel Sentral Seaview. Aku bagi 4.0/5.0


FACILITIES 



OK la.. Macam biasa la hotel ni ada la swimming pool. Walaupun pool dia takdak la fancy2 macam dekat Golden Sands, Hard Rock Hotel Penang mahupun Bay View Beach Resort... Tapi OK la untuk hotel yg season in d sun ni kan... 


Nak mandi kat swimming pool.. Sekali tutup daaa... Maigoddd


Gym pun ado haaa. Jangan me main. 


Sebab swimming pool tutup.. Maka duk la Berendam dalam ni dlu ya. Sebab tu la pentingnya bath tub ya tuan2 dan puan2... Bukan utk mak2 ja nak me time... Anak pun boleh ulang mandi dalam ni sampai lebammm


Laki aku dulu macam The Rock zaman awai2 WWF tu.. Lani mcm The Rock gak.. Tapi dia Kembang kot len..lani WTF.. Hahahha.. Dah jadi mcm octopussss...

THE VIEW






OVERALL

3.75/5. 0

PRO:

Damn cheap... Musim peak season boleh Dapat less than RM170

Nice breakfast

Nice seaview

Got bath tub(important for me n kids!) 

Clean

Private Beach... Only can be access by hotel residents and condo residents dekat sebelah tu. 


CONS:

Old school interior


So bila ditimbang tara banyak lagi PRO nya dari CON nya yang cuma 1..aku rasa this hotel is not bad at all. Kalau dia refurbish hotel ni dekat room dia.. Kompem2 tak dapat rate macam gini dah... 

So... Aku rekemen la untuk hampa yang nak mai Penang ni.. Boleh la stay kat sini kalau tak kesah interior dia tak up to date pun. I don't really mind about it pun. Pantai dia pun lawa and public takleh access easily. So why not rite? Aku Dapat rate utk peak season ni RM165/nite tak masuk tax la.. Sekali bfast ya yang aku amik ni. 








SHARE 21 comments

Add your comment

  1. last duduk kat hotel ni tahun 2007 rasanya dan itulah juga last pergi Penang. How i miss Penang.

    ReplyDelete
  2. aida kalau ke CH, sure stay copthorne. dekat dgn kea farm.
    last 3 weeks, plan nak penang. memang pilih nak dok kat pantai lah.
    dok pilih pilih apartment. anak ramai, kan, dan dah anak dara. tarikh aida tu cuti umum. mahal!
    so, memang hampir amik copthorne penang ni, terrace suite kalau tak silap. besar.
    ada ruang tamu. ada beranda. view laut. perfect.
    tapi tu la... last minit tukar ke rainbow paradise. apartment 1 room.

    ada baca review. hotel ni olskul sgt :)
    perlu upgrade lah if nak tackle org dtg.
    pada aida, yes. invest la utk upgrade facilities kan.
    pe pun, later later aida pasti nak stay di copthorne penang ni.

    ReplyDelete
  3. In shaa Allah kalau ke Penang, Nur akan refer semula entry yg ni. Yela, apa salahnya kan interior design tak fancy tp pro lg banyak dari cont dia kan? Yg penting boleh tidur boleh mandi boleh makan dgn tenang :D

    ReplyDelete
  4. Heee.. Bella baca perkataan "reja" tu ulang2 juga sebab yang bella tau reja tu ialah sisa benda dipotong hahaha.. Pastu dah beberapa ketika baru tangkap maksud sebenar. Hahaha.. Anyway, harga not bad n bab oldchool boleh la tutup sebelah mata, asalkan selesa. Lgpun kalau ada anak2, yg penting anak2 pun ada aktiviti yg bole dibuat kat hotel tu

    ReplyDelete
  5. Nampak macam besar hotel ni. Interior dia walaupun old skool tapi still nampak kemas dan bersih. Rate harga tu pun sangat murah. Betul awak cakap kalau dorang upgrade maybe tak dapat harga tu. Tapi kadang-kadang ada sesetengah orang tak heran pun hotel old skool sebab duduk hotel semata-mata nk tido je.

    ReplyDelete
  6. Perghh. Gateaway pon sempat pergi perth. Orang kL pon kalau boleh nak lari short vacay ke luar. Penang meriah kan banyak makanan2 menarik & sedap

    ReplyDelete
  7. such a lovely place to stay in for a short gateway.. u makes me feels like wanna go for vacation d.... nice

    ReplyDelete
  8. Amboi mama. Pantang nampak cermin ek, terus reja selfie. Hahahaha.

    Old school sikit. Tapi nice. Harganya pun ok. Sekali breakfast kan. Boleh lah.

    Last Ruby g penang, bulan 12 2017. G Feringghi sana.

    Tak puas g Penang. Nak pergi lagi next timee.

    ReplyDelete
  9. Pertama kali, terima kasih share . Insha Allah jika ada peluang Naim hendak kesana untuk bercuti

    ReplyDelete
  10. Lamanya tak duduk hotel tengok lak tu view yang cantik pemandangan laut yang indah dan memang menawan hati rasa macam nak pergi bercuti lak kat Penang lama tak pergi sana hehehee hotel ni pun selesa dan harga boleh tahan tak mahal sangat...

    ReplyDelete
  11. cantiknya view tepi laut. mesti best buka tingkap dapat tengok pemandangan tepi pantai tu. fasiliti hotel pun okay walaupun old school, tambah lagi jenis family yang ada anak-anak kecil. seronok la dapat mandi bath tab tu kan..

    ReplyDelete
  12. Boleh tahan besar juga hotel ni. Nampak selesa dan ada buth tub tu yg best. Dah lama tak stay hotel. Heheheh. Seronoknya cuti sekolah bawa anak bercuti mandi manda kolam.

    ReplyDelete
  13. Oldskool pun okay! Haha lama jugak saya sekeluarga tak bercuti mana2. Sbb masing2 busy. Dah lama jugak saya bercadang nk bwk pi holiday tpi masih dlm perancangan. Betoi tu, Bath tub mmg wajib! Haha

    ReplyDelete
  14. Bestnye kan sesekali rewardkan diri dgn bercuti nie..hilg segala stress dan masalah bila pandang laut yg tenang tue..next time da boleh masuk dlam wish list untuk short vacaytion..thanks sharing..

    ReplyDelete
  15. macam okei jugak lah kan overall. old school kadang suka jugak sbb boleh igt zaman kecik travel. tapi lecehnya barang lama macam krik krik lah skit pasai bayar hrga semasa. kahkah. anyway, weekendgateaway memang okei tempat cam ni.

    ReplyDelete
  16. walaupun old tp nampak best gila!! reception wangi paling suka kadang2 xbau apa pun ada

    ReplyDelete
  17. cantik la alia tempat ni.. sesuai utk bawa anak2 sekali.. sesekali bercuti mcm gini best juga kan? biar cuti pendek kejap je pun

    ReplyDelete
  18. Cantik temparnya...mmg sesuai utk percutian sekeluarga....masa utk anak2 bersuka ria...thanks for sharing....dh boleh masuk dlm list utk percutian akan dtg ni...

    ReplyDelete
  19. seronoknya cuti2 dengan keluarga..sekali sekala memang kena tido di tempat macam ni..utk kurangkan stress dan pada masa yang sama hiburkan anak dengan membawa ke tempat lain untuk bercuti

    ReplyDelete
  20. Dah lama xgi Penang sbb xda sbb haaa... nti klu gi sana tak tersengaja blhlah sggh hotel yg Indah ni

    ReplyDelete
  21. Mouse mommy suka accomodation dan hotel yang mesra kanak-kanak, senang nak bawa anak sekali. Nampak hotel ni ok jugak.

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS