Hai...
Ada readers kat sini yang tengah tunggu nak due tak???
Pening jauh dari rumah mak korang?anak da sekolah...mak da tua da tak mampu nal jaga korang berpantang???
Banyak kawan-kawan aku yang rata-rata berpantang sendiri sebab ada masalah-masalah yang aku nyatakan kat atas. Mak oii takutnya nak berpantang sendiri. Ai is tak boleh bayangkan sebab masa berpantang yang lepas memang mama yang jagakan, memang balik berpantang kat Jitra ja. Ada hari yang suami ada, diq yang akan handle anak, mandikan anak. Sebab tu Adriana tu lepas pantang baru aku start mandikan sendiri. Eeeiii takut nak pegang n mandikan baby tecik2 moleh ni.

Tapi sekarang kan dah modern you olls macam-macam servis orang da buat. Terbaru, Kelip Kelip Spa bukan saja buat servis mobile spa ke rumah tapi turut menyediakan pakej untuk ibu-ibu berpantang. Hampa-hampa yang sekitar Kulim, Seberang Perai dan Penang Island boleh la tersenyum riang gumbiraaa. Pakej-pakej ni hampa pilih la yang sesuai dengan keadaan dan bajet hampa ya.

Antara pakej-pakej yang ditawarkan di Kelip Kelip Spa untuk pakej berpantang hampa boleh check kat bawah ni ya.

Full package untuk ibu dan anak (baby) siap pakej basuh baju baby, masak 3 kali lagi oii.

Ni pulak pakej untuk Si Ibu saja.

Harga yang ditawarkan oleh Kelip Kelip Spa
Harga ni da included Fuel charges untuk yang sekitar KULIM, SEBERANG JAYA/ PERAI DAN PENANG (ISLAND) ya. Tempat lain ada fuel charges, harga tokey kata bolehhh bincangggg.

Dan yang paling BESTTTTT sebab bila korang amik yang FULL PACKAGE IBU DAN BABY TU...
Korang akan dapat:
Perghhhh BEST KANNNNN!!!
Kalau hampa nak tau, satu2 freegift yang dapat kat atas tu kalau p SPA da berapa hingget dah tuuu. Memang berbaloi betul tau kalau dapat FREEGIFT mcm ni.

Selain dari pakej berpantang, KELIP KELIP SPA ada juga buat mobile spa. Alaaa yang servis spa ke rumah tu. Hampa boleh panggil depa untuk mai ke rumah hampa and wat facial ka massage ka apa ka kat rumah hampa.

Antara pakej-pakej yang ditawarkan oleh Kelip Kelip Spa.

So amcam?menarik tertarik kau memang da bomb kan. So apa lagi... boleh cepat2 LIKE PAGE KELIP KELIP SPA untuk update tentang pakej terbaru dari depa

Fb page: KELIP KELIP SPA

Nombor Telefon : 0192933070

Hampa yang nak try servis Kelip Kelip Spa ni jangan lupa petik nama aku 3x...ALIA ALIA ALIA...kot2 tokey dia nak bagi FREEGIFT ka kat hampa kaaa...mana tauuuu.

***oh ya..tokey pesan..nk booking utk confinement tu kena booking sebulan awal tau...jgn tunggu lama2 tauuuu....nnt depa bz jenuh


My baby is not a baby anymore

in , , by Alia Farhan, 8:21 AM
***This is an emotionally post.

Adriana Arissa is my first addiction. Adriana Arissa means nisbah kekuatan for both of her parents, which means she had both of our strength. I'm the one came out with the idea of her name.

Anak yang sangat special thru my up and down. She's been with me when no one see my cry but she did. I remember those day I was so damn tired with work and accidentally cried in front of her. By that time she was not yet setahun. When she sees me cry, dia pun menangis sekali. Eventho I know she doesn't know what d heck is going on with her mama.... sayang sangat-sangat anak mama sorang ni.

Anak kesayangan mama sampai bila-bila. No one will take your place as my favourite num one.

This was the first time Adriana was admitted to the hospital. I cried my heart out everytime dia sakit! Mak mana sanggup tengok anak dia sakit wei...

Kiri tu memang gambar Adriana keluar fresh from the oven. Kanan tu bila da besar and makin banyak akal dia. Sayang sangat kat anak mama ni. Cepatnya dia membesar. And tak lama lagi bak jadi big sis dah. Nampak gaya macam caring sangat pasal adik dia. Bila p scan dia la yang paling beria-ria nak tengok adik dia. Siap adik dia lambai-lambai lagi kat dia. Pastu dia cakap eh mama..tu tangan adik! Clever girl!
Harap-harap penerimaan Adriana nak dapat adik tu ok la nanti.
Harap-harap sentiasa boleh sweet n caring dengan adik dia macam gambar belah kiri tu tapi mama tau Kak Nena mmg suka nyakat2...jangan penyet2 hidung adik pulak ya kak nena.
Apapun mama nak Kak Nena tau, mama sayang sangat2 kat Kak Nena. Tak mungkin ada pengganti pun untuk tempat Kak Nena. Semoga Kak Nena jadi kakak dan anak yang solehah ya. Sayang anak-anak mama semua.

Adoihhh...
Sapa potong bawang malam-malam niiii


Musim raya ni kalau tak buat rendang memang tak sah kan???menu wajib kot. Memang setiap kali raya aku memang da kena incharge untuk wat rendang ayam.
Memang senang ja kot nak wat nya.

Masak sekawah kekdahnya. Ya lah dua ekoq ayam kot. Ni nak masak sekali untuk open haus masa kt raya kat kedah hari tu, dengan wat kenduri kesyukuran bagai kan. Cukup lah tu.

Nak resipi???
Meh sini nak share skit.


Bahan-bahan:
* ayam 2 ekor (potong kecik siap-siap ya korang...senang nak makan)
* cili kering 3 cekak tangan-ikut portion ayam hampa (rendam and tukar air sampai air da tak kaler hitam ya...blend siap)
* bawang besar 6 biji (blend siap2)
* halia dan lengkuas -agak2 patut ikut portion ayam hampa (blend dan tosskan-air dia buang..ni petua mama aku..dia cakap air halia n lengkuas tu pahit..so aku follow ja petua mama aku)
* daun kunyit dan daun limau purut -aku suka letak banyak..rincik2 ya.
* santan sekotak
* gula
* garam
* cuka / asam keping
* pak aji/ cukup rasa(optional)

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang da blend tadi. Tunggu naik bau masukkan pulak cabai kering yang da blend tu.
2. Lepas tu baru masukkan halia dan lengkus yang da buang air tadi tu.
3. Masukkan air dan biar agak2 patut padan baru masukkan ayam dan cuka/asam keping.
4. Biar ayam tu mesra dengan kuah bagai lepas tu masukkan santan and perasakan dengan gula, garam n pak aji.
5. Lepas da agak kering skit (tapi jangan kering sangat) masukkan daun kunyit dan daun limau purut yang da dirincik.
6. Dah siap. Aku suka rendang aku berkuah so aku memang tak buat kering-kering. Kalau nak kering2 makan serunding la bhaiiii.

Stress pulak aku tengok gambaq rendang ayam aku ni dengan ketupat ni. Mengundang betul laaa.

Oh tidak!

Ketupat frozen ada lagi....
Tapiii rendang nyaaaa da boliaaauuuu.
Kempunan makyong ni.

Apapun selamat mencuba resipi rendang ayam sedap dan simple ni.

Oh kalau nak buat versi daging, korang ganti ja dengan daging. Tapi harus diingatkan rendang daging kena masak lama skit sebab nak bagi daging tu empuk tau.


Selamat Hari Raya

in , by Alia Farhan, 9:32 AM
Perghhhh.
Baru nak ucap Selamat Hari Raya kat blog ni. Sory lah. Memang duk raya kaw2 hari tu. Hari kelima baru sempat nak update kat blog kan.

Hari first raya, beraya kat Penang. Memang beraya kat rumah sedara sebelah side husband. By the time da petang tu memang da flat gila. Balik tu terus membongkang wei.

Malam pulak dekat kul 12 gerak balik Jitra lepas semua sanak sedara pay visit kat runah mentua. Sampai kat Jitra pun da pukul 2. Esoknya pulak kena bangun awal untuk prepare for kenduri kesyukuran pukul 3. Memang gila flat wei.

Raya ke tiga memang pakat balas dendam bangkit lewat..cover tdoq balik lepas subuh. N lepas solat jumaat baru la berpeluang nak photo shoot kt studio bagai.

Tahun ni semua ada. Adik pun lepas raya ni baru nk kena pi ke Jeddah balik. Kapai pun da start nak ni kan lepas ni sebab nak start musim haji pulak.

Well gambar ni paling aku suka sebab si Adni ni bukan main nak terbang lagi. Si Adriana ja yang da prepare tengok camera.

Paling geram tengok muka husband dalam ni oi. Geran tengok muka poyo dia tu.

Apapun Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami anak beranak. Sesapa nak invite open haus and buat lontong habaq laaa naaa....kami teringinnnnn...
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS