My New Pantry

 Alhamdulillah another project done. Ni pun sebab husband kata hadiah birthday nak beli apa pun tak tau sebab kedai semua tutup kan.. Nak ajak walk in beli pun payah... So dia bagi ja duit bla bla bla untuk aku beli apa-apa yang aku nak.

Actually dah lama nak buat pantry ni. Ala-ala walk in pantry. Tapi disebabkan macam-macam jadi malas sangat nak ni apa-apa. Ni datang biol dia lama terperuk and terpuruk dekat rumah... Lepas tu husband pulak bagi duit untuk buat apa-apa yang aku suka... Makanya jadi lah buat apa yang aku nak...


Malu nak tunjuk gambar sebelum tu. Main letak ja kan time tu. Agak susah nak organize Lerberg rack from Ikea ni. Ka aku ja yang tak reti. Hhahaha.. Rack ni pun dah letgo dekat orang. 


Lepas da jual Lerberg Ikea tu.. Kita beli pulak Billy Bookcase ni. Asal dia bookcase ya. Tapi aku guna untuk letak bahan-bahan aku kat dapur ya. Baru la nampak semnggah sikit kan...kalau yang nak buat pantry macam ni tapi bajet kurang skit. Korang boleh la beli Billy bookcase look like ni dekat Shopee. Harga pun jauh lebih murah dari Ikea punya. 



Bestnya Billy bookcase ni kita boleh adjust dia punya level setiap ikut kita nak macam mana. Yang look like aku bagi tu pun boleh adjust jugak shelf dia tu kita nak level macam mana. Botol jar tinggi yang letak squid ink spaghetti dengan spaghetti biasa tu beli dekat Ikea. Ambil yang paling tinggi. Memang lepas letak spaghetti yang panjang tu. Kalau yang bulat sikit untuk letak farfalle and gnocchi tu pun aku beli dekat Ikea jugak. Dua yang depan tu ja aku recycle and reuse botol jar Prego yang besar tu untuk letak macaroni dengan pasta bentuk comel-comel yang untuk budak2 tu. 


Air fryer tu terpaksa kena letak mengiring macam tu sebab Billy bookcase ni dia punya tu tak dalam ya. Dalam 28cm macam tu ja. Kalau betul-betul nak ni kena customade dekat tukang la kan ikut dimensions yang kita nak.. For example kalau buat untuk letak-letak electrical appliances ni... Kena buat dalam sikit la kan. Tapi macam aku ni... Kira ok la... Pejam mata sikit walaupun sedikit sakit mata. Sebelum ni toaster tu aku letak dekat counter top. Tapi jarang sangat nak pakai. Laki aku ja kot yang rajin buat roti bakar ni.. Aku harap mak long tak rajin nak buat. So aku angkut la letak dekat sini. Yes aku beli toaster tu sebab cantik🀣🀣🀣 tu pun preorder dari Kmart Aus. 



Jar bottles ni ada yang beli dekat shopee.. Ada yang beli dekat Ikea. Kalau yang atas sekali tu yang chubby tu beli dekat Ikea. Yang lain tu beli dekat shopee ja. Jap aku bagi link yang shopee tu... Bagus packaging dia.. Takda yang pecah pun.. Semua cantik helokkkk ja... 
Nah aku bagi link jar cantik kat korang.... 
Boleh click kat bawah and direct terus order kt shopee korang ya... 




Ni ruangan letak segala teh mak nenek aku kan. Maklumlah aku ni tea person lagi dari kopi person. So harus letak macam ni supaya aku ingat aku ada teh-teh segala mak nenek ni supaya aku tak lupa nak minum. Sebelum-sebelum ni aku letak dalam kitchen cabinet dekat atas tu sampai lupa la apa teh yang aku ada 😜
Jar yang untuk teh bunga aku tu pun aku beli dekat kedai yang sama aku bagi link dekat atas ya. 

Untuk label pun aku seorang yang jenis practical sikit la. Aku prefer pakai label macam ni. Senang. Nak bukak senang.. Nak pasang yang baru pun senang... Kalau tersilap label pun tam kesah nak buat balik sampai lebam pun. Kalau yang jenis customade tu menangis la kalau tersilap ka apa kan.... 

Comel ja kan sticker label macam ni pun kan πŸ˜‚


Ni lah si pembuat sticker label tu. Nama dia Motex label. Sapa nak beli boleh click dekat bawah. 







Overall buat pantry macam ni puas hati la sikit. Nak ambil apa pun senang. Hahhahaha. Dalam kitchen cabinet nanti-nanti la kita update. Yang tu banyak simpan stock yang lepas refill dalam botol-botol kat sini. Semua still dalam plastik but stil seal elok-elok la kan. But semua letak dalam bakul supaya tak nampak messy. Tapi kadang-kadang tu serabut gak mak tengok dia πŸ™„πŸ™„πŸ™„. Macam tu la mak-mak ni kan.. Tak reti  nak duk diam... Ada ja nak cari keja untuk buat. Tu pun orang kata jadi housewife ni bukan buat apa2 ja pun.. Kahkahhhhh.. Penat tauuuuu tak buat papaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚




 










4 Comments

  1. cantiknya..nampak kemas pantry dapur. tengah kumpul duit nak beli bekas simpan barang nantilah boleh susun cantik barang2 dapur kat rumah :)

    ReplyDelete
  2. so nice. hopefully one day i pun dapat buat pantry mcm ni. skrg ni hobby dah suka beli kitchenware pulak haha

    ReplyDelete
  3. Bila kemas mcm ni mood nk masak dan mengemas pun rajin

    ReplyDelete
  4. cantik dan semestinya kemas! suka tngokk

    ReplyDelete

Post a Comment