Tefal Pan Best Ke?

Dah nama pun mak2 kan. Cerita banyak berkisar pasal hal anak2.. Makan2... Masak bla bla bla la kan. 

Actually aku ni memang jarang gila beli benda2 macam pan ka apa ka. Sebelum2 ni beli la belanga/kuali yang stainless steel uang classic tu untuk goreng apa2. Ada jugak non stick pan.. Tapi yang tu bukan yang beli punya lah kan. Yang tu ada yang mak aku bagi... Ada yang hadiah beli air cond customers laki aku yang dapat berlebih2 sebab beli air cond unit more than one.. So diorang ada yang bagi dekat laki aku la.

And non stick pan aku yang lepas2 pun banyak dah rosak. Dah melekat2. So masa aku pindah sini.. Banyak yang aku dah buang kecuali belanga classic tu la kan. 

Nak dijadikan cerita.. Aku pun ternampak la kawan aku masa keja kilang dulu ada buat iklan jual Tefal Pan ni. Mula2 tu macam berbelah bahagi nak beli ka dak. Ya lah.. Tak pernah aku beli benda2 ni sendiri kan. So gasak lah..pejam mata beli seketul. 

Dah masuk rumah ni aku start masak banyak dish guna Tefal ni. Best pulak... Even nak goreng ikan pun xpayah nak guna banyak minyak pun ikan elok ja macam deep fried. Yeayyy.. Suka nya akuuuu. 

Lepas tu macam lama2 tu terjatuh hati la dengan so Tefal ni. Cerita dia tak leh jadi ni... Aku beli yang Tefal tu 28cm ya without lid. Aku cakap kat laki aku masa MCO hari tu.. Boleh tak kalau nak beli Tefal Pan 28cm lagi with lid. Sebab lid dia ja RM59 something.. Baik aku beli satu set dengan pan dia.. So takla rasa mahai sangat kan. 

Konon2 beli tu nak guna lid dia la.. Yang pan nya simpan. Sekali hauk... Takdanya simpan2.. Dua2 aku guna serentak kadang3 tu bila nak masak cepat2. Hahhahahah. 

Dah beli yang 28cm ehhh.. Macam besar sangat la size ni. B... Boleh tak nak belinyang kecik skit habuan nak goreng telur ka?


Nahhhhh.. Beli lagi belian ke 3 Tefal Pan aku. Kali ni beli yanh 20cm. Memang just nice untuk goreng ikan  mcm ikan temeung ka.. Teloq ka.... 

So aku pun tak sure nak klasifikasikan aku ni kategori apa? Impulsive buy ka? Nak kata impulsive tu tak gak sebab macam keperluan ja.. Bila nak pakai serentak kan. 

Dah tu best ke Tefal Pan ni? 

Entahlah labuuuu.. Kalau tak best takkan la sampai 3x aku beli kan??? Aku pun susah nak komen sebab definasi best ke tak best ke atas masing2 gak. So far bagi aku best la sebab jauh lebib baik dari non stick yang aku pernah dpt sebelum2 ni. 

Pakai Tefal Pan ni orang tak kutul kalau kuali hang hitam pun sebab memang dia hitam. Kalau belanga yang stainless steel tu nanti makan kecaman netizen ja lah. Aku dah la pemalas nak sental2 ni. Xcukup rajin macam Sugu Pavithra lagi mak ni. 🤣🤣🤣

Ehhh tapi serius la aku suka tengok Sugu Pavithra. Simple ja life dia. But so meaningful and inspired us kan. 

Ok la... Bela Chiao. 




0 Comments