Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi

Rasanya dah lama gila kan tak update bloh ni... And dah lama gila x share resipi. Resipi2 pun banyak gak duk kat draft. Harap2 yang ni xmasuk la dalam list draft tu. Kalau tak forever alone la duk kat situ... Perammm ja sampai ranum. Hahhahha.

Aku dalan process nak clear kan freeser aku. Sebab aku masa bulan puasa hari tu memang stock up stock bahan mentah untuk masak dalam freeser aku banyak gila. And dekat2 last minute nak raya hari Ahad tu... Hari Khamis tu aku buat last buy dekat market untuk penuhkan peti sejuk aku. So bayangkan up til now i still have frozen bahan mentah untuk dimasak. 

And yes sampai sekarang aku tak reload lagi beli bahan-bahan mentah. And bahan-bahan mentah dalam peti sejuk tu memang dah luak la kan cerita dia jadi lauk pauk kat runah ni. Ok la jugak peti sejuk ni spacious jugak la. A good investment when we decided to buy this one. Alang2 nak beli.. Beli la yang besar and boleh masuk and muat macam-macam kan.

So cerita dia.. Masa duk selongkaq2 bahan-bahan mentah untuk masak tu... Aku jumpa la treasure! Ikan keli!!!! Dah lama gila aku xmakan ikan keli. And teringin gila nak makan ikan keli salai masak lemak cili padi!
Erghhh sedapnyaaa. 

Tapi masalahnya nak salai celah mana kan.... Dah la duk kat apartment ni haa. Last3 dapat la idea untuk beli daun pisang dekat kedai runcit dekat rumah ni. 


Banyak pulak. Tapi xpa lah. Demimu ikan keli salai.. Kahhhhh

Jom lah kita tengok bahan-bahan and cara buat ikan keli salai masak lemak cili padi. 

Bahan-bahan:

3 ekor ikan keli (potong dua-senang nak bakar/salai) 
Daun pisang
2 ketul Kunyit hidup
2 biji cili besar 
7 biji cili padi hijau
Daun cekur /kunyit
1 biji bawang  besar
5 ulas bawang putih
Santan
Garam
Gula 
Serbuk perasa

Cara-caranya :

Ikan keli salai

1. Gaul garam dan kunyit hidup dekat ikan keli. 
2. Balut ikan keli dengan daun pisang. 
3. Letakkan ikan keli yang dibalut daun pisang dalam non stick pan. 
4. Guna api sederhana panas dan tutup dengan penutup and cepatkan process salai menyalai. 


5. Boleh kalihkan bila nampak daun pisang dah mula garing. 
6. Bila dah nampak daun pisang mula garing untul semua bahagian.. Boleh la tutup api. 


Haa bila nampak macam ni tu dah ok la.... 


Kuah Masak Lemak Cili Padi

1. Masukkan cili besar, cili padi, bawang besar, bawang putih, dan kunyit hidup ke dalam blender dan blend kesemua bahan-bahan ni. 
2. Masukkan bahan-bahan yang diblend yadi ke dalam periuk/pan dan bukak api. 
3. Masukkan asam keping dan biarkan sehingga mendidih. 
4. Tambahkan air dah biarkan sehingga mendidih sekali lagi. Time ni boleh perlahankan api dan masukkan santan 1/3 kotak kecil. Nak lemak lagi letak la banyak lagi. Ni ikut preference masing-masing ya. 
5. Kacau bahan-bahan tadi and jangan biarkan tak berkacau sampai pecah minyak ya nanti tak cantik pulak. 
6. Terus masukkan ikan keli salai tadi tu ya. 

Masukkan watak utama ini! 

7. Bila dah masukkan ikan keli, jangan lupa kacau-kacau jugak ya. Dah boleh perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa ya. Hujung2 boleh la masukkan daun cekur yang dah dipotong kasar. 


Nyum-nyums. Dah siappppp. Time masak ni tengah puasa. Sedapnya Ya Allah telan ayaq lioq akuuuu. 


Ramai cakap cantik masak lemak cili padi aku ni. Macam mana buat pekat macam tu semua. Rahsia aku guna bawang ja. Kalau pure nismilan diorang tak pakai bawnag ya. Depa guna santan banyakkkk gila. Sebab tu depa punya lagiiiiiiiiiiiii terlentokkkk bhaiiiiii. Aku sayang santan.. So aku blend la bawang and letak. Letak santan pun 1/3 kotak kecil ja. Padan la nak diet kan. 


Menu buka puasa hari tu. With kailan ikan masin. Ok sedap gila. Puji diri sendiri sebab pandai la masak untuk makan semdiri. Hahhahaha


Ok lah... Bela chiao
Mengantuk dah ni.. Baiii











1 Comments

  1. Akhirnya update blog alia hehe, sedapnya resipi alia ni. Suka tgk alia masak, setiap menu di up semua boleh buat mouth watering!

    ReplyDelete

Post a Comment