Resipi Bajet MRO : Ayam Padprik

Assalamualaikum

Kali ni bersiaran kembali nak ceritakan Resipi Bajet MRO ni. Hari ni dah 1hb April, kiranya dah masuk fasa kedua MRO. Seperti mana yang kita maklum, MRO dilanjutkan another 14 days.

So disebabkan kita masih di fasa MRO ni kita sebagai mak2 dan isteri seharusnya lah kan bijak mengatur apa yang nak dimasak kan. Kalau boleh elakkan pembaziran. Tapi sekali sekala nak makan lauk yang agak mewah pun xdak salahnya kan.

Untuk kali ni aku nak share resipi Ayam Padprik. Resipi ni antara favourite aku la jugak kan. Aku suka sebab lauk ni dia merangkumi semua.. Ada protein and sayuran. Dah tak payah susah2 nak buat sayoq lain dah.



Bajet? Bagi aku roughly hidangan ni tak sampai RM5 ya. Sebab apa aku kata RM5, sebabnya ni aku pakai 1 bahagian isi dada yang kecil, sedikit carrot, satu batang king oyster mushroom, bawang holland sederhana besar, bawang putih 4 ulas dan cabai melaka 5 biji. Basically u can put any vegetables yang sesuai kat dalam ni.

Jom lah kita tengok bahan-bahan dan cara memasak ayam padprik ni.

Bahan-bahan:

Ayam bahagian dada dipotong
Bawang putih 4 ulas diketuk
Bawang holland saiz sederhana
Sedikit minyak untuk menumis
Satu sudu cili paste
Sos cili
Sos tiram
Kicap
Garam
Gula
Serbuk perasa
Carrot
Mushroom
Cabai melaka diketuk
2 helai daun limau purut

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan sedikit bawang holland.
2. Dah naik bau bawang putih dan bawang holland tadi, masukkan cili paste, sos tiram, sos cili, kicap dan sedikit air.
3. Masukkan ayam dan carrot. Diikuti dengan daun limau purut, mushroom dan cabai melaka.
4. Season ikut tekak hampa. Nampak ayam dah masak maka dah siap dah.

Boleh la lepas tu goreng teloq dadar sebagai pelengkap majlis. Aku makan lauk ni saja pun dah ok dah.



Ni selamat dah makan untuk sahur hari ni. Lauk ni jugak la untuk anak2 makan tengah hari nanti. Bukak puasa tak plan lagi nak masak apa.. 

Boleh bagi idea skit tak nak masak apa for berbuka nanti? 



2 Comments

Post a Comment