Melaka Getaway : Swiss Garden Melaka Hotel Melaka Review

6:30 PM

Hai hampa. Kali ni nak bercerita pasal getaway kami kat Melaka pulak ya. Masa kat Melaka kali ni kami stay kat Swiss Garden Hotel ja. Sebab satu hotel ni baru and rate kami dapat agak memberangsangkan jugak la.

Untuk pengetahuan korang, kami dapat rate semalam untuk Swiss Garden Hotel ni dalam RM180 macam tu la dari harga dia RM360 something kot. Lupa dah normal price dia berapa. Tapi harga yang kami dapat ni agak tak masuk akal la sebab murah. Oh ya kami booked thru Agoda ya as usual. Memang dapat rate kat Agoda paling murah. And lagi satu, Swiss Garden Melaka ni ada dua, satu Swiss Garden Resident and another Swiss Garden Hotel. Kami stay yang kat hotel punya side.

Jom kita usha bilik kat dalam Swis Garden Hotel ni ya.


Bilik pun spacious la. Katil single dua tu muat kami empat anak beranak tidur.


Toilet pun best boleh see thru. Tapi tak koser la haaa, time nak mandi bawak turun la curtain kat toilet tu. Cuma kalau ada bath tub kan best. Apsal hotel-hotel baru sekarang ni semua shower je?


Ni facilities yang ada kat Swiss Garden Melaka ni. Both hotel & resident boleh ases untuk guna.


Pool dia oh emm gee best. Tapi sebab masa kami pi tu dua-dua hari hujan. Tak dapat la nak mandi kat pool ni. Atas pool tu ada gym, boleh la sesapa nak bergym kat situ.


Disebabkan hujan ja kat luar, maka dua beranak ni mandi je lah kat infinity pool. Biru mulut dedua ni sebab sejuk kan. Dah la kami pi weekdays so kolam tu depa dua yang punya. 


Kalau naik Melaka River cruise tu memang boleh nampak hotel ni kat sebelah. Hotel ni kat atas mall The Shore.


Ni Kampung Moten yang fames amos kat Melaka tu. Kalau naik Melaka River Cruise tu mesti akan lalu kampung ni. Malam-malam nampak lawa ja sebab nampak banyak lampu kat kampung ni.

So overall aku agak berpuas hati dengan stay kami kat Swiss Garden Hotel Melaka ni. Cuma satu ja, dari segi maintenance bilik tu nampak macam kelaut sikit. Ni apa yang aku nampak la ye, sebab kat toilet kat shower tu macam ada kesan kuning-kuning tu. Ala macam nak naik mold tu. Ala kalau korang malas sental bilik mandi korang mesti mula-mula naik macam kuning-kuning tu. Rumah aku ni kalau 3 hari tak sental mula la naik tu, and mula la aku pun rimas. So tu la yang aku nampak kat shower bilik kami masa stay kat sini. 

Husband aku orang construction pun cakap hotel ni dah padu dah. Cuma dari segi maintenance agak ke laut skit. Sayang la. Bukan apa, sebab hotel ni still baru lagi kan. Lebih senang maintain dari nak kena wat major-major kan. Macam tu la laki aku cakap. And masa first day kami sampai tu, shower kami air bertakung. Call report, dekat 45minutes baru maintenance team mai check padahal time tu weekdays and malam kot. Itu pun kena call balik 2 kali tanya balik sebab kami masing-masing dah lapar and nak serang Pak Putra malam tu.

Harap-harap pihak Swiss Garden Hotel Melaka dapat improve lagi dari segi maintenance side nya ya. And harap diorang dapat pantau jugak keja cleaner diorang. Yes aku tau memang banyak bilik kat hotel tu tapi kan stil kena la jaga jugak. Ye tak?

Or maybe bilik kami je kot diorang tak sempat nak cuci and sental betul-betul kot. But still kalau kami ke Melaka, kalau dapat rate yang OK lagi In Sha Allah akan repeat stay kat sini sebab hotel ni selesa.

Rating: 3.9/5.0







You Might Also Like

13 comments

  1. wah.best tu...dunia ni aku yg punye..hehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tu la da murah tu...
      Mmg selalu book kat agoda ja

      Delete
  3. murah jugak tu. airah pun selalu book melalui agoda je

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Aah mmg murah...
      Dah la swiss garden pulak tu

      Delete
  5. tak pernah merasa menginap di swiss garden melaka. pernah try yang kat KL dan Damai Laut je. macam best je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not bad yg kat melaka ni..cuma 1 ja diorg kena jaga maintenance n kebersihan dekat bilik ja...yg lain mmg da tiptop sgt dah.
      Yang dekat damai laut tu pun best...kl xpernah try lagi

      Delete
  6. bestnya dapat murah cenggitu. tapi betul la bab kebersihan ni biasanya kena tip top.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..syg...sebab yg tu yg paling penting tu kan...sebab hotel ni baru lagi pulak tu

      Delete
  7. InsyaAllah nanti nak stay sini gak..

    ReplyDelete