Travelog Alia : Koh Lipe Part II

5:44 AM

Hai...
Bersambung kembali dari entry yg lepas.
Kali ni nak cerita sambungan pasal entry Koh Lipe yang dirindui tu.

Maafkan makjem kerana kesihatan kurang memuaskan 3 4 hari ni. Demam+ eyes infection and now sore throat macam nak terkeluaq kerongkong ni rasa.

Tapi takpa. Demi blog tersayang makjem gagahkan jugak menaip untuk sambungan di Koh Lipe hari tu.

Ok seperti yang hampa semua tau petang sampai2 kat Koh Lipe tu semua orang da penat gila and masing-masing terbongkang kt dalam hotel. Suami and anak dah jauh belayar. Makjem??? Apa barang lena awai. Meh kita explore apa yang ada kat Koh Lipe ni.

Jalan2 kat area Pattaya Beach ja. Sepanjang perjalanan dari hotel ke beach side tu akan jumpa la macam-macam kedai. Ala-ala macam street market gitu. Tapi yang bestnya no car, setakat taxi motor tu ada la ya. Tapi bila malam no taxi (motor) dibenarkan lalu kat kawasan tu.

Time ni rasanya da pkul 5.30ptang diorang. Dalam lebih kurang pukul 6.30ptang waktu Malaysia.

Time2 ni dah ramai orang start keluar lepak2.

Siap ada clinic lagi. So hampa tak perlu risau ok!

Fresh seafood. Sedapnya!

Koh Lipe yawww....
Rindduuuu pulakkk dahhh

Punya ramai umat manusia oiii.

Langkawi->krabi->phuket->koh lipe semua selipar ni dah sampai.

Selfieeee....
Wajib la berlatar belakang kan long tail boats di Koh Lipe kan

Welcome to Koh Lipe, Alia!

Lepas ja selpie merata2 dan tangkap gmbaq merata2 maka baliklah aku ke hotel. Kalau stay kat area Pattaya Beach ni semua walking distance ja. Kedai makan, 7eleven, kedai runcit semua dekat2 ja.

So balik hotel rehat sat, malam tu turun balik sebab nak survey2 pakej utk snokerling semua. Sekali harung la nak dinner sekali. Untuk snokerling after survey2 and lepas wat kira2 balik, aku n amir agreed utk amik yang sewa asing dari pakej. Selalunya kalau pakej 550B per person untuk 5 pit stops. Tapi kitaorang decide untuk pergi asing dari pakej. Kami sewa boat untuk kami2 ja. Tapiiii kami kena amik 2 boats sebab kami ramai. 1 boat depa charge 1800B so kalau 2 boats dalam 3600B tak termasuk sewa snokerling set and makan. So after nego2 ngan Siam tu kami mintak dia sediakan semua sekali dengan makan. Total dia amik 4950B saja. Ok la chatered 2 boats khas untuk kami saja. So kalau kami rasa nak balik awai, kami xyah nak tunggu2 orang lain dah. Rasa nak snokerling lama kat sini boleh stay lama. Kalau pakej soryyy beb nan hado la lagu tu.

So malam tu plan awal nak la makan-makan goreng-goreng gitu. Tapi ntah macam mana dah ada yang masuk kat tempat yang roti canai tu. Konon nak jimat. Ciskek betul roti canai nipis mcm kertas rega pun mahai nak mampos 60B ok. Last3 dari nak jimat kena katok 970B total makan dengan air semua. So nasihat aku tak payah la nak makan menda2 merapu gitu. Baik p makan nasi goreng 120B terus ja.

Dari nak berjimat terus tak jimat. Balik tu tapau pulak nasik 1 bilik sebungkus. Terbang lagi duit. Nasib la nasik goreng dia banyak ok. So kenyang la skit. Sebelum balik tu memang menyinggah 7E terus beli roti, sardines dan mayo. Esok pagi da plan breakfast roti sardines ja. Jimat oii jimat.

Oklah....
Bersambung nanti yek.
Batuk kemain lagi dah ni.


You Might Also Like

1 comments

  1. bila nak sebut koh lipe ni kan
    sllu tersebut kuala lipis kahkahkahkahhh

    tp mmg cantiklah tempat ni

    ReplyDelete