Assalamualaikum.... 

It's a long overdue...tak tau la kalut dengan apa.. Biasa la puasa2 ni kan.... Semua menda kena kalut... Tak kalut bukan diaaaa 不不不

So kali ni aku nk cerita pulak pasal Ramadan Buffet dekat The Prestige Hotel. The Prestige Hotel Penang ni antara salah satu hotel yang lawo nak mam ahhh... Salah satu ciri2 dia... Dia terletak di bangunan2 heritage dekat belah2 depan jetty sana... Tau2 laa dia punya heritage lagu mana kan.. Dah pulak instagramable.... Even dalam toilet dia pun boleh jadi port duk selfie sebab cantik oiii.. 

Ehhh... Ni nak cita pasal Ramadan Buffet dia... Berkonsepkan Citarasa Global... The Pretige Hotel menyajikan pelbagai jenis makanan yang bersesuaian dengan konsep mereka... Iaitu GLOBAL... tak percaya satgi hampa tengok naaaa... Sushi ada.. Salad matsalleh ada.. Kerabu melayu ada... Lamb shank ada...lamb ribs ada.... Mee kari ada... Spaghetti aglio olio pun ada... 

Hampa tak percaya jom tengok gambaq2 yang ada... Serius tak tahan daulat memang telan ayaq lioq la time2 posa duk tengok lagu ni kan... 








Nahhhh haaaa.. Punya banyakkkk gila dishes sampai aku kena buat photo grid la... Penat kalau nk edit buh watermark satu2 noks oiiii.... Gila banyak kan food spread dia.... 

Kalau hampa nak tau harga dia pun pada aku stil reasonable la... 




Nasi ayam hainan dia sedap! 


Lamb ribs pun best... Mak sukaaa



Penuh mejaaa haaaa

Alhamdulillah memang kenyang gila.. Tersandaqqqq lepas penuh meja ni haaaa
 五五五

Sebelum balik boleh sudahi dengan latte... Yg ni ada mesin. Hampa boleh la tekan sendiri... Bestttt jugakkkk 


So hampa kalau duk cari tang mana nak bukak posa beramai-ramai tetapi dengan mematuhi SOP... Ni details untuk hampa naaa...... 


.

.

.

.

.


Citarasa Global Buffet Dinner at The Prestige Hotel 

19 April hingga 9 Mei 2021

7 pm - 10 pm

The Glasshouse Restaurant


Price

Rm78 adult

Rm58 senior citizen

Rm38 for children 


FREE FOR CHILDREN BELOW 5 YEARS OLD


Early Bird Discount 

Dapatkan harga bagi dewasa dengan hanya RM68 pembelian penuh sebelum 15 April 2021


BOOK NOW

Hubungi  +6042175888 ext.8024 untuk tempahan atau WhatsApp ke +016-414 3408


Facebook:  https://www.facebook.com/ThePrestigeHotel/

Instagram:  https://instagram.com/theprestigehotel?igshid=ggl39bwe04ip



 Hai kat sini nak kongsikan sikit tips menyiram pokok for beginners yang baru berjinak-jinak dengan gardening.... 



Berikut adalah 5 tips penting untuk menyiram pokok :

1) Siram pokok 2 kali sehari, pada waktu pagi dan petang.


2) Jika cuaca panas terik, siram 3 kali sehari.


3) Jika hujan, tidak perlu siram. Tanah yang terlalu basah dan lembab akan menyebabkan pelbagai jenis masalah tanaman seperti penyakit kulat dan reput akar.


4) Elakkan siram pokok pada waktu tengah hari supaya pokok tidak melecur.


5) Pastikan suhu air paip tidak terlalu panas ketika menyiram terutamanya apabila cuaca panas.


Satu lagi tips.. Kalau pokok kena hujan lebat dan medium tanah terlalu basah dan berair.. Boleh la skip menyiram keesokkan harinya. Ni untuk mengelakkan akar pokok membusuk. Sesetengah pokok x sesuai terendam dalam air terlalu lama. 

Semoga bermanfaat



 Hari ni da masuk hari kedua berpuasa. So hari ni baru berkesempatan masak.. Semalam tak masak sebab buka puasa dekat Golden Sands.. Terima jemputan untuk Ramadan Buffet kat sana semalam. Nanti aku cerita ya.... 

So hari ni aku buat dessert thailand.. Cha bang ang... Senang and sedap sangat. Bahan-bahan pun senang ja nak buat.. 



Bahan-bahan:


Biji selasih 

Cincau manis-dalam tube 

2 sudu makan Susu pekat 

3 sudu makan susu cair

2 cawan fresh milk

3 sudu makan brown sugar

Ais secukupnya

Sedikit esen vanila


Cara-cara:

1. Panaskan air dan masukkan brown dan biarkan sehingga  melarut. 

2.  Satukan susu cair, susu pekat, fresh milk dan esen vanila dalam satu bekas. 

3. Potong cincau bentuk cube dan rendam biji selasih dalam air panas. 

4. Satukan kesemua bahan-bahan dan masukkan ais ke dalam mangkuk yang sesuai. 



Sedap wuuuu... Dah la panas2 bukak puasa ni.... Lalu dekat tekakkkkk.. Aduuuuuuduuuuuuuu.... 
Ni kalau buh sumi jelly pun sedap gak niiii... 

Senang kan nak buat dia... Selamat mencuba... 





Baru2 ni aku berpeluang ke Boulder Valley yang terletak di Teluk Bahang. Untuk pengetahuan hampa semua Boulder Valley ni adalah satu tempat glamping baru.. The first ever glamping side yang ada dekat Penang ni.

Tempat ni memang sangat best.. Sebab dia mcm ke dalam hutan skit...memang cantik sangat tempat dia. Tenang sangat-sangat rasa bila ada dekat sana.


Lihatlah kehijauan alam di Boulder Valley ni. Sangat tenang. Kebetulan sangat pakai baju hijo kannn.... 

Untuk pengetahuan hampa semua aku dijemput ke sini untuk review Buffet Ramadan depa. Untuk pengetahuan hampa jugak.. Boulder Valley ni baru ja 2 tahun dibuka and ni first time depa buat Buffet Ramadan. 


Ramadan Kareem




So jom kita tengok apa yang depa hidangkan.... 


Nasi hujan panas +ayam percik + gulai kambing +ikan bakar


Sayur kacang buncis+ulaman +sate



Cucur udang, kuih muih dan buah-buahan. 


Sup ekor yang yummy. 






Char kuey tiaw.. I love the dry version like this. 


The yummy char kueytiaw with teh o laici. 


Nasi hujan panas with ayam percik.. Kacang buncis and gulai kambing.. The gulai kambing is so umphhhhhhh. Sedap sangatttt


And the sate... The kuah kacang is so yummy.... 

Overall:

The foods are good. But not so many varieties of choice. I know that this is their first time organize their own Ramadan Buffet but I hope to see more spread and more food varieties in future. For those enjoy nature.. This is the place for you. It so calm and peaceful. You can enjoy the nature before having your buka puasa there. 









For those who interested to have your buka puasa with your love one at a peaceful place, u will love this... 

Call and book your seats for Ramadan Buffet now

Boulder Valler, 
8 Jalan Teluk Bahang, 
Teluk Bahang, 
10150 Penang

019-977 8995
















© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS