Seperti yang dijanjikan... Kali ni nak cerita pasai cottage cun yang kami stay dekat Batu Kurau, Perak lepas kami ke Cameron Highland hari tu.

Apa yang menarik pasal chalet ni adalah.. Dia ada jeram /sungai depan chalet dia. And chalet dia ada unit-unit yang menarik. Ada reka bentuk cottage.. Ada reka bentuk rumah biasa yang cute miut.. And yang paling penting warna warni dah tersangatlah instagramable. Apa la guna kalau tak instagramable khennnnnz...







Ini lah dia cottage comel yang kami stay hari tu. Comey kan.. Dalam cottage ni boleh duk up to 6 persons per cottage. 


Ni pulak chalet dekat opposite side. Yang penting semua bilik menghadap jeram. Yang that side ada bilik utk couple and small family. Yang small family tu tak silap aku ada pakej dapoq sekali dalam tu... Bestttt


Ni cottage yang kami stay. Suka sangat sebab cantik... Warna warni.. Mcm dekat Holland pulak. Acah2 betui la kan



See.. Cun kan.. Ni the other side... Dekat tempat parking kereta. Memang cuns kan. 




So ni kira view dari pintu belakang yang menghadap parking tu. Kiri kanan tu toilet n showee dia. 


Shower dia.. Sempit skit.. Untuk orang yang claustrophobia maybe hampa akan rasa cemas skit macam aku ni. Mandi cepat2 sebab rasa erghhhhh.... Ayaq dia pulak.. Ada time slow.. Ada time ok... 


Dekat bawah dia.. Ada katil queen and single. And wing chair. Depan wing chair tu ada tv and the other side tempat letak lugage and sangkut baju. Tapi aku lupa nak amik gmbaq that side.. Apa daaa



Ni pulak dekat atas. Komen aku.. Tangga dia ni curam. Aku pun seriau. Not recommended anak2 kecik or orang2 tua duk kat atas ni. Kami pos Adriana, Usu and Makngah tidur dekat atas ni. Kami (me, maktok and Ecah tidur kat bawah) 


Ni view dari beranda kt atas. Ada katil queen n satu katil single dekat belah lagi satu. 


Time kami check in tu hujan rintik2 tapu nampak gaya sebelum tu hujan lebat.. Hence why ayaq macam teh tarik tu😅


Esoknya bangun ayaq dah crystal clear.... Syiok weiiii. 


Ecah awai2 lagi bangun ajak makngah dia pi mandi. Aku time ni kalut duk prepare bfast merangkap lunch.. Tau dah satgi lepas mandi nanti anak2 aku kompem lapaq punya lahhhh. 

Lepas ja siap prepare apa yang patut.. Maka aku pun turut sama join mandi kat jeram ni. Ayaq dia syiokkk.. Sejuk gilaaa... Yang kawasan depan cottage kami stay ni banyak batu and ayaq agak deras skit. Kena turun pi ke depan skit ada depa tadah and landai skit kawasan dia.. Sesuai la nak berendam lama2 dengan anak2 kan. 

Rate bilik dekat sini bermula dari RM150-RM350. Masa kami stay dekat sini dulu ada special discount untuk frontliner. So makngah awal2 lagi redeem discount tu. 

Overall.. Tempat ni memang best gila. Weekn ni aku akan repeat balik 4 beranak kami. But of course la kali ni kami xduk la yang cottage sebab cottage tu besaq kot. Tak  berbaloi la nak amik setakat kami ja kan. 

So kepada sesiapa yang berminat nak stay dekat sini boleh la usha-usha dekat :

Facebook



Alamat 

Lot 6836A, Jalan Buah Manggis, 
Kg Air Hitam, 
34500 Batu Kurau, 
Perak
















 

Home cooked food lately

in , by Alia Farhan, 8:51 PM

 Ada tak perangai... Satu time tu rajin masak.. The whole day semua nak masak... Ada time xnak masak tu.. The whole day kitchen close... Semua nak makan luaq... Or kalau kena order food panda pun kalau boleh xnak pakai pinggan dekat rumah... Sebab taknak cuci pinggan.. Xnak kecahkan kitchen etc... Hahhaha.. Aku la tu. Bukan orang lain pun..

Kalini nak share la skit pasal food lately yang aku masak kat rumah ni kan.... Time rajin boleh la.. Time kelaut... Laut i miss you la cita dia... 😜😜😜




Ipoh hor fun
 


Ipoh hor fun vs squid ink pasta




Lobster


Acah2 mat salleh


Ayam bakaq + sambal penyet


Sup tetel


Masak lemak


Beef padkrapao 


Acah2 korean pancake


Bila rajin banyak la lauknya


Laksa siam


Time rajin boleh la buat laksa siam ni.. Nanti2 la share resipi dia. 


Nasi goreng tuna Ayam Brand


Ni latest bukak posa semalam. Apa ada dalam peti sejuk ja. 


Ni lagi latest sebab baru lpas masak makan.. Cepat2 n simple2 ja sebab anak nak pi sek satgi.. Masak pun simple2 ja lah... 


Beza lah.. Time rajin nak masak n terpaksa masak tu. Hahhaha.... Lagi parah kalau time tak rasa nak masak langsung. Ada time tu penat2 masak.. Xleh n xlalu nak telan apa yang kita masak.. Parah gila kalau kena tu... 
So hampa2 kalau mak ka bini dah masak tu.. Hargailah tau... Bukan senang nak masak ni. Nak kena prepare bahan2 nak masak.. Pastu nak masak.. Nak hidang.. Nak kemas dapoq after masak lagi... Lepas tu.. Lepas tu.... Ehhh penatnya kalau nak listkan... 

Oklah chow... Nak hntaq anak pi sekolah pulak. 


Tips Memilih Dryer

in , by Alia Farhan, 2:32 AM

 Alia sharing.... 


Sebab ramai pm & whatsapp tanya pasal dryer dekat aku.... Meh sini nak share....

Dryer ada 3 types yang famous :




1.  Vented tumble dryer

2. Condenser tumble dryer

3. Heat pump dryer

Ketiga2 ni ada mechanical principle yang berbeza. Macam aku pernah cakap.. Aku ada 2 in 1 washer dryer yang LG dekat bawah tu... Dah 4 tahun beli... Masa tu load dia 8kg/4kg...washer load is 8kg n dryer load on d other hand is just 4kg...which is quite mehh for four of us currently. N biasa 2 in 1 washer dryer ni dia pakai heat pump dryer concept which use nearly quite the same concept dengan condenser dryer... Cuma bezanya heat pump ni dia normally guna low temperature drying mode.. Hence why the drying process took like forever with this machine.

While for venting... Dia memang jenis kering yang panas haba dia tu... N u need to vent the air out from the room... Sebab tu kena letak dekat tepi tingkap.. Sebab nak letak hos dia keluaq supaya rumah/room kita tak panas. While condenser type ni pulak dia lebih kurang mcm heat pump.. Tpi dia guna heat exchanger.. N no need nak kena ada venting hos. Sebab tu boleh letak dekat dalam rumah n tak payah nak sibuk2 letak hos keluar... Cumanya.. Hampa kena kosongkan tank air yang dia withdraw dari dry baju hampa tu frequently.. Harga dia lebih mahal dari vented. Kalau heat pump mmg energy efficient n paling mahal antara semua...Tpi drying process dia lama... Vented murah... Baju cepat kering.. Kena pakai hos n cari tempat yang sesuai.. N makan karan skit dalam mayb2 10-15 hingget lebih dari biasa.. Kalau condenser tu xla energy efficient pun.. Harga pulak mahal.. Cuma dia hampa boleh letak la dekat dapoq ka.. Ruang tamu ka.. Tengah rumah ka ikut suka hampa.. So pilihan atas masing2.. Macam aku prefer yang murah... N cepat kering... So pilihan yang tepat utk aku adalah vented... Nak cerita beli toshiba vented tu xsilap dalam 900 hingget.. Free ship-inh.. Fre-e stacking kit... Haa satu lagi lupa.. Nak stack jangan lupa pakai stackin kit supaya vibration dari dryer ni tak rosakkan washer kat bawah.. Sekiannnnn... Semoga membantu sesiapa yang nak beli dryer musim2 hujan ni❤️

Back to the nature

in , , by Alia Farhan, 2:35 AM

 As part of my kids learning process is to be back to the nature.... Taknak la jadi anak2 yang cenggeng sampai nature pun tak expose kan. So me and my husband decided to reduce our visit to the mall and start exposing them to the nature.


So lets check out our back to nature.... 


Penang Botanical Garden

Last 2 weeks... We went to Penang Botanical Garden... Boleh tahan jugak pukui 3 petang yang agak panas tu ajak jalan2 dalam tu. Not all the part are shaded... So memang ada part yang panas la kan...but we made it... At least keluar la peluh2 jantan skit kan.... Dari jalan dekat Mall musim2 pandemic ni... 








Trong Waterfall 

Yang ni dekat kampung my husband dekat Trong Perak. Memang lawa gila ayaq terjun dia. Huaaaaa... Rugi tak bawak baju😭😭😭😭
Kalau tak boleh la mandi sekali with the kids. Kids mandi dengan baju kurung okeh... 








Next nak bawak anak2 pi camping kat campsite2 yang menarik pulak.... 





© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS