Haaa Disebabkan this few days duk sakit pinggang. Sat rasa macam nak patah pinggang.. Sat rasa macam nak putuih pinggang.. Sat rasa macam sengai2 ubi pinggang ni.. Aiyayai.. So kena la banyak2 bawak bed rest ya.

Tapi dah nama pun ada anak2 kan. Si kakak pulak cuti sebab jerebu. Sat2 mama kakak lapaq.. Sejam sekali OK kakak lapaqqqq.. Mama kakak lapaqqqq sangat2 πŸ™„πŸ™„πŸ™„

Mama hang macam nak tercabut urat pinggang bila anak nak macam. Esok la baru pi check sebab esok papa tak busy sangat. Elok nak bed rest adik pulakkkk... Mama yakkkkkkkk. Alahai... Lemah mama sebab nak kena bongkok... Itu yang paling lemah sebab itu yang paling sakit. Semayang memang semayang duduk la cita dia.

Masak? Masak gak tpi yang simple2 la. Tadi lunch beli ja. Petang goreng nugget dengan karipap Guna air fryer ja. Senang hati omak hnag ni. Malam setelah puas berpikiaq nak masak apa. So teringat lah resipi yang pernah tengok dekat utube ni untuk travel.

Ada mat salleh ni masak spaghetti dia dump semua dalam mini rice cooker ja. Senang hidup aku nanti travel nak buatcm tu gak.

Jom tengok bahan-bahan dia.


Tomato 2 biji
Paste cili blend 2 sudu
Bolognese suace
Ayam cincang/daging cincang2.. Aku guna isi burger ja sebab tu ja yang ada
Bawang besar
Bawang putih
Minyak untuk menumis
Mixed herbs
Spaghetti
Garam
Kiub ayam
Gula

Cara-cara dia pulak kena ada rice cooker la ya.

1. Tekan button COOK dekat rice cooker masing-masing. Panas kan minyak untuk menu is bawang besar yang da didadu dengan garlic yang dah di "crushed".
2. Biar bahan2 tumis tu naik bau, then masukkan 2 sudu cili blend tu. Then masukkan bolognese sauce tu and masukkan daging/ayam cincang tu. Aku tak a so aku guna ja daging burger.
3. Jangan lupa masukkan sekali tomato yang da dipotong2. Aku suka ada rasa serat2 tomato tu sebab tu aku letak jugak tomato fresh.
4. Masukkan air then masukkan spaghetti. Spaghetti tu jangan lupa patah kan dua. Kalau tak memang tak muat la nak masuk kan.


5. Make sure button masih COOK bukan WARM ya. And biar kan spaghetti tu masak. And jangan lupa tutup periuk ni dengan tudung dia ya.
6. Once bila da turn tu WARM tu korang boleh la perasaan dia dengan letak segala perasa and mixed herbs tu...



It's doneee bak kata Eina Azman

Eh macam  tak nampak plak. Hee nampak ke idakk tuuu. 


Rasa? Sedap la.. Cara campak2. Tak payah nk buang masa rebus bagai dah. Campak ja terus. Lepas tu siap. 

Dah sakit pinggang ni malas nau aku nak kecah2 dapoq tu. Paham2 la bila mnum is buat2 kuah macam gini nanti meletop2 la eh malas akuu nak mengemas bagai. 

Campak2 ja terus dalam ni. Siappp. 





Actually dah banyak kali dah makan kat sini kalau nak pi kl ka mana ka. Tapiiii sebab ya selalu pi time hari cuti.. So penuh la dengan umat and aku tak sempat pun nak pi usha2 apa yang ada. Selalunya laki aku ja yang duk pi beli lauk semua. Aku duk ngan dua orang mek ni.

Kali ni sebab pi time weekday so lapang la aku nak jalan2 cuci mata sat pun. Kalau weekn tak lalu tengok crowd dia weiiii

Jom kita Cuci2 mata dlu apa ada.


Ni kat stall yang jual lauk2 berkuah etc tu. 


Laki aku rambang mata leww teww. 


Gulai Kambing umbut pisang


Aku dah ambil macam dekat bahagian bakar-bakar sekali jumpa patin tempoyak favourite aku ni. Huwaaa stress. 


Rebung tu pun fav😭


Terung berlado


Ni aku tak ingat dah apa. 


Sambal tempoyak 😍


Harga OK la bagi aku. 


Kerabu oiiii. Tapi dah amik macam dah. 




Ni pulak kat sudut bakar-bakar






Ada macam2 kan.. So memang kat sini dah rambang mata gila. 
Serius semua nampak sedap2. 

Jom tengok kami amik apa ok



Basically kat sini. Hampa pilih nak apa.. Lepas tu buh la dalam dulang ni. 


Nyumsss 


Kambing salai bakar


Masak lemak telor itik


Fav! 


Ikan talapia bakar masak lemak. 


Ayam Kampung bakar. 


Gulai kambing umbut pisang and nasi bamboo. Sedapppp. 

Overall bagi aku memang sedap la lauk2 dia. Kena ngn tekak aku yang kekampungan ni. Kalau tak sedap takkan la repeat makan berkali-kali kat sini kan. 


Hampa kalau nk pi time weekend memang ramai la. And maybe kena parking jauh skit la. And maybe jugak kena berdepan dengan perokok2 yang cacat otaknya and takda adab main smoking ja. Budusss betul jenuh beruk matyeh ni.. 

Apa pun kalau nak pi jangan lupa exit dekat Sungkai kalau dari Tol Plus Utara-Selatan tu. 


Nasi Bamboo Sungai Klah
Kampung Buloh Telor, 
35600 Sungai, 
Perak
0175167592




Actually hari ni dan semalam aku kena lower back pain. Eh aku rasa dari hari Ahad malam. Ni kira nak masuk hari ketiga. Tadi ingat nak beli ja makanan kat luar. Tapi memandangkan aku kena makan ubat n lagi sakit aku nak kena bangun berdiri banyak kali dari kereta untuk beli makanan semua tu. Maka struggle la masak walaupun tengah tahan sakit. Sapu lah krim Mustajab penuh pinggang oiii.

Bila dah siap masak Dapat la makan nasi and makan ubat cepat2. Dengan harapan sakit go away. Ni rasa OK skit bila baring dekat katil and bed rest. Tapi karang nak bangun dari katil dia punya sakit tu mmg boleh menangis😩


Senang nak buat. Janji sedap ja



Sebab da sakit.. Nak cepat. Masak yang simple2 ja lah janji sedap kan. Daging bawak keluar dari freeser terus Guna microwave set untuk defrost. Kalau nak tunggu defrost sendiri memang tak makan la aku.

Lepas 10minit defrost daging.. Mostly part daging dah tak kejung dengan ais. So da boleh potong and bila dengan air bagi hilang ais2 tu skit. Jom lah tengok bahan-bahan dan cara aku buat daging goreng kunyit yang sedap dan simple ni.

Bahan-bahan:

Daging.. Potong lawan urat.. Kalau tak keras
Bawang besar
Bawang putih
Cabai melaka.. Aku letak ja sebijik2 macam tu.. Nak makan tenyeh sendiri
Cabai besar.. Potong la serong2 skit.
Kacang buncis
Daun bawang
Serbuk Kunyit
Garam
Serbuk perasa
Gula
Sedikit lada hitam kasar

Cara-caranya:

1. Panas kan minyak. Bila nampak minyak dah start panas masukkan daging yang da dipotong tadi dan masukkan serbuk kunyit sekali.
2. Goreng seketika sampai keluar semua air daging sampai la air daging tu kering. Then masukkan air skit.
3. Biaq sampai air tu kering and masukkan bawang besar yang dipotong.
4. Then masukkan bawang putih, cabai melaka dan cabai besar td.
5. Jangan lupa perasaan dengan garam, serbuk perasa dan gula.
6. Sebelum tutup api masukkan kacang buncis dan goreng kejap. Then last sebelum tutup api masukkan daun bawang dan kacau sekata. Time ni boleh letak skit lada hitam yang kasar2 tu.
7. Dah siap untuk dihidangkan. Kalau suka berkuah. Letak air skit. Macam aku ikut mood. This time nak makan yang tak berkuah sangat. Cukup lah minyak yang dari goreng daging tadi tu.


Macam ni da sedap. Siap terus makan dengan nasi and makan ubat. 

And lepas tu kalut pulak pi amik Adriana dekat sekolah tadi. Now nak bed rest sbb taknak banyak gerak since pinggang ni sakit kan. Ni pun ok skit sebad dah makan ubat. Rasa nak ja bedrest jap kat hospital tapi tu la. Nanti anak2 dengan husband kesian pulak. πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

Ada tak yang ada masalah sakit pinggang yang kronik? Aku risau la nak pi check tapi dalam masa yang sama tak tahan sangat skit ni. Ni dah kali ke berapa dah kena ni. πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”



Holaaaa...

Kali ni aku nak cerita kedai nasi kandaq favourite aku selain dari Tajuddin Hussain kesayangan ku itu... Kahkah.  Tak lain tak bukan Nasi Kandaq Raffee di Restoran Mohamed Raffee.

Kedai ni ikut time, kadang kena beratoq kdang2 tak payah. Kena pandai timing. Kalau mai time peak Haa kena la beratoq tapi xdak la beratoq mcm gila tu.

So sebab dah lama tak jalan2 masuk Gurney Plaza maka aku dengan itu ajak laki aku pi ke Gurney Plaza. Nak makan dalam Gurney Plaza rasa macam tak syiok plak. And dah lama gila tak makan dekat Raffee ni kan. So apa lagi kan...lagi pun Raffee dekat Pulau Tikus ja and dekat ja dengan Gurney tu.


Nyummy2 da sampai... 


Nyummmyyyyyy


Aku paling suka kari ayam dia. Dia punya lembut and juicy tu perghhh sedap sangat. Lagi2 kalau Dapat part peha tu. But sadly this time part peha tu sold out! But still the ayam still juicy. Cuba kalau aku buat kari... Ayam keras dan xlembut pun.. Benci betul. 


Teloq sotong! 
Ni pun sedap oiii. 


Ayam goreng. Pun part peha habis oiiii. Benci betul. Tapi ayam goreng dia ni pun sedap OK. 


And  the kambing... Kuah dia pun padu nokssss. 


Last but not least.. This cabai. Sedap oiii. Crunchy oi gigit ni makan dengan nasi bersama lauk-lauk lain. Hilang diet akuuu oiii. 

Total semua adalah RM35 termasuk nasi dua, Teh o ais 2, coke 1 tin, Teh tarik gelas+ 2 gelas sky juice. I think the price is not bad since it is Nasi Kandaq btw. 


Hampa kalau nak try mai makan sini boleh la berbuat demikian ya. 

Restoran Mohamed Raffee

No 295, Jalan Burma, 
Pulau Tikus, 
10350 Georgetown, 
Penang 



© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS