DIY kolam di rumah

by Alia Farhan, 8:25 PM
Ok lah. Hari ni nak share skit.

Aku terjumpa ni dekat fb ada orang share and orang yang share tu pun jumpa dari fb orang lain. So kalau tuan empunya gmbar ni baca ni minta halalkan ya. Semoga perkongsian ni bermanfaat kepada orang-orang lain yang minat nak buat kolam tapi dengan bajet yang minimal.

All u nid is this water tank!



Tampal waterproof wallpaper ke dalam tu? 😘😘😘

Cover dengan buat stand kayu tepi-tepi dia


Amcam?



Siap dah. Kalau aku.. Nak me time lepas bath bomb seketul there u go.

Best gila mcm ni kannnnnn. 

So korang yang rumah landed and plan nak ada 1 boleh la buat mcm ni kan. Tapi kalau dapat tank yang jenis segi empat tepat tu lagi best kan.... 


Holaaa
Nak cerita cuti bulan lepas tu kami ada bawak anak-anak bercuti dekat dalam Penang ni jugak since my bff Sha ngn husband Wan nak turun Penang and spend their holiday here.

Plan asal hari Sabtu Ahad tu nk ke Hatyai but since time ada election so kami cancel d plan. Taknak amik risk wei. Takut kang apa2 kang tak pasal2 ja. Dah la Hatyai tu fav spot jugak orang diorang nak buat onar. So better not la.

And memang plan jugak untuk spend masa together and stay kt Bayview Beach ni untuk bagi anak-anak seronok kan.
Bayview Beach Resort Penang ni bagi aku not bad la. Walaupun hotel lama, diorang tengah refurbish level by level. So bilik yang kami dapat ni bilik yang dah refurbished dah la kiranya.



Buruk sangat ke bilik dulu2? Xda buruk pun cuma classic ja. Perabot old school. Guna jenis carpet lagi. Tapi ok ja bagi aku sebab dia antara harga yang berpatutan tau kalau dekat Penang dengan lokasi tepi pantai ni. Aku pernah review pasai Bayview Beach Resort Penang dekat SINI.

Untuk bilik baru ni, cuma tak bestnya bagi aku adalah katil dia dah kecik. Huhuhu. Dulu katil kat Bayview Beach Resort ni adalah double twin bed. Macam size Super King gitu ha. Sekarang ni cuma size king ja. But stil fit kami berempat anak beranak la. Kalau dulu katil double twin bed dia tu kami 4 beranak boleh tidur renggang-renggang lagi tau. Bahagia gila nak golek-golek haa.

Another part macam post yang aku bagitau kenapa aku suka Bayview Beach ni selain harga dia yang berpatutan, pool dia and facilities dia pun superb jugak especially for kids pool.

But since harga dia affordable and pool dia and facilities dia pun best-best maka hotel ni sentiasa merenyut-renyut dengan orang tau. Takyah kata orang luaq.. Orang Penang sendiri pun berlambak-lambak suka bawak mai family duk sini. Kalau dulu syiok skit sebab katil besaq. Lepas ni pakat kena bawak toto la hampaq kat bawah kan kalau anak ramai.

Untuk kali ni tujuan Sha dengan Wan mai ke penang adalah untuk JJCM ya. So aku selaku kak long kawasan harus lah kena atoq setiap tempat makan. Hahhaha


Tapi apa pun jom la tengok dulu bilik lepas depa refurbished jadi lagu mana kan.


Lantai baru. Woww.. Sebelum ni guna mcm carpet tu. Now guna vinyl wood ni. Ok sangat. Kalau carpet pun ok ja cuma ada sesetengah hotel tu bau kepam. But before this takdak pun bau kepam kat Bayview ni pun. Better la guna carpet bagi aku dari guna tiles. Sebab tiles sejuk. Aku tak tahan. And kalau basah slippery wei. 


Huuu part ni rasa ralat sikit. Sebab sebelum ni aku suka gila katil depa sebab besaqqqq gilaaaaa. 


Ni toilet depa macam biasa aku rasa. Takdak yang berubah kot. 



Suka sebab bath tab ngan shower asingggg. Penting ya untuk mak2 macam aku ni ada bath tub supaya senang nak. Me time tengah2 malam time anak2 duk lena. 



Yes masih gemuk ya. Tak kuruih2 lagi. Heran kan. 


Ok ni pun upgrade sebab kt tv dah ada interface lagu ni siap nama aku lagi. Amboiii macam duk kat HRH sebelah dia dah....




View dari balcony bilik. Aku pilih yang partial sea view. Nak amik full seaview mahai pulak. Malas aku nak layan. Nak mngadap bukit boring plak. 


Lepas tu heran pasaipa tak kuruih2 kan. Saja la aku masak untuk Sha N Wan yang mai dari jauh n lapaq kari salmon aku macam kt Perth hari tu kan. 


Anak kuruih. Mak gemok. Adui la takpa janji sehat sudah kan. 



Ni kat lobby Bayview Beach Resort. Masih classic. Aku suka part lift dia tu. Rasa macam zaman2 British tok nadok. Bayview hampa jangan duk refurbished tukaq lift naa. Takyah duk ikut sangat hat komen2 kat Agoda bagai tu. Aku suka ja classic2 lagu tuuu. 



Aku dalam siri jelajah duduk  hotel-hotel di Penang ni. Ni pun baru balik dari Lexis Suites Penang celebrate birthday Adriana kat sana. So nanti aku cita plak pasal Lexis Suites Penang ya. 

Yang nak tau pasal cerita-cerita hotel kat Penang yang aku dah duduk boleh tengok dekat sini ya



Sebenarnya ada banyak lagi nanti aku cari ada tak review hotel-hotel kat Penang yang aku pernah duduk. Yang duduk kt HRH Penang masa  honeymoon dulu lupa nak buat kan. Maybe nak kena repeat ka macam mana ke ni? Hahhaha. Alasan tak boleh belahhh. 

Ok la..  
Chowww










It was so long and overdue story actually. Fuhhh. As i mentioned before I was busy like a bee making a honeycomb.  Hahhaha

Rasa this was somewhere around February or early March we went there. Selalu sangat our main activities lepak dekat mall kan. So my husband and I decided to have some water activities with the kids.

At first I suggest to go picnic by the beach but my husband of course la rejected it since the hot weather in our country kan. Don't cari pasal he said to me. Kesian anak-anak. Ya lah.  Ya lah.

So it pops out of my mind to have this swimming activity with the kids at Setia SPICE Aquatic Centre. Tempat stil baru. And of course la cantik kan.

And mama diorang pun sebenarnya dah gian gila nak swimming kot. So why not kan. Mama kenot tahan la. Dah lama gila gian kot. Dengan facility kolam renang dia. Fuhhh memang best la nak berkuak lentang bagai kan.






Fuhhh managed to swim here and buat 3 rounds. Wehuuu. Lepas tu sengal gila kaki and tangan semua. 


And paling best sebab ada kids area. Kat sini macam best jugak la kids punya pool ni. Ada slides la waterjet yang tembak-tembak tu la. Macam-macam la jugak. Cumanya Adriana tu penakut-penakut jugak. And Aishah pun kecil lagikan.  So no chance for them to play with the slides one. 






Best tak? Dia ada part yang covered macam bawah bumbung tau. Ada tak. So aku duduk yang side cover bawah bumbung ja sebab aku taknak kena panas. Air pun sejuk ja oi. 


My kiddos. 


With Aishah pot pot


The brave Aishah. Tak tau takut minah ni. 



Testing my Huawei Mate 20 .  Kata water resistant kennn. 

Harga pulak for me ok la kan. Istead of nak kena check in hotel sebab nak mandi pool kan. Worth la d money kot. 


Ok la harga dia untuk aku dari check in hotel or pi mall lagi perabih duit. 

Sekarang ni pun I still plan to do something with my kiddos that dont involve much money. Ya lah..kalau pi mall kompem2  dua tiga ratus will finish just like that 😂😂😂
Overall my kids enjoy this activities. Will plan to repeat it soon. Dalam kereta Aishah terus lena ok. 

For those yang tak tau nak buat apa aktiviti masa cuti sekolah ni dengan anak2.. U guys boleh la bawak anak-anak hampa ke Setia SPICE Aquatic Centre Penang ni. Best pun best kot. 







Wall decoration

by Alia Farhan, 9:09 PM
Haa sapa yang selalau follow ig aku.. Mesti tau.. Aku ni sejenis yang obsessed dengan house decoration. Suka sangat. Sejenis suka nak deco2. 
Susahkan nak cakap dekat orang yang tak minat sama dengan kita ni. Kang macam2dia cakap.. Membazir la. Anak2 tak kacau boleh la.. Hellooo.. Kalau dah nama pun budak.. Xdak maknanya dia xkacau. So nak taknak dari dia celik2 mata tu ajar dia tak boleh sentuh nad kacau barang-barang deco mama ni.
Kalau dah dari kecik dia nampak menda-menda ni xda la dia culture shocked pi rumah org yg deco tangan gatai2nak kacai kan. Yang penting kena biasakan dia. So xdak la nanti raya2 keluar cerita pergi beraya rumah orang anak2 pecahkan itu la ini la kan. Kita yang tua ni kena ajaq depa dari kecik2.
So kali ni nak cerita pasal wall decoration pulak. Aku memang jenis tak boleh tengok wall tu kosong. Sejenis nanti ahhh kosong nyaaaaaa... Xsukaaaaa. Hahahha. Kalau orang lain rasa serabut.. Takpa lah.. Umah aku kannn.. Bukan rumah ko.. Aku tak kacau pun rumah hangggg.. Hahhahaha
So meh la kita tengok dulu wall decor aku.

Ni dekat dalam bilik aku. 







Ni dah letak macam2 dah.. Foundation la.. Semua ada🤪





Ni dekat area table aku. Saja nak nampak gegirl sikit kan. 




Ok yang ni pulak dekat living room aku. 





Memang cat kaler grey ni as featured wall. Then dekat area sini pun tak tau la apa konsepnya. 





View from the other side. 






Ni pun dekat living hall. And yess. I love indoor plants too. Suka sebab dapat provide fresh air to me n my family. 

Banyak barang-barang beli from kaison, Kmart Aus and dari Instagram : scandi_scandu

Sekarang ni tengah merangka-rangka pulak wall decor utk guesthouse /homestay aku dekat Batu Kawan tu. Haihhh. Pening nak cari idea ni. 🤪🤪🤪
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS