Adriana 5th Birthday!

in , , by Alia Farhan, 5:42 PM
Semalam 2nd of April 2018..genap Adriana 5 years. Dan disebabkan semalam adalah Isnin...so kami laki bini plan nak celebrate dekat rumah ja.

And semalam jugak la mintak laki den balik awai dari kerja because usually on Monday dia biasanya balik lewat to settle all those pending tasks...ye ke pending????

Back to the topics... kali ni kami pilih untuk celebrate dekat balcony sekangkang kera kami ja. Malas nak keluar sama. Masak pun yang simple-simple ja. Yang penting, we enjoy the moments together gitu ha.

Jom layan gambar la ye....


Suasana di balcony bila tutup lampu kalimantang. Kahkah


Blur pulekkk gambar ni. Tapi tak kira nak upload jugekkk.



Bila buka lampu kalimantang gini lah dia.


Ok dak mama depa setup? Boleh jadi event planner dak?


The foods!
The konsep was serving all dishes in the tiffin!


Nugets and fries (yang ni beli siap goreng kt Mydin..kahkah..kata pemalas kan)


Chicken salad. Popcorn chicken beli dekat Mydin siap goreng. Balik petik2 mexican spinach..potong tomato cherry dua..buh mayo..mix semua sekali and letak dalam chiller sat. Nak makan baru hidang.


Seafood aglio olio! Ni ja masak sendiri. Favourite anak2 ni.


Ni burger-burger yang beli dekat 7E siam ahad tu. Sebelah lagi yang hilang tu dah masuk perut kami laki bini dah




Birthday girl with her birthday's cake!


With her hadiah. Mama beli kt Hatyai. Minta siam tu balutkan, sekali dia balut guna newspaper ja. Elok jugak guna newspaper kalau dak dah selamat masa beli tu kot dah kena bukak kan. Awal-awal cakap mama papa tak beli hadiah pun. Dia cakap ok ja. Mama da masak sedap, hias cantik-cantik. Kakak suka dah. Tenkiu mama papa. Hahaha mama dia plak touchin oiii

Mai tengok video dia unboxing hadiah ni.


Kemain seronok dia kan. 
What matter she happy on her birthday.

Heppy birthday kakak
Semoga jadi anak yang solehah, hormati orang tua, sihat selalu, dan dibawah lindungan-Nya.

All of us love u kakak! 😍😍😍








Jom sahut cabaran!


Kulit berjerawat menjadi satu fobia tak kira la sama ada kaum wanita atau lelaki. Serius memang anti betul la kalau jerawat hinggap dekat muka.  Likeee ewwwwwww jerawat!

Antara faktor-faktor jerawat boleh hinggap ke muka adalah:
* hormon yang tidak seimbang ( nak period, pregnant dsb)
* pemakanan tidak seimbang
* salah makan
* tak cuci make up betul-betul
* rutin penjagaan muka
* salah pilih skin care
* salah pilih alat make up.

Tapi kalau aku masalah jerawat aku mostly sebab hormon..asal nak period ja mesti muka nanti naik jerawat dua tiga ketul. Arghhhh stress wei. Tambah stress makin berlumba-lumba dia nak keluar kan. πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘

Sebelum ni memang kalau jerawat keluar ja gigih la nak picit kan. Pastu nanti haa amik ada parut. Tapi kakau jenis yang jerawat batu tapi takdak mata tu lagi stress sebab takleh nak picit. Erghhhh😣😣😣

Tapi bila tau Eucerine ada produk yang bagus macam Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni yang boleh hilangkan jerawat dan blemish dalam masa 14 days terus rasa teruja nak cuba. 



Kalau korang nak tau Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni ada ingredients seperti:
- AHA, BHA dan PHA.
- 10% hydroxide acid
- agen pengelupasan seperti glycolic acid, salisilic acid dan gluconolactone yang effective.
- A.I innovation
- serta melindungi kelembapan dari hilang.




Selain dari membantu merawat masalah jerawat, Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni :
* 95% membantu masalah kulit berminyak.
* 94% mencegah cela dari timbul pada kulit kita.
* 94% mengurangkan bekas/kesan jerawat hitam
* 85% mengurangkan whiteheads.
* 83% mengurangkan blackheads.
* 81% mengurangkan jerawat batu/ radang.



From my experience, selalunya aku berjerawat bila time-time nak datang bulan/ period. Time tu meriah sangat especially dekat T zone aku ni la sebab most likely ni kawasan yang agak super oily. Fuhhhh stress takyah cakap lah kan.

Sebelum ni pernah juga aku cuba krim jerawat tapi end up dekat jerawat tu memang kecut TETAPIIIII JADI KERING AND PATCHY uollssss... oh no! Bila kering and patchy memang serius tak suka sebab nanti bila make up tak lawa kot! So aku jadi fobia jugak la nak pakai ubat-ubat jerawat ni.

Dengan Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni , masa first pakai dekat jerawat tu memang rasa pedih-pedih kot. Likeeee apa ni...apa niiii...tapi sat je lah. Tapi Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni dia mudah meresap dekat skin tau. And aku biasa pakai ni waktu malam sebelum tidur. Lepas basuh muka dengan cleanser, then aku buh toner, aku essence, then aku letak ni as treatment untuk kulit aku...untuk malam aku akan skip serum and moisturiser sebab aku nak apply Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni.

Korang tengok la hasilnya ya. Jangan cakap hakak tak umbrella korang pulak ye.



Meriah jerawats akak time ni uolls. Berlumba-lumba ya nak keluar! Nanti dia kita ajar skit...


Ni after 7 days usage tau. Jerawat da kurang!


Ni after 10 DAYS YE! YES TEN DAYS!!!
ingat kena tunggu sampai 14 days. Sekali 10 hari pun jerawat dah gone! Yahuuu.

Komen aku, bila pakai ni part jerawat tu memang kecut. Kulit tak kering kat kawasan jerawat tu, pastu muka makin kurang berminyak, whitehead pun memang kurang banyak sebab aku ni jenis banyak whiteheads and sejenis kaki korek whiteheads. Lani lega banyak bila belek muka whitehead pun dah tak nampak.

So suka ke idok????
Ehhh ajerrr gila tak suka!  Harus la mak suka noks.


So korang yang nak tau lebih lanjut pasal  Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni jangan lupa layari 

Web:  www.eucerin.my
Facebook: www.facebook.com/EucerinMY

Atau hampa boleh dapatkan di drugstores berhampiran dengan hampa ya.




Hai....
Rasanya cerita pasal dye/warnakan rambut ni selalunya taboo untuk orang Islam ni...
Yalah...why kena warnakan rambut...why tak guna inai...why guna hair dye...why itu why ini

Menjadi seorang wanita yang sangatlah sayangkan rambutnya...walaupun aku ni bertudung...tak semestinya part rambut aku kena amik mudah. Untuk pengetahuan hampa...aku mempunyai masalah rambut beruban...grey hair...yes uban uolls..uban..muda-muda lagi dah beruban.

Part ni aku rasa aku memamg mengikut arwah abah aku...jenis beruban...arwah abah patern beruban dia mcm Almarhum Sultan Azlan Shah tu uolls. Walaupun beruban tapi tetap ganteng bangattt gituuu.

Untuk perempuan yang dah berkahwin macam aku, harus lah aku risau kan kalau beruban..laki aku pun tak beruban lagi apacerrrr. Memang la dia tak kesah rambut aku beruban ke tak ke. Dah tu..kita as bini nak la rambut tu bersinar-sinar ja depan laki kita kannnnn.....yes aku warnakan rambut aku ni untuk berhias untuk laki aku. Sunat ye!


Aku pulak jenis tak boleh tengok uban sendiri. Mula la nak cabut! Stresss makkkk nakkk oiii

Antaranya hadis diriwayatkan oleh Aisyah, Nabi SAW bersabda: "Ubahlah rambut yang beruban (dengan berinai), janganlah kamu semua menyerupai golongan Yahudi dan Nasrani (yang suka membiarkan rambut mereka putih)." (Sunan al-Nasaie)

Haaa bukan aku memandai-mandai tau. Nak cantik nak gorjes untuk laki apa salahnya kan..lagipun aku memang jenis suka sikit jaga especially my hair part. Dari zaman-zaman on off tudung pun aku memang jenis suka buat rambut. Favourite aku dulu curl rambut la. Rambut da memang straight buat apa nak rebonding kannn....kalau tanya aku lagi nak curl lagi tak rambut...of course aku tak nak dah sebab susah gila wei nak jaga rambut curl berbanding straigh hair!


Sekarang ni memang bagi rambut bervolume walaupun straight hair  and tak melepiaq ja. Now lagi satu kena jaga...part uban ni.

One of the reason I choose Shurah is because they are using Inai in their ingredient and all the ingredients are classified as Suci. Means on their side...The HALAL can only been given by Jakim to food products. So they have to use the word SUCI instead of HALAL. clear tak apa aku cakap ni?


Variety of colors. Liokke liokke...


Ni pulak penjelasan daripada pihal Shurah sendiri pasal pewarna rambut diorang ni.


If you are wondering air meresap or tak. You should read explaination from Shurah.


Untuk pengetahuan korang aku suka pakai Shurah ni sebab serius rambut aku jadi lembut, macam pakai inai dari pokok tu. Yes aku dari dulu lagi memang suka pakai inai kat rambut kot. Sejuk kepala wei. Kulit kepala sihat. Rambut cantik. Yang pasti kulit kepala syiok..sejuk ja rasa lepas tu wei. 


Sebelum ni aku pernah cuba satu produk yang agak fames untuk warnakan uban...alaa yang owner dia tu ada wat video kena kecam tu...tapi bila aku pakai tu rambut aku kerasss kejunggggg...kejung macam aku letak mousse zaman-zaman aku duk gila curl rambut aku sampai rambut aku rosak and keras kejung. Sejak dari tu aku stop pakai. 

Dan baru-baru ni aku teringat pasal Shurah. Dulu masa belajaq ada gak aku dengan kawan aku pakai Shurah ni. Best pun best. Disebabkan tu  aku pun cari and beli la Shurah ni untuk mewarnakan uban-uban aku ni.

Warna yang aku amik kali ni burgundy. Ecewahhhhh. Alaa ada 3 warna je kot...warna hitam..burgundy dgn blonde. Pilihan warna kat tempat aku beli ni tak banyak sangat. Nak pilih hitam orang cakap tak elok...khilaf la antara ulama ada yang kata boleh ada yang kata tak boleh. Pernah ja aku warnakan hitam sebelum2 ni. Kali ni nak tukar skit. So aku pilihla burgundy ni. Turns out hasil dia memang cantik wei. Aku suka sangat. 


Aummm cantik warna ni kan....
Tengok gambar ni teringin pulak nak curl rambut tapi kirim salam lah nak jaganya yang payah nak mampus tu.


Yes...dis is how my hair look like! Ehh harus ni bukan aku seba aku tak kurus ok!


For those yang tercari-cari pewarna rambut yang inai made n warna meresap ke dalam rambut...aku rekemen hampa try la Shurah ni. Aku pakai 40 minit tadi...burgundy helokkk rambut mak nokss...



Quick update sebab aku agak kebizian giteww. Maaf atas bahasa dak2 wicet ye. Apapun jom check it out yooo


Amcam? Tergugat dak....


Bahan-bahan

Kerang (rebus jangan sampai kecut)
Cabai melaka
Bawang merah/besar
Bunga kantan(hiris nipis)
Limau nipis/limau kasturi
Belacan
Garam
Gula

Cara-cara:

1. Kupas kerang yang da direbus.
2. Dalam bekas lain, campurkan semua bahan-bahan lain dan tenyeh secukup rasa.
3. Rasa bahan-bahan yang ditenyeh tu da secukup rahsia ka belum.
4. Then masukkan kerang yang dikupas tu ke dalam bahan-bahan yang ditenyeh tadi.
5. Then masukkan ke dalam pinggan lain untuk dihidangkan.
6. Dah siap untuk dimakan!

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS