Salam and hai.
Dah lama rasanya blog ni bersawang. As per mentioned earlier I was busy with some family matters. So i need to put on priority to my family first.

Kali ni nak cerita pasal Tao Lounge yang terletak dekat ja dengan rumah aku ni. Ala dekat Autocity je pun. Kalau kentut pun dengaq okey.  Okey ni tipuuuu...Hahahha.




Ni pun pi masa bulan Januari yang lepas. Apa yang menariknya Tao Lounge ni datang dengan konsep Ala Carte buffet...ALA CARTE BUFFET??? Apa tu??kompiuss ehhh...kalau nak tau dekat Tao Lounge ni dia akan bagi buku menu untuk kita order. So kita boleh order la dari menu tu macam-macam jenis makanan-makanan Jepun, Chinese, Korean khasnya. Basically its a serve buffet. Korang nak menu tu nanti dia akan prepare ikut apa yang korang nak la ye. Tapiiii korang kena la habiskan semua tau. Jangan membazir jemah. Tak baikkkk. Itu kan amalan syaitonnnnnirojimmmmm.

Jom kita cuci mataaaa dulu....


Nice place.


Yang kat sini terletak dekat buffet station tau.. so korang boleh la amik sendiri kan.




Jom tengok apa yang kami order;


I think this is chicken teriyaki


Unagi sushi


Prawn gapoever...


Chicken grilled gapoever.


Unagi bento gapoever.


This is my fav! Tapi tak tau nama apa apa..salmon gapoever jugak lah tewww


Mushroommmmm my fav!


Mutton sate!


My ultimate orgasm food! Kahkah..sashimi nyum2. I ate 3/4 of this sashimi. Can u guys imagine how much it will cost if I order dis at Sushi King? Memang gapoever la nak mateyyy harga dia kan.

Haaa lagi satu kalau hampa nak makan nasi..bolehbtry order nasi goreng garlic dia. Ok memang takda gambar tapi aku rasa yang Adriana punya memang sedap. Look biasa-biasa ja tapi rasa dia luar biasaaaa.

Personally those yang suka Asian authentic food boleh mai enjoy food dekat sini sebab sedap. Oh ya they also got Coffee Machine...ehh alaaa yang mesin kopi tekan2 korang nak mocha ka latte ka capuchinno ka expresso ka...hot choc ka. Haa memang best la ujung-ujung tu bedal hot choc dengan mocha.

Adriana pulak enjoy the ice cream. Maklum lah buffet kan...nak yang mana amik ja. Memang sedap la kan duk amik ja.

Harga?

RM56 per person.

Kids harga lain tapi husband aku tak ingat dah ye.

For a Japanese food lover yang sukakan sashimi,and apa yang aku makan kat atas ni the price is quite affordable. Imagine 4 slices of tuna/salmon sashimi will probably cost me like RM20+ . But see, my sashimi plate penuh macam-macam variety of fish kot. 


Tenkiu Mr Papa bawak mama and anak2 mai makan tang sini. 


For those yang nak tau details pasal Tao Lounge Autocity ni boleh check on detauls dekat bawah ye.


OPERATION HOURS
Monday to Thursday
05.00pm till 02.00am

Friday, Saturday and Public Holiday
05.00pm till 03.00am

Live Band
Monday - Saturday
10:00pm till 1:15am

Friday & Saturday, Eve of & Public Holiday
10:45pm till 2:00am

Happy hours 
Daily
05.30pm till 09.00pm

LOCATION
1820-F1 & 1822-F1, Jalan Perusahaan Autocity, North South Highway Juru Interchange, 13700 Prai, Penang.
T: +604-5017826
F: +604-5026606







Hiatus

by Alia Farhan, 3:21 AM
I'd been very busy for past few weeks. My fil was ill. I was busy handling the kids while my husband was doing his best to take care of his father.

My fil passed away last week on tuesday while I was at home with kids. Al Fatihah to my late fil. Can u Imagine rushing from the mainlad to the island before everyone rushing for work that day. Pffft. Nasib baik cepat 10 minutes. Kalau tak memang stuck in the jem la..kena cari roti sapu jem pulak.

It was one of the reason why I've been hiatus for past few weeks. Pardon for my absence during all this while.

My small family also supposed to perform umrah this month but due to my fil health condition, the doc advice us not to. Indeed Allah is a great planner. He know the best. Hopefully there will be another chance for us to perform our Umrah soon.


Our visa photo...tapi tak dapek nak poie pulak. So kita buat kenangan je lah. Comel nya anak-anak mama ni


So .....Now I'm back to share more n more here. Macam tak percaya...february soon will leave us. May we have a greater day by day soon.


Tempat idaman hati. Menangis tengok giliran tahun tunaikan haji. Semoga dipercepatkan dan semoga panjang umur untuk mengerjakan ibadah haji.


Everytime i look at Nabawi Mosque...hati tenang setenang-tenangnya. I dont know how to describe my feelings. Allah, i feel belong to this place. 

I hope everyone (My fellow Muslim readers) reading my post will also get the chances to be in this holly place. May Allah simplify our journey to be there. 

Assalamualaikum.




Hai...agak ketinggalan kannnn baru nak review Maybelline Fit Me gitewwww. Alaaa better late than nevaa rite? (Brit'ish slangggg plisss)


Will ya Fit Me???!!!


Selalu duk tengok dekat youtube banyak la minah2 salleh duk review best kan... alaaa kita pun sebab nampak macam best ja so apa lagi moh la kita serang Watson untuk beli.

Bila tengok banyak review kata helokkk untuk muka kilats kilats lip lap kat Tzone macam mak ni...harus aku terjah untuk mencoba ya. Mai sini makjem nak tengok lepas piawaian muka kilats makjem ni ke tak haaa.

Bila sampai Watson nah tudia raplahhhh wei sebab ehhhh walawehhh banyaknya shades dia. Ewah ewah ewah. Bisa mengubati kekecewaan aku terhadap Fenty Beauty di mana code aku 180 sudah SOLD OUT!!!

Oh noooo....Mana satu harus ku pilih ini haaaa. Dah la cahaya kat Watson Gurney Plaza tu lampu dia kuning-kuning. Ehhh rimas aku kalau nak mekap ni lampu kuning kuning tauuuu. Ehhh. Aku pun tenyeh la dua tiga shades beige yang seakan-akan nak warna kulit aku.
Setelah aku try n error dan buntu..maka aku masuk ja lah fasa redhooo. Ahhh try je lah code 222 bersamaan True Beige..bukan true bitch ya.


Matte+ Poreless Fit Me.
Fit for my oily skin


Tapi hampa kalau nak try cari shades hampa dengan lebih mudah aku syorkan hampa pi kat website Maybelline ni kat SINI. Ha kat sini hampa jawab la skit soklan dia pastu nanti adalah dia bagi code apa yang sesuai dengan hampa nanti. Tapi sebeluk hampa nak tau code apa yang sesuai untuk hampa, hampa terlebih dahulu kena tau UNDERTONE hampa dulu. Kalau tak tau boleh refer post kami pasal UNDERTONE ni ya.

Dan mengikut website Maybelline aku sesuai la code 220. Tapi macam pungkoq jugak lah bila aku try 220 dan 222 tak banyak pun beza kalernya. Dan mengikut skema jawapan kat Maybelline pun aku jadi macam ermmm sebenarnya dalam jawapan dia takda pun code 222. Kahkahkah.


Code 222...am using this code!



Ni muka aku pakai code 222.


Maybe a lil bit dark for my skin. Tapi bila make up nampak ok ja. Next time I will go for no 220 pulak.

After 6 hours like that...



My T Zone start oily n shinning skit. All i do just dab my blotting paper around there.


Yes lepas da guna blotting paper tu...no more shine shine ok. I still love the outcome. It looks natural on my skin!

BUT ONE THING THAT I HATE ABOUT this product is


Why on earth the packaging is like dis???😏😏😏
Susah kot nak amik..huwaaaa.
Please Maybelline, next time mungkin boleh letak pump perhaps????😉😉😉

Other than that, I don't ecounter any issues using this Maybelline Fit Me Matte + Poreless. Oh for those been asking me what I used, as usual I prep my skin first. 

My normal skin care routines are;

Facial wash--> toner--> water essence -->  serum  --> moisturiser ---> eye cream --> primer --> foundation.

As for this time...i skipped the primer part, saja nak tengok how far and how good this Maybelline Fit Me Matte+Poreless work for me. I must say, I'm in love with this product. Best wei guna. Sumpah best tak tipuuu.

Cumanya, lepas korang letak dekat muka kena cepat ratakan. Sebab dia cepat kering tau. Due to the finishing texture seakan-akan powder, so foundation ni akan cepat kering kalau hampa tak ratakan cepat-cepat. Tapi once dia da rata hampa akan dapat rasa texture dia macam pakai bedak compact or twa way cake tu ja. Tak rasa pun macam pakai liquid foundation. Tu yang membuatkan makjem love gila gila Maybelline Fit Me Matte + Poreless ni.


Muka setalam ni love sangat-sangat dengan Maybelline Fit Me Matte + Poreless ni.


Dengaq kata Watson tengah buat sales untuk Maybelline Fit Me ni. Half price wei. Cepat-cepat grab tauuu. Benci tauuuu time kami beli hari tu mahai tauuu....Lepas ni nak try dia punya concealer pulak la.


This is a non sponsored post. I buy this product with my own money ok😘






Hai nak cerita pasal sambungan dari entry Travelog / Roadtrip Phuket yang lepas.

Boleh baca di sini.

Travelog / Roadtrip Phuket : Day 3

Hari ke 4 kami pun beransur la nak balik dari Phuket sebab nak singgah ke Hatyai. Yelah, selalunya orang-orang jauh selalu pit stop kat Hatyai la kalau ke Phuket kan.


Babai Phuket. Till we meet again.


Untuk kali tu kami brunch di pekan kecil Patthalung. Nasib baik la ada kedai makan muslim kat situ. Kecik ja kedainya tak sempat pun nak ambil gambar dek sebab perut dah mendidih kelaparan kan.

Perjalanan ke Hatyai dari Phuket mengambil masa lebih kurang 8 jam. Total perjalanan campur rest makan and Ecah cirit birit 3x ada la 10jam jugak. Huahua. lebammmmm


Sampai Hatyai pun da nak dekat Maghrib. Fuhhhh. Siap check in memang elok2 dinnerrrrr time. Oh ya kami check in di Centara Hotel atas ja Centara Plaza. Memang betul-betul depan Lee Garden Plaza tu.




Spacious room. I liokee




Siap ada buah kau!


Welcome drink.




Selesai ja check in and solat. Kami pun meneruskan agenda jalan-jalan cari pasal ehh makan. Destinasi kami malam tu adalah di Kai Tod Daicha. Ni antara port fames di kalangan pelancong Malaysia. Wajib mai makan kat sini tau kalau mai Hatyai.

Jom la jamu-jamu mata ya.



Selesai ja makan di Kai Tod Daicha kami pun balik ke area hotel dengan tuk-tuk. Sampai ja dekat area hotel tu, jalan-jalan la dulu kan. Of course la..lepas tu boleh pulak keluar cerita hantu dekat hotel-hotel sekitar situ. Dah la laki i nak lepak-lepak mengopi kat bawah tu. And dia takmau naik atas lagi.

Aku dengan anak-anak ja naik ke bilik. Dalam fikiran tu macam-macam dah. Jangan la ada hantu siam yang keluaq weiiiiii.

Ntah bila masa ntah aku tertidur. Esoknya bangun terus siap-siap barang. Jalan-jalan dulu sekitar Lee Garden tu and cuci mata dekat Centara Plaza tu.


Cuci mata dalam Lee Garden Plaza


Ni hasil buat dekat depan Centara Plaza tu. Ada yang nak ke kalau aku open order nk buat kan kalau aku ke Hatyai lagi nanti?


Dapat kerabu meggi pun da hilang segala ngidam. Boleh da balik dari Hatyai dengan tenang.


Lepas da siap ronda-ronda sekitar Lee Graden maka kami pun naik ke balik  ke hotel and sedia untuk check out. Masing-masing muka dah rindukan Malaysia. Kahkah. Hari-hari makan tomyam pun kenot go jugak wei. Tekak Malaysian kan diversity kan...indian food..chinese food..malay food..indon food..siam food semua kita bedal kan...but if tomyam everyday i also kenot even i got siamese blood pun kan. Kenot wei kenot. Hahahha. 

Ramai mesti cakap ekeleh itu ja hang buat masa kt Hatyai..ketahuilah aku ni berkampung halaman di Kubang Pasu Kedah..tok aku orang Asun..rumah mak aku di Jitra. Hatyai untuk orang Jitra macam aku ni adalah umpama Jitra-Penang ya. Cuma part paling malas part nak que dekat imigresyen Danok tu kalau waktu cuti. Menyampah ok menyampah. Tapi aku dah lama tak pi ke Floating Market tu..nanti bila-bila nak ajak laki aku pi ke situ la.

Selesai ja rentas sempadan terus kami semua terjah ke Restoran Yasmeen di Changloon...nasik kandaq...here we goooo...dapat nasi+ayam goreng panas+kuah kari campur pedas banjir uneee...setel...

Maka tamat lah cerita Travelog/ Roadtrip Phuket aku kali ni. Aku masih berkira-kira nak grab tiket free seat AA next month ke mana...rasa macam nak ke tempat sejuk yang best. Tapi itu la...tengok lah hati ke mana nak pergi. Teringin gak nak ke Koh Samui. Takpun ke KK. 

Korang tahun ni pergi berjalan ke mana pulak ye? CNY nanti pi jalan ke mana? Aku macam ada chance ja mereput dekat rumah nanti 😂😂😂


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS