Hai kali ni nak cerita pasal another side business aku iaitu menjual perabot Scandinavian dengan harga mampu milik gitu haa.

Tapi all this furniture semuanya pre order basis la ye. After full payment biasa dalam 30-40days akan sampai la kat doorstep korang tau. And yang paling penting harga dia kebabom murah gila!


Kita banyak bawak masuk design hot ye!


Kerusi klasik ni pun ada. Macam teringin gak nak rembat satu letak kat rumah. Tapi memandangkan rumah sendiri kecik..duk diam2 je lah.


Ni pun antara kegilaan peminat decor Scandinavian.


Classic tapi stylo gitu!


Knitted stools.


Hitam yang menawan.


Design simple tapi elegan sangat kan!



Khas buat peminat pinky!

Must have side table!


Swing daw chair.


DAW chair yang super famous di kalangan peminat scandinavian.


So korang kalau nak beli perabot baru untuk raya ni dengan harga murah sila lah usha-usha ke instagram:


Sempat lagi ni nak order sofa raya and beraya dengan sofa baru korang.

Hai hampaaaa..saja la nak cerita pasal Texas Chicken ni. Alaa orang KL jangan la kecam kami. Kami baru ja 2 kali makan Texas Chicken ni tapi dah jatuh cinta sangat tau.

For your info, kat Penang ni baru ja buka. Located dekat First Avenue di Lower Ground Floor gitu.

So far memang terbaik la ayam dia. Rasa pun padu.



Ni haaa ayam dia..sedap crunchy outside but juicy inside gitu haa.


Tangan kecik tu tak menyabar ok.


Aku paling suka bun dia tu! Alahai lembut n sedap sangat aihhh. Tetiba telan ayaq lioq ni wei!

Hampa orang Penang jangan lupa try Texas Chicken ni naaa. Sedap baq hangggg.

Harga? 

Bab harga ni aku tak sure exact price dia berapa sebab bos yang bayaq tapi husband aku kata lebih kurang ja dengan KFC. So for me, ok la kan. Air FREE REFILL ok. Refill and minum la sampai kembong ok!

Nah pakat pi terjah sini:

 1st Avenue Mall

LG-15, 16 &17, Lower Ground Floor, 1st Avenue Mall, 182, Jalan Magazine, 10300 Georgetown, Penang



                        Tel: 04-370 5594

Business hours: 
10.00am to 10.00pm



Shell Out lagi

in , , by Alia Farhan, 10:51 PM
Last weekend balik Jitra lagi sebab kali ni nak sambut bday Adriana dengan family belah aku pulak khen. Konsep dia macam ni, kena adil dan saksama. Baru la nanti xda yang terasa hati bagaikan. Lagipun, adik aku balik sama so apa lagi marilah memeriahkan rumah maktok. Kasi riuh randah sikit kan.

Mula-mula ingat nak makan kat luar ja khen. Nak makan kat Aman Jaya Mall tu ka. Tapi bila husband aku beli udang laut yang RM50 sekilo tu mula ajak mama aku semua buat shell out. Nah sekali depa pi pulak Kubang Rotan nak beli segala mak nenek siput-siput bagai. Maka marilah kita bershell out sahaja di rumah. Lebih meriah, lebih afdhol and lebih murah tu kompem!


Nahhhh...puas makan tau. Kalau kat kedai banyak satu plate tu mau dekat RM150 dah kot. Kalau 2 plates macam gitu? Mampu nak makan lat luaq banyak macam gitu.

Korang yang nak tau pasal resipi shell out mi boleh refer SINI tau. Senang sangat nak buat. Tak payah nak susah2 pun. Boleh jimat banyak pulak tu kalau masak kat rumah Shell Out ni. Lagi pulak dapat letak banyak gila bahan-bahan dalam tu khenn. 

Bila makan ramai-ramai macam ni puas gila kot. Lagi-lagi kalau 1 family rasa heppy sebab dapat makan-makan sambil sembang-sembang mengata hang aku kan. Sebenarnya kan, susah gak kami adik-beradik ni berkumpul serentak. Alhamdulillah raya tahun lepas rezeki kami dapat berkumpul 4 orang adik beradik kami. Kalau tak memang susah la, sebab sebelum ni adik aku based kat Jeddah kan. Harap-harap tahun ni pun sama la kan.

Tambah pulak mak aku ni bab-bab makan kat kedai ni dia cerewat Ya Rabbi. Nampak orang masak kuku panjang nanti dia balik dia boleh muntah tu belum lagi kalau ada yang benak hati perut duk pi smoking kat tempat orang ramai duk lepak makan kan. Eh aku pun sejak enter 3 series ni memang dah naik cerewat gak, aku pun geli kalau nampak orang kuku panjang masak makan. Euhhhh gelimat sangat. So perangai mak aku tu dah sedikit sebanyak menurun ke aku. 

Dalam adik beradik aku, kami semua tak kira lelaki ka pompuan empat-empat orang boleh masak. Gifted kot. Arwah abah aku pun boleh masak, boleh masak tu bukan setakat boleh masak ja tau. Tapi mai dengab pakej sedap. Kahkah. Perasan sangat masak sedap ke ni haa???

Dulu mak aku selalu pesan, kita orang pompuan ni tak kira la belajaq and kerja tinggi mana pun kena masuk dapoq and masak sedap-sedap untuk anak-anak and laki makan, sebabnya tu la pengikat kasih sayang laki and anak kat kita. Serius wei, aku duk boarding school for 5 years, menda yang aku paling rindu kat mak aku adalah masakan mak aku. I want my laki n dotters feel that way too. And sampai sekarang I still miss n love my late abah's cooking. Sampai sekarang kalau aku rindu bubur gandun abah buat mesti menitis air mata aku. Walaupun mama buat gak bubur gandum, but it taste different. That's my dad's cook that made me feel warm n comfort everytime I had it. But now, serius sedih tak dapat nak rasa dah.


Ehhh da cita pasal raya, makan n masakan pulak. Ni haaa baju raya pun xbeli lagi. Ingat nak pakai baju thun2 lepas ja. Hang bukan retis alia oiii orang nak perasan hang pakai apa 😅😅😅

Hampa da buat or shopping baju raya ka?
Hai hampa....kali ni nak share pasal brush cleaner from Daiso ni. Quite hype among MUAs...


Comel ja tau dalam botol pink gituu haaa 


Serious memang best tau brush cleaner from Daiso ni. Guna skit pun da keluar habis and bersih brush tu.

Tak caya ka??? Meh la kita tengok gambar kat bawah ni.


1. Ambil bekas kosong untuk cuci brush. Nampak tak brushes tu keadaan dia macam mana. 
2. Tuang ke dalam bekas kosong tu.
3. Tenyeh-tenyeh brush dalam bulatan.
4. Nampak tak kekotoran keluar n brush pun dah putihhh helokkk dah.



5. See putihhhh dakkk???
6. Marilah berjemur secara berjemaah ya anak-anak berus mak.

Details:

Harga:
RM5.90

Volume:
120ml

Where to get:
All Daiso outlets.

Rating:
5⭐

Korang jangan lupa grab menda alah ni kat Daiso tau. Tapi serius memanjang sold out tau😑😑😑


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS