Ecewahhhh..menda baik harus sharing khennn.
So meh aku nak share gajet mak-mak aku yang macam doraemon ni.

Korang kalau nak tau almost everyday sekarang ni aku guna PPC ni tau sebab nak cepat and taknak kecahkan dapor..malas wei nak kemas dapor yang berminyak uwek2 tuuuu

 ini la dia si manis pilihan hati kami yang kami sayang muah2

Mula-mula si suami kita yo yo lah tu kejapnya...sekali haaa...tengok la hapa aku masak kat dia..terus ternganga



Menu first masak hari tu adalah nasi goreng from beras ye. No need nak masak2 nasi dulu dah. Tumis2, campak, tekan button, buat keja lain....beep2 after 14 minutes nasi goreng dah siap. Tapi boleh lagi kalau pandai adjust main function yang ada kat button tu untuk masak nasi goreng jadi 7 minit macam orang duk cakap. Aku first day takut2 lagi nak tekan itu ini bagai.


Pastu masak sup kambing, then masak lauk kesukaan suami daging masak merah. Serius sedap wei, daging lembut tapi juicy. Dalam 45minutes ja da siap, kalau tak ka berjam2 la nak menunggu kan.



Ni haa sebab kebetulan gas habis, telur pun guna ppc. Cantik ja kejadian. Nasi pun sama guna ppc ja sebab rice cooker phona kesayangan jap2 bidas pi ke warm. So masak ka lah nasik pun guna ppc gak.

Ayam goreng bbq. Crispy outside...juicy inside. Husband pun puji sedap😊😊😊

 Kari tenggiri ekspress for kakak


Daging goreng kunyit. Juicy wei daging ni😁😁😁


Macam lagi la actually da masak. Nanti la kita update resipi guna ppc ni ya. Harap-harap kerajinan tu memuncak la yer.


meh aku nak senaraikan Pro n Cons PPC ni ye:

PRO
  • memasak lebih mudah dan cepat
  • masakan lembut dan berjus
  • tak kecah dapor korang
  • tak payah nak duduk kat dapur lama-lama dah
  • gas lambat habis
CON

  • aku jadi makin pemalas nak duk dapur lama-lama
  • dari segi bil letrik, nanti aku compare ya sebab technically takleh nak compare lagi sebab baru ja guna kan, Win-win situation la letrik naik skit..sep dekat gas gituuu


Korang kalau nak beli boleh usha kat Lazada (jangan lupa click dekat  kat situ) ye. In Sha Allah servis bagus and tak diragui tau.

Check/ click kat bawah ni ye:


Adriana Arissa turning 4

by Alia Farhan, 9:45 PM
Nak cerita juga dekat blog buat kenangan kan. Bila tua-tua (kalau umur panjang) tengok balik blog, pasal perkembangan anak-anak kan.

Sebenarnya memang tak plan pun nak buat celebration tapi tu lah kan. Bila anak masuk dua ni kelam kabut satu hal, satu lagi nanti macam-macam plak pikiaq satgi si kakak rasa kitaorang dah tak sayang dia ka bila da ada Si Aisyah pot2 ni. Last-last decide nak celebrate kecil-kecilan ja. Tu pun pukul 1pm baru called Magnifique Cakes dekat Perda untuk reservation. Yes, memang tak senonoh betul kan. Xpa lah, yang penting si Kak Nena heppy mama n papa dah cukup bahagia dah.




Muka heppy dapat balloon ni. Tak abih2 mama balloon...balloon....



Birthday girl shy2 cat


Adriana with mama, Aishah n Afiq.

The foods:


Nachos...not bad. Tapi boleh ja kan buat sendiri😊😊😊


Aglio olio seafood


Braised chicken mushroom kalau tak silap nama menu ni.


Carbonara beef. Sedap!


Mari lah makan-makan dulu.


Here comes the cake part!



Aishah duk lena pulak dah.

Overall, Adriana heppy sangat. Tu yang paling penting. Semoga anak mama sorang ni membesar menjadi anak dan muslimah yang solehah. Mama papa n aishah love u kakak!

Meh kita tengok dalam Magnifique Cakes ni skit.


Untuk pengetahuan korang, boleh gak reserve untuk event apa2 macam bertunang ka apa ka. Diorang boleh cater untuk 50 orang dalam satu masa gitu.


Cute owl



😍😍😍



Nyum2.

Korang yang nak buat reservation boleh la call diorang dulu.

Magnifique Cakes

+6045480404



Thanks Magnifiques Cakes for a great service. Will revisit again in futureπŸ˜™πŸ˜™πŸ˜™










Assalamualaikum.

Tak jawab dosa! Korang tengah ngulor eh masa keja ni? Jaga-jaga nanti boss marah pulak. hehehe. Korang ada ka yang tengah mencari-cari produk putihkan kulit yang selamat gitu? Kalau ada meh aku nak cita sikit pasal Safi Balqis Oxywhite ni. Alaa korang kalau tak pernah dengaq pasal Safi Balqis memang mintak kena halau pi duk Uganda tau. Aku pun sebenarnya biasa ja pakai Safi ni, tapi yang Safi Rania Gold la, terpengaruh dengan Che Ta punya pasai wei.




Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna


Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.


Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.





Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin.Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam”.

Berbicara tentang kualiti produk dan keberkesanannya , “Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci. Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa,” jelas Puan Mahsuri.

Jom berikan nafas baru kepada kulit kita dengan rangkaian Safi Balqis Oxywhite ni.


1)                  SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
Saiz Pek         : 50g/ 100g
RCP               : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)
Aktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:
a)                  Membersih jauh ke dalam liang pori
b)                  Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
c)                  Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
d)                 Sesuai untuk semua jenis kulit
  




2)  SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
Saiz Pek         : 100ml
RCP               : RM10.90 (selepas 6% GST)
Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:
a)                  Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
b)                  Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
c)      Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol



3)                  SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
Saiz Pek         : 45g
RCP               : RM 20.20 (selepas 6% GST)
Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:
a)                  Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
b)      Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
c)                  Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
d)                 Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
e)      Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam


Alami kulit wajah yang cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui rejim penjagaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiapgadis.

Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia



Recipe : Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

by Alia Farhan, 11:39 PM
Quick update. Hari ni punya la jem bila tanya husband nak makan apa balik keja nanti kita nk masak. Sekali dia jawab nak makan mee goreng....fuhhh terus jemmmm.
Boring katanya asyik mencekik nasi ja. Yalah2 nak perli aku la tu kuat baham nasi lagi2 duk nyusu Aishah ni.

Bila da jem nak masak apa lunch tadi terus rasa nak masak kat kedai ja. Senang kan. 😊😊😊😊 tapi sekali bila pi kat dapoq tengok dalam sinki  alahai ikan jenahak la pulak. Asam podeh melaka pun sedap ni. Apa lagi...tung tang tung tang 10 minit siap.



Seketul ja masak ikan jenahak ni sebab habuan nak lunch ja. Mek tu lately ni reja nak makan nasi dengan teloq kicap ja. Layan ja lah sementara dia tak jemu lagi.

Oklah jom kita tengok resipi asam pedas melaka ikan jenahak ni ya.

Bahan-bahan:

Ikan jenahak
Sekeping asam keping / air asam jawa
Bunga kantan
Daun kesum
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, dan masukkan 3 sudu ibu sambal dan masukkan asam keping/ air asam jawa.
2. Kemudian tambah air patut padan and masukkan daun kesum.
3. Then masukkan ikan jenahak and last sekali masukkan bunga kantan.
4. Perasakan ikut taste bud korang sebab aku guna ibu sambal, rasa da ada sikit2 so aku tambah garam gula semua tu sikit2 ja nak bagi balance rasa pedas masam manis tu.


Kejap ja da siap. Aku masak ni lebih kurang dalam 10 minit macam tu ja.

 Ya lah aku da sep masa dekat ibu sambal tu. Tak yah susah2 nk blend cabai, tunggu cabai masak bagai. Senang keja bila buat ibu sambal no banyak2 and simpan dalam peti ais tau.

Ni petang ni nak masak mee goreng pun boleh guna ja ibu sambal tau. Sepp masa aku nak blend2 bagai..nak tunggu cabai masa bagai.

Korang nak masak cepat harus buat macam mana ye?






© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS