click banner to join ya


Sebab kenapa saya patut menang?

Sebabnya Play Doh ni dari dulu-dulu lagi favourite saya. Kalau dapat ni boleh la menambahkan koleksi playdoh yang ada. Selain boleh memberikan anak ber kreativit, maknya pun boleh join sekaki untuk buat aktiviti bersama si kecil. Seronok boleh buat aktiviti dengan si kecil guna play doh ni sebab one thing kita dapat memupuk minat si kecil terhadap sesuatu menda and bagi diorang focus pada sesuatu.


Jom kawan2 kita join contest Alin ni. Mana tau ada rezeki menang ka.



Hari Rabu lepas punya la teringin nak ber shell out dekat rumah. Apa lagi p pasar malam, beli la bahan-bahannya.


Bahan-bahan untuk shell out:

Jagung -2 tongkol je aku guna
Brokoli-half
Carrot- 2 biji
Green capsicum(half je aku guna)
Udang-14 ekor lebih kurang (beli dekat2 1kg)
Ketam-3 ekor
Sotong-10 ekor( beli guna semua)
Bawang besar, bawang merah , bawang putih(blene kering/kasar)
Cili kering yang da diblend (aku guna Ibu Sambal aku je)
Sos cili
Crushed black pepper
Garam
Gula
Cukup rasa


Total damage semua:

RM65+

***Korang2 nak guna kepah ka lala ka semua boleh, tapi hari tu aku cari kat psar malam takda. So aku guna ja bahan-bahan kat atas ni.

Cara masak shell out:

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar n bawang merah yang da diblend kering/kasar.
2. Then masukkan cili kering yang da diblend. Macam aku guna Ibu Sambal, process memasak tu cepat la. Tak perlu nak tunggu sambal korang masak dulu ka apa ka.
3. Then masukkan sos cili, nak letak sos tiram pun boleh. Tapi memandangkan sos tiram kat rumah aku da habis, aku tak letak la.
4. Bagi sambal tu agak kering, baru masukkan ketam. Masak la ketam sampai masak ye. Then masukkan la crushed black pepper skit, garam apa yang patut ya. Kalau taknak pedas takyah letak black pepper pun xpa.
5. Dalam periuk lain pulak, korang boleh la start merebus jagung. And then carrot, brokoli sat ja tau sebab kalau lama tak sedap. Kat rumah aku kebetulan ada pakchoy lebih, so aku celur jap je. Masukkan sekali.
6. Ketam tadi, bila da nampak masak ko angkat la dia.
7. Ulang la step 1-4 guna udang and sotong pulak, cuma last tu aku campak sekali green capsicum aku tu.

Dah sudah dah shell out aku.
Senang je. Mula-mula ingat nak hidang dalam pinggan besaq tu. Pastu ahhh, malas nanti kang dengan ketam bagai. Bentang ja lah, plastik besaq atas meja...kita humban segala2 yang kita masak tadi.

And sila lah makan suami dan anak-(anak) termasuk yang dalam perut ni.

So amcam? Senang ja kan?? Tutup mata pun boleh buat.



Sedar tak sedar sat ja dah nak masuk 34 weeks. Memang kali ni nak kata dugaan mengandung kali ni pun kalau ikutkan lain la jugak dari dugaan mengandung Si Adriana dulu. Sebab tu la orang kata setiap anak tu tak sama kan.

Dup dap dup dap gak sebenarnya ni tau. Satu sebab harap-harap sangat la kali ni boleh normal deliver si adik ni. Tak sanggup lagi nak rasa ngeri and nyilu lepas csec tu. Memang la tak rasa apa masa nak deliver tu, tapi hanya Allah je tau perasan bila doc bagitau kena csec sebab baby da lemas time tu. T__T
tapi tak pe lah, mana-mana pun takpa janji baby selamat dan sehat ye dak.

Kalau ikutkan si Adriana dulu masa 37weeks 3 days da beranak dah. So possibility nak keluar awal tu ada la jugak kan. Ye dak? Barang-barang pun alhamdulillah duk prepare da. Cuma tak masuk-masuk lagi ja dalam bag. 


Perasaan tu of course bercampur baur. Ada rasa cuak, ada rasa takut. Allah ja lah yang Maha Mengetahui kan. Tapi at the same time tak sabar jugak nak jumpa dengan si montel dalam perut tu.

Jom kita semak checklist untuk ke hospital:

Senarai Keperluan Bayi


2 helai tuala mandi
2 helai selimut
20 helai pampers
4 helai baju
4 pasang seluar panjang
4 pasang mitten & booties
2 helai receiving blanket/ napkin untuk bedung baby




Senarai Keperluan untuk Si Mama:



1 helai tuala mandi
1 helai tuala muka
1 pek besar pad (overnite-aku memang prefer pakai overnite masa confinement)
3 helai baju tidur (bawak lebih pun xpa, kalau kena cser lama jugak dekat hospital)
2-3 pasang stokin
1 pasang selipar
3 helai nursing bra
6 helai seluar dalam
barang mandian
bedak nak tempek masa nak balik (tapi aku nak feeling2 che ta leh dak kali ni buh mascara n lipstick skit)
pakaian balik ke rumah
breastpump (untuk elak bengkak susu or nak stimulate pengeluaran susu masa awal2)
susu/ horlicks / milo
thermos + mug
IC mama
buku merah check up tu.


Perghhhh banyak nau mama kena bawak barang mama ni nanti. Waduh2 nasib deliver kat HSB. Ada angah n mama boleh tolong tengok2 kan. 




Macam da tak nyabor nak start balik BF session ni. Rindu bonding ngn anak. Kak Nena da tak heran dah ngn mama baby boo. Nanti baby boo geng ngn mama ya. Biaq kak nena geng ngn papa.

Korang-korang doakan urusan aku dipermudahkan ya.

Segala salah silap mohon diampunkan.








Comfort food

in , , by Alia Farhan, 10:34 AM
Cerita dia hari Rabu hari tu memang ada pasar malam kat rumah aku ni. Aku kalau ke pasar malam ni memang kompem aku melahap sup kat pasar malam ni. Favourite aku sama ada moi sup, kueytiaw sup atau bihun sup. Kalau boleh sumbat tiga2 sekali aku da sumbat dah.

So cita dia petang tu aku lapaq sangat masa nak p beli bahan2 untuk Shell out kat rumah kan. So apa lagi terus la aku singgah ke kedai sup kegemaran aku di pasar malam juru ni. Budak2 ni sampai da kenai muka aku ni.

Aku ni jenis sorang2 pun boleh je makan kat mana-mana. Senang idup aku. Tak kesah pun kalau xde orang temankan ke apa ke. I'm weird like dat gituuu. Weird ke?


Jeng2 moi sup special da sampai! Ayam n perut je. Daging xmoh. Moi tu apa?moi tu buboq nasik ok. 



Selagi tak merah kuah dia. Selagi tu la aku tak berhenti buh sambai dia. Oh ya sambai mcm ni memang so UTAGHAAA!
 And yang paling best, umpan2 or lauk2 dalam sup dia ni memang banyak. Bayangkan yg biasa pun every bite ada umpan dia. Ni kan pulak yang spesel macam ni. Moi da habis, ayam dengan perut tak habis2 lagi. 

Ahhh gila ahh cakap pasal comfort food aku malam2 buta ni. Buat baby ni lagi menari n berguling2 ja tau.

Minggu depan nak pi lagi makan bihum sup pulak! Nak ajak si moon la. Dah lama tak borak2 ngan minah senget kwan aku sorang tu.

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS