Click Banner untuk join ya

Jom meriahkan GA dari Shitah ni...mana tau untung2 dpt adiah ke kan...

Lapar dan teringin punya pasal

in , , by Alia Farhan, 12:18 AM
Semalam teringin nak makan asam podeh melakau...so wat la skit utk makan malam. Punya lah teringin kan.


Rasa memang da sedap dah.

Tapi masuk kul 12.30 malam memang tekak pulak buat hal. Masuk toilet terus wek2. Memang lepas tu masuk ke SOHO jap sementara nak tunggu baju siap cuci kan.

Tapi masa kul 1.30 pagi macam tu perut da memanggil2 nak mintak di isi. Masuk la dapor balik goreng ikan bilis dengan bawang n cabai melaka and taruk kicap makan dengan nasik yang lebih tu. 

Lepas tu baru la boleh tidur dengan tenangnya. Alih2 pukul 5.30pagi aku terjaga sebab nak muntah. Tak pernah2 oi terjaga dari tidur semata2 untuk muntah. Nah amik selambak lagi muntah. Memang melepet habis lah. Terus panjat katil lena.

Then bangun pagi macam biasa, aku hantar Adriana ke rumah pengasuh sebab dia pun da ok plus aku nak kena start buat sabun yg orang pesan lagi. Lagipun kat rumah tokmama dia, semua da clear. And dari pagi tadi aku cuma telan coklat ja. Nak makan nasi aku tak berani. 

Nak masak lagi aku takmau. Fobia terus muntah2 semalam. Baru nak rajin2 da muntah2 balik. Adoi anak oi da 33weeks kot. Manja ngat aih. 

So tadi da siap2 solat zohor semua terus keluar p Secret Recipe Autocity ja sebab teringin nak makan grilled chicken kat situ. Padahal sebelum ni xpandang pun kan.


Ok ni makanan seimbang untuk mama n baby. Ada salad lagi. Clap clap ur hands baby

Nah amik. Pelahapnya. Punya la lapaq T____T
Habis licin tauuuu.

Baby, jangan nakai2 tau dalam perut tu. Takmau la macam semalam. Lembik mama dibuatnya. Mama tak sabaq nak jumpa kamu sayang.

Lagi cerita pasal KFC

in , by Alia Farhan, 8:20 PM



Heee tak abih2 dengan KFC kan. Eeeiii korang ni...tipu lah kan kalau ada orang kata tak suka makan kepsi ni kan....jangan nak membongak dik non.

Semalam aku ada update status kt fb psal original recipe vs spicy tu kan. Tak sangka ramai pulak setuju dengan aku kan.


Sebenarnya, rasa original recipe tu la yang paling best and bring me down to memory lane.

Serious dulu masa kecik-kecik nak cakap susah gila-gila tu tak la tapi arwah abah n mama memang jenis berjimat cermat. Nak bawak makan kepsi tu memang setahun sekali or 2 kali ja. Tu pun kami adik beradik kena bawak balik results peksa cantik2 dulu. Dapat C xpayah la berangan nak makan kepsi bagai siap pakej dapat reward rotan lagi. Pilih la nak pakej rotan gemuk ka, sederhana gemok ka or rotan halus. Tapi kalau dapat C utk subjek music or seni, mama tak kedah. Dapat B dengar la tazkirah panjang2. Dapat A semua adik beradik (kami 3 yang atas ni la) baru la mama n abah bawak makan kepsi kt Jalan Stadium tu. Orang Alor Setaq mesti tau kepsi legend ni.

Serious time tu hampa makan kepsi tu semua mana ada spicy la apa la. Ada pun ayam original recipe tu, coleslaw dengan kentang tu ja. Burger2 aku rasa mcm takdak, sebab mama and abah order pun yang bucket besaq tu ja. So aku tak pasti adakah time tu ada kejadian burger or tak. Tapi dia punya syiok tu macam makan kat hotel weiii bila setahun sekali dua dapat makan kt kepsi. Sumpah time tu makan kepsi pun rasa dah best dah.

Rasa rindu pulak time2 dulu2. Time benda susah nak dapat tu buatkan kita lebih menghargai something. Lani kepsi tu macam alaaaa...boringggg laaa asyik2 kepsi(budak2 zaman lani...lepuk kang) aku dulu2 nak dapat makan kepsi pun setahun sekali. Tu pun kena bawak balik semua A dulu baru parents aku belanja makan kepsi tau! 

Teringat jugak, mama sampai beli bekas deep fried tu. Kes anak2 teringin nak makan kepsi punya pasal. So takdak la kami rasa kepingin sangat nak makan kepsi setahun sekali kan. Dulu2 makan kepsi tu da consider mewah sangat dah. And dulu2 semua kepsi serve dalam pinggan melamine tu haa. Lani ada la sesetengah tempat ja wat mcm tu, the rest banyak guna plate kertas tu lagi haa. 

Haihhhh. Tapi serious bila aku makan original recipe aku teringat balik semua kenangan2 demi nak dapat makan kepsi masa zaman dulu2 masa sekolah rendah dulu2.

To my parents, thanks for teaching us to be struggled for what we want. Tenkiu juga sebab ajaq kami adik beradik tak mewah2 dengan duniawi ( something dat i also should practise to my kids soon). Love u to d moon n back , mama n abah. To my lovely abah, May Allah place you in a better place now. I miss you so much, abah. Till we meet again๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ

Sapa makan kfc macam ni?

in , , by Alia Farhan, 8:57 PM
Baru-baru ni menggelupur malam2 lapaq sangat, sebab petang tu makan awai sangat untuk dinner dalam kul 6.30ptg mcm tu da makan.

Bila kol husband nak suruh dia belikan makanan, dia kata dia atas jambtan dah. Dia tanya kepsi boleh ke? Perut dah lapaq wei. Memang ON sangat la kan. Bukan apa, kesian ke baby dalam perut (alasan lagi). Muahahhaha.

Suruh dia beli yang 2 ketul ja. Sebab memang tak pernah pun aku beli set 3 ketul tu habis. Memang taklah. Tapi nak yang kepsi baru yang cheese apa ntah tu.


Check dalam microwave ada lagi nasik. Apa lagi bedal ngan nasik la. Huuu sedapnya! Nikmat tau...sekali-sekala wat perangai kampung dot com dot my ni. Sudahnya, ayam yang seketul lagi memang tak abih. So aku sruh ja laki aku abiskan. Ehh tapi sedaplah dia pnya cheese n onion tu. And coleslaw kepsi memang fav kita! 

Tapi paling benci sekali kalau beli kepsi dapat bahagia dada, memang sebu habis masa nak habiskan tu. Sebab tu la awai2 lagi aku request thight ngn drumstick ja. No dada2. Hahhahaha.

Korang ada tak perangai kampung dot com dot my macam aku ni?

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS