Stress pulak bila tetiba anak boleh kena hfmd. Tapi tu la, macam mana kita elak pun kadang-kadang kalau Allah kata nak jadi, jadi jugak kan.

Jom kita baca;

Apa itu HFMD?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penyakit HFMD adalah endemik di Malaysia dan berlaku sepanjang tahun, serta mempunyai tren ’cyclical’ dengan kemuncak setiap tiga tahun.

Penyakit ini disebabkan oleh beberapa jenis virus dan kebanyakannya adalah ringan ke sederhana sahaja. Walau bagaimanapun jangkitan dengan enterovirus 71 (EV71) boleh menjadi teruk dan boleh membawa kematian.




Bagaimana ia merebak?

Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis mereka yang berpenyakit dan tempoh inkubasi adalah antara 3-5 hari.

Tanda-tanda penyakit

Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala 3 demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah.

Kanak-kanak pula boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan.

Namun, hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan perubatan dalam masa tujuh  hingga sepuluh hari.

Walau bagaimanapun, menurut KKM,  jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis. Namun, ianya jarang berlaku.

*********************************************

So far untuk case Adriana ni, tadi da jumpa da paeds dia. Sebelum check ngan paeds dia, mak ngah dia da checked dlu dah anak sedara kesayangan dia sorang ni. Angah cakap Adriana ok cuma biasa la awal-awal memang gatal-gatal la badan dia. Masa kt KL la hari tu perasan jugak Jumaat demam, bangun pagi demam da ok. Tengok kat mulut naik bintik-bintik pulak haih. Mula da hati rasa tak sedap.

Dalam hati haaaiiii takkan la HFMD kot. Hati mak2 ni kan. Sekali kau petang tu masa kat Nilai masa duk borong carpet dia da mula start tak boleh blah dah. Mula naik ruam-ruam kat kaki and tangan dia. Tanya mak ngah dia, kompem simptom HFMD! Oh mak kau! Mama tak jadi doktot pun boleh detect awai2 noh. Naluri mak2 sangat. Nasib la makngah kamu tu doktot Adriana. Malam tu satu malam la tak tdoq. Hari Ahad tu terus si papa mai amik kami kt rumah adik. Balik la kami ke Penang. 

Plan nak berjumpa adik beradik kami2 pun xdapat sebab takut jangkit la dengan kezen2 Adriana nanti. Plan ke Ikea, plan ke Melaka, plan ke Pak Putra semua lahai ke laut Indian Ocean. Takpa la, kak nena sayang punya pasai.





Tengah hari tadi nampak blister tu macam teruk, mula hati ni lagi risau. Tapi makan minum dia semua ok, cuma dia takla sungguh2 makan macam selalu. Terus la ke Gleneagles jumpa paeds kesukaan kami Dr Chiah.


Lepas Dr Chiah check Adriana semua dia cakap, tak payah admit pun takpa. Terus lega dalam hati. Leganyaaaa mama. Kalau dak duk terbayang kerja yang menimbun da delay tu haa. Cuma kalau dia takmau minum and makan , then baru kena admit untuk drip. Sebab lani, Adriana makan minum semua ok so no need to worry a lot la. Dat's one thing I like about her paeds, kalau paeds lain kat private hospital kompem2 nanti sruh admit. Takyah p jauh, tu yang KPJ tu, pegang anak aku pun taknak sebab anak aku nangis meraung2..check apa pun taknak, pastu sruh admit. Dah kena admit duk bilik yg 3 orang...drip pun xpayah apa...ubat pun bagi paracetamol. Nah bil mai 1 mlm rm1.4k. Memang tobat tak pi dah la KPJ tu. Terus banned! No way man. Baik aku duk Gleneagles, bilik sorang..4 malam baru kena RM2.4k masa Adriana kena Norrovirus hari tu.

Dah pulak tu, Dr Chiah ni akan tanya aku one by one. U da ada paracetamol ke, ada i tak payah bagi u. Flu syrup ada ke belum...kalau ada, no nid me to prescribe to u bla bla bla. Dia cuma bagi aku ubat yang aku takdak and yang aku perlukan ja. Kalau KPJ tu hareeemmm semua dia nak bagi, pastu dia nak casss... Pundek betul kekdah bisnes KPJ ni. Untuk kali ni , dia cuma bagi ubat untuk mandi ja. Kahkah Pottasium Permanganate rupa2 nya. Tu untuk keringkan blister and bagi badan tak miang sangat. So far , nampak Adriana pun x mnggaru-garu dah. And satu lagi ubat dapat, ubat spray kat dalam mulut untuk legakan ulser. 

Mandi dengan KMnO4. Mama dulu duk main ja chemical ni kak oi.


So far, tanya Adriana dia cakap kakak da tak gatal mama. Leganya mama dengaq. Selain ubat-ubat yang doktor bagi and ubat selsema/gatal tu, aku ada gak bagi Adriana supplement Shaklee yang multivitamin chewable tu. Selalu amik sebijik, hari ni aku bagi 2 la. Kemain seronok la kan. 

Selain tu, abih serumah aku duk spring cleaning, mop dengan air panas. Vacuum kat carpet2 semua. Macam tu la bila anak kena HFMD. Memang kena be extra careful la. 

HFMD ni sebab virus tau, bukan sebab bacteria. So kalau doctor tu nak bagi hampa antibiotics bek hampa tanya balik psaipa kena bagi antibiotics. Macam Angah n Dr Chiah habaq la, HFMD ni memang takdak rawatan khas pun. Kena make sure anak minum tu cukup sebab takut depa dehydrate n pastikan depa makan. Tu ja, yang lain tu masa awai2 tu depa memang akan merenyam satu badan. Sebab tu la kena amik ubat selsema/gatai tu. And lagi satu yang aku perasan , kerap mandikan anak. Bila bagi depa mandi, gatai-gatai tu macam lega la skit. 

And make sure hampa yang contact dengan anak hampa directly ni pun kena selalu basuh tangan hampa. Sebab bukan budak-budak ja boleh kena. Orang tua kertuuu pun boleh kena haih.

Tapi yang pasti lani lega da tengok dia tak merenyam sangat macam semalam. Nak2 lepas bagi mandi ngn KMnO4 tadi. Dia lega...mama dia lagi lega tengok.

Ok la hampa. Tu ja lah nak cerita pasal anak kesayangan kami ni. Lani kena quarantine 1 week. Sekali2 ngan mak dia la ceritanya ni.





Best of Beauty Edits

I'm proudly to announce that I have been invited by The Covets for a blog collabration with them.


The Covets is mainly a web that embrace beauty. You can find more and more product reviews, beauty tips and tricks here! Wowww, dat's my favourite part! Well as a make up junkie, i must say The Covet must be a hype beauty platform in future! Woot woot. 

Jom, cepat2 follow instagram @the.covets and wesite The Covets.







Kenapa tiba2 muncul...Womens Boat To Gaza (WBG)

Credit to kak Nurul Fathim Ridayu Ramli

Sebelum ni saya bertanya, penting ke misi ini? Ada kesan ke kalau dapat masuk ataupun x dapat masuk ke gaza... sebelum ni pun dah ada misi seperti mavi marmara tapi rakyat palestin masih dikepung sehingga ke hari ini.

smlm lps suami Ahmad Mu'az cerita baru dapat appreciate betapa besarnya misi ini.



Antaranya:
1.Isu palestin sudah sejuk dan dilupakan... Jadi misi ini nak ingatkan balik hey dunia! gaza masih terpenjara, penjara open-air terbesar di dunia, rakyat tiada kebebasan. Bantuan makanan tak sampai. Kezaliman Israel terhadap Palestin perlu dihentikan dengan tekanan demi tekanan.

2. Kalau Misi WBG berjaya masuk ke gaza :- sebuah kemenangan buat palestin. Sbb apa? Sebelum ni banyak misi bantuan yang nak disalurkan kepada palestin tetapi digagalkan oleh tentera israel atas sebab - ini semua teroris, ada bekalan senjata yg nak disalurkan kepada hamas.

Mavi marmara contohnya ada anak kapal lelaki, ada sheikh raid salah di dalamnya. So israel create banyak alasan utk tawan dan serang anak kapal dan menggagalkan misi mereka. Misi WBG semuanya wanita, tak ada alasan utk israel tahan mereka.

Berjaya misi WBG sampai ke gaza dan memberi bantuan bererti lebih mudah selepas ini utk memberi bantuan kepada rakyat palestin. Which israel does not want it to happen! Zalim ke zalim..

3. Kalau Misi WBG tak berjaya masuk ke gaza (ditahan oleh tentera israel) :- menjelaskan terang-terangan kepada dunia siapa sebenarnya israel. How cruel they are.. orang nak hantar bantuan secara baik dan aman (semua perempuan pula tu) pun di halang.

So menjelaskan kepada dunia:- israel halang bukan sebab orang lain teroris, tapi mereka lah teroris sebenar!


P/s:

Akhir kata bagi aku, the real teroris dalam dunia ni adalah ISRAEL DAN SEKUTU-KUTUNYA. MAY ALL OF THEM BURN IN THE HELL!

Blogging tips everyday

in , by Alia Farhan, 12:59 AM



5 tops blogging tips everyday:

1.  Sentiasa top up idea dalam "bank otak"

Selalu-selalulah draft apa saja yang bermain di minda kita. Walaupun kadang-kadang yang terlintas di kotak otak kita nampak macam remeh dan funny tapi percayalah, there's someone out there will google about it.



2. Bangun dengan target dan Gol!

Bila dah ada idea untuk entry, automatically senang untuk kita setkan target dan gol. Taking photo/ pictures and do editing task before proceed to next task.

3. Don't forget to promote your post.

Lepas da up post, jangan lupa untuk promote post. Sekarang kan kt facebook ada macam-macam page untuk bloggers, travel group, cooking/recipe groups. Boleh promote post ikut kesesuaian group. In Sha Allah, trafik pun akan meningkat bila kita rajin promote post yang kena dengan content group tu.



4.  Bawa notebook dan pen ke mana-mana

Jangan lupa bawa notebook dan pen ke mana-mana. Sebab kita takkan tau bila kita akan dapat "light bulb moments" atau erti kata lain sparkling ideas, dont forget to jot down straight away ya. 

5. Structure our blogpost content.

Untuk ni, selalunya untuk entry DIY akan datang banyak sangat idea / post dalam sesuatu masa tu. Penting ya untuk struktur blogspost and content kita. At least struktur blogpost under DIY seminggu sekali. So that, content blog akan nampak lagi menarik. Takla tiap-tiap hari nampak DIY post and then tetiba blog tu nampak kosong ja kan. 

Sebab setiap orang corak blogging dia tak sama. Ada yang dapat berblog setiap hari, ada yang part time blogger, cuma blogging once a while (twice a week) n etc. So paling penting untuk kita sentiasa structure kan blog content kita agar tak nampak dull dan boring kan.

Semoga entry ni dapat membantu kita kekal berblogging dengan bestnya.


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS