Adriana first timer train ride

in , by Alia Farhan, 5:18 AM

Few weeks ago kami anak beranak ke kl utk kenduri kawen kawan kami kt MICET dulu si Azim apek tua tu.
Kawen jugak ko ya.
So kitaorang pun decided duduk kt Vistana sebab dekat dengan train(monorail/star) kat situ kan.

Apa lagi seronok kemaennn mek kenit ni. Almaklumlah penang xdok train gini haa. Kami just plan nk ke KLCC je. Last p klcc masa preggy ke dia. Time tu nangis2 kena CTS. Dari Star Titiwangsa tu kami wat interchange utk naik Putra ke KLCC. Baru tau sekarang semua intergrated. Ko beli tiket star ke monorail ke putra ke boleh sekali harung ikut stesen yg ko nak trun. Dah tak payah nk beli tiket 2 3 kali masa kt pertukaran stesen tu. Bagus tu. Dah la pagi2 kan org bz kedaung. Takleh belah aku mnghadap hectic nya lifestyle org key ell.

Masa naik Star tu ok lagi ka sebab less crowded. Tapi Ya Ampunnnnnn masa naik Putra tu mak aihhh berbakoi2 bau KETI!!!
JAHANEM BETUL. bayangkan kalau aku kena p kerja n preggy ngadap hari2 bau KETI KEPAM gitu.mau muntah n pengsan aku ni!
Tahan napas n tahan hidung ja lah laki aku cakap.


Kemaennn kan budak kenit ni. Seronok nauuu. Maklumlah dapat naik tren.


Masa kt Toys R Us KLCC...mendapat la papa...kena paw la ngn ai kenit ni Thomas n Friends. Nasib la papa. Kan anak bersemngat baru pess time naik tren pa oi.


Tak abih2 cantik tak tren anena...
Cantik tak
Cantik takkkkkk

Hadoiiii jem mak ni oiii

Ni pulak masa dalam lift Vistana.
Mama jom balik rumah..
Rupa2 nya rumah dia hotel Vistana tu...
Pitammm lagikkk
Esok kita naik ketapi lagi ya papa.

Ya lahhh...esok tu kita p ke Ikea ja pulak sayam oi...

Apapun walaupun husband aku mnyesal naik tren sebab pening bau KETI orang. Tapi it's a good experience and exposure utk our litle princess. Tengok dia seronok, rasa mnyesal tu pun hilang la kan.

Busuk pun busuk laaaahhh.

Salam tren Banglasia~~~
Wohoiiiii
Lama tak bersiaran alia oiiii
Bersawang nanti...
Macam mana nak dapat award blogger yang dedikasi dan rajin ni?
Wakakakak...mimpi pun belom tentu kannn...

So kali mai nak share resipi cheesy buttermilk prawn. Resipi yang kacang sangat-sangat nya pun hai nyaa...


Bahan-bahan:
* udang la opkos
* kunyit
* garam
* minyak untuk menggoreng
* butter
* susu low fat
* cheese yng keping2 tu 3 keping
* garlic cincang
* daun kari
* gula

Cara-caranya:
1. Gaulkan udang dengan garam dan kunyit dan silalah goreng ya. Goreng agak2 masak ya. Jangan lama sangat.
2. Silakan angkat. Minyak yang goreng udang tadi kalau banyak boleh buang skit kalau tak banyak takyah buang terus masukkan butter( slowkan api ya time ni)
3. Masukkan daun kari dan bawang putih cincang tu.
4. Biaq bau tu naik semerbak sambil kacau-kacau ya.
5. Pastu terus masukkan susu.
6. Pastu rasa cukup garam tak?kalau tak cukup bubuh skit. Sebab note dat butter aku guna buttercup so memang da afa garam. Aku just letak2 garam nak bagi rasa skit ja.
7. Then letakkan secubit gula.
8. Lepas tu masukkan kepingan cheese tu.
9. Final step, masukkan udang-udang yang da digoreng tadi.

DONE.
da boleh makan sesuka hati hampa.
Kali ni nak review pasal food review kt Boat Noodles pulak. Ni pun accidently p makan masa p KL hari tu. Plan asal nak p lepak2 ke klcc ngn Mr A n Miss AA. Saja la nak bagi Ms AA tu naik tren kan...her first experience tapi pama dia yg fobis dek bau keti melampau2 dalam tren tu. Choiii sangat....

Turun2 ja putra kat klcc tu kami boleh pulak tersesat masuk ke mall baru sebelah tu Avenue K. Mula2 ehh betul ka masuk sini. Almaklumlah dah lama gils tak naik putra tu. Ehh tapu awat dekat sangat. Rasa mcm kena jalan2 dlu baru sampai klcc. Ehhh sesat ke...sesat ke

Melilau la kami kt dalam Avenue K tu dulu.
Last2 nah amik nampak Boat Noodles. Teruih ajak Mr A p melantak situ dulu.

Jakun jap la kan. Meje kecik kerusi kecik. Mangkuk kecik. Ehhh.

Apa ntah mamat ni tgh sibuk kan tu pun xpaham makjem.

Si kenit penyibuk tu.

Menu pun simple2 ja.

Ayaq wajib

Kerabu meggi. Nak order mnda lain tersilap tgk code pulakkk. Nasib sedappp

Kami order 8 mangkuk tau. Tapi mangkuk dia alahai cinonet sgt. RM1.90 semangkuk. Laki aku makan 3 mangkuk aku bedal lagi 5 mangkok. Wakakak. Tapi semangkuk tu 3 suap ada la. Orang tua tu duk bedal chicken wings dgn mek kenit tu.

Aku kan tak suka membaziaqqq so aku habiskan la bihun sup tu. Memang sedap la. Kena ngn tekak siam aku. Paham2 la lidah cerewet aku ni. Cuma kerabu meggi tu xdaya nk habis sbb terorder silap n mai 2 pinggan.

Overall, aku suka n njoy makan kt sini. Meja hang dengan orang sebelah pun memang xdak gap. Serius dekat gils. Tapi ok la. Orang makan2 n terus blah je pun. Xdak maknanya nk releks2 kangkung makan kt situ.

Rate:
4/5

Tetiba teringat pulak the real boat noodles dekat Floating Market Hatyai. Gika sedap nak mampus ..
20baht segedabai punya mangkuk.
Nak tambah2 meatball baru 30baht.
Gila tul. Aduss ni kang ada gak terbabas ajak laki den p Hatyai balik hari ni semata2 nk real boat noodles ni...

***type entry ni sambil telan ayaq lioq sedozen***
Kali ni nak cerita satu kali pasal barangan Ikea yang makjem hangkut masa p key ell hari tu.

Puas survey ikea mana best nak p beli n cuci mata kt fb hari tu...damansara ke cheras keeee???
Rata2 bagi feedback sruh p ke damansara ja.

Ya lah makjem pun lepas p ikea memang shoot nak balik penang teruih kan...semua duk kata p Damansara ja ...elok gak tu...memang otw ke pangkal jalan kan..muahaha

So macam2 lah dalam otak mak jek ni..
Eh nak beli Ràskog trolley tu ka nak beli rug...ehhh maciam2 betul nak beli...tu la padahnya kalau p Ikea...
Aku da cakap kat Mr Amir beli la Navara...senang nak angkut barang dr Ikea ke Penang.nak harap yang Penang tu lambat sangat nak bukak nya!
Dah pulak tu xsanggup la keta comel aku kena guna angkut simen cat bagai utk kerja2 bangla dia tu.

Cuba hampa teka mak jem pilih kaler mana satu???

Gambar ehsan : Mr Google


Idea nak letak apa kt sini.
Gambar ehsan : Mr Google

Ada yang letak kat kitchen...
Stailo gak kan...

Gambar ehsan : Mr Google

Ada yang wat as book rack. Pun stailo gak!
Gambar ehsan : Mr Google

Ni pulak mak jem punyaa...
Lepas ni kalau ada org nak mai main2 mekap kt umah or job make up kt umah..leh tarik sana sini sunun ja...senang reja makjem

Rega dia tengah murah lani..sebab tu la teruih grab ja.
NORMAL PRICE RM229
NOW PROMO RM149 JA
beza banyak kot...
Apa lagi.

Ni tengah gatai maciam nak beli lagi satu ....tapi nak letak tak mana pulak dah tak tau...

Masalah rumah kecik ni...
Haihhh laaa

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS