Hai korang korang....

in , by Alia Farhan, 10:23 AM
Hai korang-korang yang rajin singgah-singgah ke sini dan tinggalkan footprints korang kt sini (komen la teww)

Starting this month, one lucky commenter yg paling banyak komen akan diberikan mystery gift dari hakak.



Sebagai penghargaan untuk korang-korang yang baik hati kan.
Hadiah tu of coz la mystery gitchuu. (Menyampak pulak aku type bahasa ponen ni . Ehhhhh)

Ok lah korang.
Esok sabtu apa plan?

Mak jem plan nak p merembat lagi satu shawl naelofar kat 1st Avenue sana. Hubsie da berjanji kes dia balik lambat perabih reja kat opis, maka dia kena denda belanja mak jem satu lagi shawl cik lopa kitewww. Panggggg sedas kerana menggunakan bahasa pondan!

Ok lah.
Mak jem nak tidoq ni.
Ngantuk gila aih.

posted from Bloggeroid

Janji masak

in , , , by Alia Farhan, 10:11 AM
Salam...

Hai mood nak blogging asyik kelaut ja.
Bz dengan few projects skit.
Harap-harap berjalan lancar la hendaknya.

Bila asyik pikirkan nak wat tu nak wat ni, menda paling serabut aku kena pikiaq.
Nak masak apa hari ni.
Susah dia tu bukan main. Kalah soalan process control.
Choi sangat tauu.

Xpa lah apa pun janji masak kan. Janji terisi perut anak and suami dengan air tangan aku ni. Amik barokah la sikit.

Duk merepek-merepek ni pun nanti bila keluar ja ikan dari freeser tu baru zasss otak pun keluaq idea itu ini nak masak. Okla bagus-bagus. Macam dapat ilham nak jawab paper Mass Transfer pulak. Ehhh apa kau merepek ni alia!!!

Masak jangan tak masak ya. Janji masak sudah!


Hainanese steamed chicken rice



Ni favourite aku ni. Resipi boleh tengok kat sini.



Mee goreng campak-campak.



Chewy goey brownies. Nanti mak jem bagi resipi k



Asam podeh melako ikan temenung yo



Ni menu malam ni. Ikan temenung msak asam tu memang fav tpi jarang buat padahal senang ja kot. Resipi kat sini. Yang teloq tu pulak memang fav la wei lagi pulak dulu zaman duk sekolah asrama penuh memang hat ni kira sedap la. Cuma tak goreng ja. Hat ni takyah nak mintak resipi sangat lah. Haru sangat kalau nak mintak resipi ni!

Oklah.

Itu ja nak update.
Orang kata seronok jadi fulltime housewife ni bukan buat apa pun kt rumah. Seronok la aku kalau tak payah buat apa kan. The best thing about working from home, u dont have to deal with pain in the ass boss, the stupid and annoying colleague yang kuat membodek. Ehhh sekian.

posted from Bloggeroid

Sakit

by Alia Farhan, 10:01 PM
Aku rasa la kan manusia ni makin sakit.
Bukan sakit physically tapi sakit mentally.



Contoh sakit-sakit otak yang duk ada, orang mintak tolong tapi dalam English. Hampa sedap-sedap maki dia lupa asal usul la, lupa jati diri la, nama melayu tapi cakap nak english la, nanti amik kelas bahasa la.
Ishk apadia hampa ni??????
Sakit tang mana la bila orang nak cakap English ka urdu ka tamil ka hokkien ka siam ka....

Kalau tak mau tolong, tak payah la nak bebankan orang tu dengan kata-kata nista hampa semua tu. Simpan ja lah.
Dah la orang susah hati, hampa pulak kuat camdek.

Tu belum lagi yang kes p warehouse sales sampai rempuh panjat pagar bagai. Ishk-ishk bertudung pulak tu. Tak malu ka?
Baru sales kasut Vincci RM15 da menggelupoq macam apa. Macam mana la nak hadap fitnah-fitnah Dajjal nanti. Sebab tu la Rasul pun kata nanti kalau Dajjal mai, si suami elok ikat anak bini kat rumah bagi duk diam-diam sebab perempuan ni tedency dia nak ikut Dajjal tu lebih tinggi. Ni baru bunga-bunga kecik Dajjal wei. Dah menggelupoq tak cukup tanah. VINCCI JA KOT!




Tu belum lagi yang bajet femes boleh senang-senang nak aibkan Tanah Haram ka apa ka.
Ishk tak paham aku.
Semakin haru nampak.

Tanda akhir zaman?
Sama-sama la kita pikiaq tengok.
Sedih kadang-kadang tengok.

posted from Bloggeroid

Oktober...

by Alia Farhan, 1:20 PM
Hi october....
Please be nice to momma!


Planner for this month only ready by 2nd of october.
Okla kan dari takdak kan

Oh, minyak naik sekupang kan.
Bersyukur la naik sekupang bukan dua kupang ka lima kupang.
Paham dak kupang tu apadia?

Ok lah.
Gud nite!

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS