Assalamualaikum.....
Hari ni baru berkesemepatan nak update blog. Kali ni nak ceritakan pengalaman sendiri duit dalam account Maybank saya sendiri hilang! Tak pernah terpikiaq perkara macam ni boleh berlaku dekat diri sendiri. Selalu dengaq pengalaman orng ja. Kali ni jadi dekat diri sendiri.
Cerita dia Jumaat yang lepas, pada pukul 4.29 petang, aku dapat sms menyatakan Maybank crad aku telah digunakan untuk membuat pembelian bernila RM111 di UniPin SG. Time tu dah cuak ingat ada kesilapan, so terus log in dan tengok memang ada duit yang dipotong, walhal aku tak pernah buat pembelian dari situ. So aku terus nak pindahkan duit dari acc Myabnk ke account CIMB aku...malangnya sementara menunggu no TAC masuk..scammer/hackers ni dah berkali-kali buat transaksi dengan nilai yang sama. And menyebabkan transaksi aku nk pindahkan ke CIMB gagal sebab baki duit yang dah tally dengan jumlah aku nak pindahkan. Memang mngigil time tu. Sumpah aku rasa mcm dalam Money Heist bila part hackers duk buat reja godam acc orang tu.
Terus aku kol Maybank untuk BLOCK acc bla bla...By the time nk verified accc bla2 dalam masa 10 minutes...si celaka ni dah buat sebnyak 16 transaksi yang setiap nilai adalah RM111 dan total adalah RM1776. Persoalan aku sekarang ni, macam mana si celaka ni boleh gunakan kad aku tanpa ada MSOS code masuk ke dalam sms aku untuk verified transaction seperti sebelum-sebelum ni? Ni soalan aku kepada Maybank? sedangkan aku nak pindahkan duit di Maybank2u pun kena tunggu no tac num punya lama. Sedangkan si celaka ni boleh guna kad aku tak sampai selang seminit tanpa gunakan MSOS code yang menjadi kewajipan untuk Maybank hantar ke pengguna sebelum membuat mana-mana transaksi menggunakan debit card untuk online transaction. Tu soalan yang paling utama pihak Maybank kena jawab!
Aku tak boleh brain macam mana dalam masa 10 minutes 16 transaksi haram ni dibuat dengan tanpa menggunakan mana-mana kod keselamatan yang perlu dihantar kepada pengguna account/ kad debit tu. Adakah sesenang tu, system keselamatan Maybank senang digodam? Atau adakah seseorang dalam Maybank yang menjadi dalang menjual maklumat / data pengguna kepada pihak ketiga...atau ada orang "dalam" sendiri yang boleh buat and overide system without giving MSOS code and then boleh buat transaksi haram macam ni? Tolong lahhhhh....
Bila kena macam ni terus aku rasa teruk gila security system tang Maybank pakai. Baru berkira-kira nak bukak current account dekat maybank untuk company aku...Terus cancel la bila macam ni pergi dia. So bila jadi macam ni, soalan aku...duit2 aku akan dapat balik tak? Duit aku yang kena curi tu dilindungi PIDM tak seperti mana yang digebang-gebangkan. Aku taknak cakap banyak..aku nak duit aku ja balik..RM1776 tu bukan amount yang sikit untuk orang macam aku!!!!
Banyak orang tanya aku..apa tindakan Maybank? Maybank suruh aku isi Dispute Form untuk menyatakan transaksi tu semua bukan aku buat. So lepas tu diorang akan bukak investigation. Dalam masa 45-60 days untuk tengok macam mana. Sekarang ni, aku dah bagitau dah celaka ni guna duit aku untuk beli apa ntah kat UniPin SG babi tu...orang kata UniPin SG ni gamers punya port! So sekarang ni aku harap Maybank dah boleh alert la kot apakes orang nak beli sampai 16x ..tak ka rasa suspicious oiiiiiii....
Sumpah bila jadi macam ni..it's a wake up call for me lah...langsung dah rasa tak percaya and selamat lagi rasa bila duit dekat bank tu...apa jadah duit /kad aku orang lain boleh senang-senang kebas. And ko cakap security system ko canggih..beli berjuta-juta system tu...ya Sumpah kalau kes aku ni tak setel, memang aku akan tutup terus account aku dekat Maybank.
Aku harap korang-korang yang mana ada simpan duit dekat bank tu be alert sama...bukan nak takutkan ya...aku pun tak pernah terpikiaq menda ni akan jadi kat aku. tapi jadi jugak!!!! it safe to keep some of your cash with you...in case macam aku ni...ni duit belanja harian aku.....memang aku simpan dalam bank sebab aku suka cashless...tapi bila jadi macam ni..ntah la rasa dah tak relevan dah nak cashless bagai sangat..last2 memang cashless habis sampai duit aku pun lesap!
SATU JA AKU NAK CAKAP...AKU HARAP PIHAK MAYBANK BERTANGGUNGJAWAB ATAS MASALAH AKU NI!!!!!! MACAM MANA HAMPA BOLEH MEMBENARKAN TRANSAKSI ONLINE MENGGUNAKAN DEBIT KAD AKU TANPA MSOS CODE DIHANTAR KE NUM TELEFON AKU UNTUK VERIFICATIONS!!!! DAN SEBANYAK 16 TRANSAKSI DIBUAT DALAM MASA HANYA 10 MINIT!!!! YOU BETTER HAVE THE CONCRETE REASON HOW IT HAPPENED!!!
*****aku akan update this matter from time to time...and aku harap sangat duit aku dapat balik!!! and Maybank pun dapat memberikan kerjasama...sebab aku memang to be honest suka guna Maybank sebab user friendly. Tapi tu la bila jadi macam ni sumpah aku paranoid.