Showing posts with label food review
Sebut Penang ja da sinonim la dengan kari kan... Actually dekat belah utara ni kami memang geng2 kari... Atau orang utara panggil gulai. Kalau dekat utara ni gulai dia kari la. And tak silap aku setiap negeri gulai dia lain2 kan... 

Tapi kalau dekat utara ni pun ada dua jenis gulai.. Gulai with santan n gulai without santan... Biasanya yang without santan tu kari mamak la kan. Macam aku mrmang prefer makan kari mamak ni... And aku pun jenis suka masak kari mamak. 

Ok enuf with all those introduction.. Disebabkan blog ni pun dah bersawang... So mari lah kita update kat mana port kari sembilang BEST IN D WORLD! 

TARAAAAA.... 

DEKAT SINI YAAA 

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️



Terletak di Kuala Juru ya. 


Kedai ni dekat dalam ceruk-ceruk kampung ya. Memang kalau orang tak tau akan tak tau la ada kedai yang sedap dekat ceruk kampung macam ni. 

Aku paling suka kari semilang dia... Goreng kapis dia.. Ayam kicap dia. Tapi kali ni aku tak order la banyak2 sebab aku 3 beranak ja yang makan kan. So kita order pun yang menu penting la kan. 



Tara kari sembilang. Aku request kat Kak Laila nak bahagian ekoq dengan isi kat badan tu. 



Ayam goreng tu sebab Adriana nak. Sedap ayam goreng nya pun. 



Pakej nasi kari dia mai dengan hat ni sekali... haroiiii...kena plak tuang toyu manis skit.. Perghhhh nalerkeee... 


Untuk makanan dekat sini memang tekak aku approved la.. Kamon la tekak aku ni dia punya cerewets ni kalah Gordon Ramsay tauuuu. Kalau setakat biasa2 bukan level tekak aku approved memang aku tak rekemen la kan. 

Dekat sini... Goreng2 dia pun sedap.. Contoh macam nasi goreng ayam dia sedap.. Nasi goreng daging dia sedap.. Kueytiaw goreng pun sedap.. Bihun.. Mee goreng pun sedap. Sennag cita banyakkk la yang sedap nya haa. 

Sekali lagiiiii.... 

Aku nak tayang.. MUST EAT DEKAT SINI tak lain tak bukannnnn.... 


Aduiiii terlioq pulak tengok malam2 macam ni... Aduuuuuuuuuiiiiii

Hampa yang nak tau location kat mana.. Hampa kol la number kat dalam gmbaq kt atas tu.. Tanya minta pedoman kedai tang mana... Aku malas nak explain panjiang lebiaqqq... Cuma nak habaq hari AHAD depa KATUP.... 

Oh ya lupa nak habaq..lauk2 ni dimasak dengan penuh kasih sayang... Hampa request baru Kak Laila masak ok.. Cuma hari Jumaat ja depa sedia masak lauk2 ready made sebab hari tu biasanya ada geng2 kilang pi semayang jumaat berdekatan dengan kedai dia.. So untuk mengelakkan jemm dia bahagian order.. Kak lela telah biat lauk ready made.. But don't wory stil sedap jugakkk haaa... 

Ok la tu ja nak cerita... Sapa tekak premium macam aku boleh la pi try makan tang sini...

Babai







Hari Ahad lepas kami satu family berkesempatan la spend time together keluar dalam fasa new normal fasa PKPP ni...

Ya la... Sebelum ni papa diorang ni asyik terperap ja dekat rumah dengan kami 3 beranak. Seminggu sebelum raya tu dapat arahan dah nak kena start jalan kerja lepas raya. So start ja a week after raya memang everyday la laki aku keja ja... Sabtu Ahad pun kerja... 

So xleh jadi ni... Kena mogok la 3 beranak kami ni. Hahhahahha. Last2 Ahad hari tu..laki aku bagi order from home ja lah. Ater dari muka da putih macam dulu2 dah macam mat terap dah kalernya.  Ke sana ke sini tengok kerja-kerja yang jalan serentak kan.

So kami plan nak ke Gurney Plaza.. So kakak awal-awal habaq nak makan nasi dengan kari.. Nampak nau dah lama mama xbuat kari ehhhπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

So dah alang-alang nak ke Gurney Plaza.. Mesti la makan dekat Nasi Kandaq Raffee kesukaan kami kan. Sekali tudiennn ramai jugak duk beratoq. Ok cancel. Tak jadi. So aku ajak la laki aku makan dekat nasi daun pisang dekat Sri Ananda Bahwan tu. Kebetulan otw tadi lalu situ gak.

To be honest this is my first time makan dekat situ. So meluncur la kami kona pi balik dekat area nak ke Jalan Kebun Bunga tu untuk ke Sri Ananda Bahwan ni. 

First impression aku terhadap kedai ni.. Bersih.. Persekitaran dia cun n cosy. Si kakak kata apa papa ni.. Bukan bawak mai kefai makan... Ni bawak mai makan kenduri.. Kahhhhhkahhhh... 

Dia ada banyak cawangan tau... Tapi yang dekat sini dia macam cosy sebab banyak pokok2.. Tau2 la jalan nak pi ke Kebun Bunga tu kan redup ja.... 

So laki aku la order kan nak makan apa kan. Of course la nak makan nasi daun pisang kan. 


So here we are... 


Sebelum nasi sampai.. Kami order vadai dulu makan.. Pembuka selera.. Kahkah .. Sedap bila cicah dengan kuah hijau tum ada rasa pedas2 macam cabai melaka skit. Tapi tak sure yang lain2 tu rasa apa. Tapi sedap la. 




The rice banyak la kan for those yang tengah diet suku2 separuh ni kan😬😬😬


Berselera semua orang kan. Maklum lah Indian food ni dekat di hati kami. It's in d blood orang kata πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

My husband ordered ayam masala.. Ayam goreng.. Kambing masala.. Fried cauliflower.. Sayur kubis.. 
So bila order nasi daun pisang..dia akan mai set macam atas daun pisang tu dengan kuah yang 3 serangkai tu. Agak frust sebab peria goreng dah habis ya😒



Cantik pulak belas ni.. Suka aku.... 


Ni cabai kering India ni sedap. Dia ada rasa masin2 skit. Aku memang suka. Dari first time makan dekat Tajuddin Hussain lagi dah jatuh cinta. 


Budak ni kemain lagi kan. Makan sendiri ok. Kalau tak asyik pekena suruh mama suap ja. 


Kakak makan licin.. Adik pun sama. Both of them memang suka. Tanya sedap tak.. Both of them cakap sedap. 


Last but not least manisan /laddu... 
Yang hijau tu sedap.. Pistachio tak silap. Kalau biasa aku suka makan yang warna putih rasa susu2 sedap gila dekat Lil India. Dekat dengan Tajuddin Hussain tu.. Tapi yang warna putih tu aku tak berapa suka sangat kalau dekat sini. Maybe sebab ada add kn kacang ka apa ka aku xsure. But the green one is good. 


Bagi yang takut2 nak pi makan tang ni sebab status dia... Dont worry.. Kami nak habaq depa CERTIFIED HALAL BY JAKIM  naaa... 


So hampa yang nak rasa makanan pure India boleh la cuba makan tang ni. Another kedai yang pure Indian n kena dengan selera aku adalah Tajuddin Hussain. Dia punya kari tu perghhh nalerke... Belum lagi lepas makan nasi.. Minum pulak rassammmm... Aduhhhhh sedapnya. 

Lupa pulak aku nak minum Rassam dekat sini. 

For those yang nak cuba makan Nasi Daun Pisang ni boleh la ke :

Sri Ananda Bahwan Garden Cafe, 

225, Jalan Macalister, 
10450 George Town, Pulau Pinang







Lagi berapa hari ja budak2 dah nak start cuti sekolah kan. Kalau cuti sekolah ja... Penang salah satu destinasi pilihan untuk orang bercuti bersama-sama keluarga kan.

Dekat Penang ni jugak ada macam2 cafe yang menarik.. Yang hampa boleh try. Salah satunya 34 Bishop Cafe ni. Kedai yang menyajikan hidangan barat pada harga yang berpatutan bagi aku.



 Well presented.. Well seasoned.. N provide good n comfy place to dine with your love one. Aku suka sebab comfy ja.. Siap ada aquarium besaq ada ikan lawa2 kat cafe ni. Rasa tenang tgk ikan2 tu duk berenang dekat dalam tu.




Cantik kannnn kedai dia. One of the heritage building in Penang. 



And bukan jenis nak propa ya.. Kalau aku cakap sedap.. Memang sedap. Those who knows.. Knows... Aku memang jenis lidah hi taste. Kahkahhhhh


See all the foods? πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… 
Salivating pulak dahhh

Ajooommm lah kita tengok dulu menu2 yang kami semua cuba hari tu. 

Drinks


Romantic Yuzu



Gula Melaka Matcha. 



Virgin Mojito



Chocolate Mint Latte



Starters 


Buffalo wings. 
Sedap gilos. Tak puas makanπŸ˜‚


Cheesy Chicken Wings. Sedap berebut. 


Chili Beef Fries. 
 Sedap gilos


Pasta


Chili lime pasta with salmon. One of my favourite.. Nyumss 


Spaghetti Al Limone With Prawn Tempura 


Spicy Seafood Thai Style Pasta 


Chicken, Lamb & Fish Menu



House Special Cheesy chicken chop


Honey Stung Chicken chop. I lioke the white tartar sauce. Sedap makan dengan tartar sauce rupanya chicken chop ni kan. 


This is MY FAVOURITE! 

Salmon with Morrocan Cream. This is da bombbbb.... Something new to my taste bud something new to salmon menu that i ever taste. Selalu salmon ni orang grilled and makan gravy biasa2 ja kan. But this one... Arghhh sedapnya. 


Signature Braised Lamb Shank. 
Lamb shank lovers wajib kena try ok. 


Burgers


Grilled Chicken Burger with Black Pepper Sauce. 


Superstar Beef Burger With Chili Beef. 


Desserts



Bananas Foster French Toast


Chocolate Sundae Special 


Nyummmyyy
 Sedap wuii yang banana tuuuu





Please enjoy my aquarium moment at this cafe. 


For those yang nak mencuba makan dekat sini.. Boleh la ke :


Alamat: 
34, Bishop Street,
George Town, Malaysia 10200

Nombor telefon:
012-405 1784

Waktu operasi:
11:30 AM - 10:30 PM

FB :

IG :







Assalamualaikum

Tudia. Lamanya tak update blog. Busy pundah rumah.. Kemas rumah.. N susun brang2 balik.. Allah saja yang tau bertapa penatnya badan ni.

So kami da officially pindah masuk ke rumah baru kami khamis lepas. Alhamdulillah everything went well. Cuma penat tu Allah ja lah yang tau kan. And banyak hari jugak la tak masak sebab hari tu tong gas takdak. Ni pulak tong gas dah ada bahan nak masak xbeli lagi.

So memang banyak hari jugak la duk makan dekat luaq ni. And paling best bila duk kat area rumah lama aku pernah stay masa zaman keja kat Sumitomo ni.. Location rumah ni best sebab dekat dengan semua tempat yang best2. Nak pi Queensbay dekat... Tesck Extra dekat. Sunshine dekat.. Giant dekat. So kira ok la.

And husband pun ada ajak makan Western food dekat area rumah kami ni. Memng sedap gilos la tempat ni. Recommended sangat2 lah.

Nama kedai ni The Original Mikki Western Cuisine (Sungai Nibong). Kedai dia memang dekat area Sungai Nibong ni jugak la.


Jom tengok menu2 dia. 







Nu menu2 dia.. Harga not bad... Still reasonable bagi aku. 

Ni masa 1st time pi makan... 


Chicken parmigiana utk Ecah... Sedappp.. Dia suka ok. 


Chicken chop utk Adriana 


Laki aku makan fish n chip.. Not bad.. Skit lagi nak masa level dengan Kailis n Cicerello dekat Fremantle... Sedap! 


Onion rings as side dishes. 


Aku order ni haaa... Smoked Duck Aglio Olio.. Nin haaa sedapp gilaaaa... 

And kali kedua kami pi.... Kami order pulakkkk makanan-makanan ni


Bolognese pasta utk Adriana.. Sedap.. Evetho i'm not a fan of bolognese but this one deserve applause 


Coleslaw laki aku order


Ni laki aku punya.. Spaghetti Brocoli Pesto with grilled fish apa ntahhhh... Sedap wehsssss... Memang definitely must try! 


Chicken cordon bleu for Ecah..dalam gambaq nampak tak clear. Tpi sumpaj sedap dari Secret Recipe. Hahhaha


Aku masih setiaaaa.. Order smoked duck aglio olio yg sedap ni.... Aku kannn setiaaa... Lepas ni pi Irama tak kekwat n pedo dah nak order makan Smoked Duck Masaman tu... Kat sini pun boleh dapat Smoked Duck dag.. Hahahhah


Yang nu dia belasah dulu kakak dia punya sebab dia punya cordon bleu sampai lambat.... 


Overall memang sedap gila. 
Harga murah dan berpatutan untuk aku sebab rasa dia sedap2 belaka. Aku sukaaa sangat makan tang ni. Thank God sebab dekat gila dengan rumah baru aku ni. Hahhaha

The Original Mikki Western Cuisine (Sungai Nibong), 
1, Jalan Pantai Jerjak 13, Taman Pantau Jerjak, 
11700 Gelugor, 
Penang


Sapa yang nak pi boleh la waze dekat atas na. 
Dia bukak dari pukul 6 petang sampai 9.40malam ja. Lambat kena tinggai. Depa tak bukak lama2. Aku suka sebab makanan serve pun xlambat. 

Repeat? 

Ehhh of course lah.. Dah la dekat rumah.. Tak payah nak bersesak2... Makanan sedap.. Harga reasonable.. What more can I say? 

Ok la.. Till then. Chiao
.. 




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS