Kali ni nak cerita pasal kedai BBQ Chicken dekat Auto City ni. Ni pun last week punya cerita la kan. Kebiasaannya hari Jumaat hari aku off day dari masak sebab hari tu biasanya aku submit semua order perabot-perabot yang customers order dekat aku. Oh ya, aku memang jual perabot Scandinavian di ig ya. Boleh follow ig aku: @scandi_scandu ya.

Dan macam biasa la bila Jumaat juga biasanya aku lebih suka chill dengan husband and anak-anak lepak-lepak makan. Well..spend quality time gitu. So untuk that time kami pilih yang dekat rumah ja, maka moh le ke BBQ Chicken ni. Ala aku tau soalan yang bermain kat kepala otak korang kan...halal ke dak kan...of course la HALAL. Check sendiri kat website dia ok!

Disebabkan dia antara yang baru buka dekat Auto City ni of course la memang tertarik sangat-sangat nak try kan. Since last year kot nak try tapi tak tertry try pun.

Konsep kedai ni kedai makanan Korea la ye. So ada la makanan-makanan Korea. Moh la tengok-tengok gambar ye.


Credit to google. 
Ni lah dia BBQ Chicken dekat Auto City ye. Memang luas n spacious ya.


Suka interior dia. Kedai pun selesa, spacious n bersih. 


Dah jom tengok nak makan apa ya.




Nak makan yang mana satu? Alamak tak reti pilih.


Nasib ada yang combo..so boleh rasa semua kan..




Ni pulak rice selection.


Pilih apa tu sayang....


Kesian anak mama dah lapaq sampai dah makan tangan sendiri😂😂😂

Jeng jeng jenggggg

Here comes the food......






  
Ni husband kita punya... apa grilled ntah. Ok la not bad. Ada nasi dengan seaweed, chicken grilled n vegies



Mushroom soup ni sedap! Creamy n thick!


Ni aku punya beef bulgogi. 



Beef bulgogi hot stone rice ni rasa dia pada aku so so saja. Maybe sebab aku tak pernah makan beef bulgogi dengan nasi ni..boipren lama i hyun bin ngn junki xpernah ajaq makan ni...so aku macam tak reti nak makan and bagi komen sedap ke tak. Selalu kalau makan bulgogi yang dekat Seoul Garden tu sedap je kan dengan salad tu. Who knows ada lagi sedap dari ni ka kan.




Ni yang quadruple combo tu. Ok la dapat rasa semua ayam goreng korea kan. Bagi aku yang ni sedap! Ada yang satu tu pedas nak mam. 

Masa penyediaan bagi aku nak kata lama tu x la lama sangat kan tapi Aishah pun boleh start buat perangai la kan. Sampai ada sorang apek kekwat ni muda lagi aku rasa dari aku duk kalih-kalih tengok bila Aishah duk bising tu. Dua tiga kali duk kalih tengok and buat muka aku terus angkat kepala tanya kenapa. Ekeleh kekwat nak mampus. Ni mesti sejenis kiasu ingat dunia ni dia yang punya saja n revolve around him saja. Jarang aku nak cari pasal dengan orang tapi kalau dah sampai annoying macam tu and kau taknak bising langsung pergi la makan dekat fine dining ok. Kecoh gila makan dekat BBQ Chicken je kotttt. Eh ter-bawang dan ter-halia pulak dekat sini. Maklumlah hangin-hangin banyak ni kena la makan halia lebih kan.

So orang-orang Penang kalau nak try rasa ayam-ayam goreng Korea tu hampa boleh la try makan dekat sini ya. Ayam goreng dia memang wonderful bak kata Bimbi....makanan-makanan lain tu hampa rasa la sendiri kena ngan tekak hampa ka dak. And please jangan tanya aku lagi HALAL ka dak tau..sebab aku dah mentioned awai-awai tadi kedai ni HALAL ya. Hampa was-was hampa punya pasaiiiii...hahahha

Cari alamat kat internet tak jumpa pulak. So aku petua ja lah ya. Hampa cari KFC Auto City, BBQ Chicken ni setentang ja dengan KFC and sebelah ja dengan Old Town White Coffee Auto City. 

Oklah...chowwww







SHARE 22 comments

Add your comment

  1. mcm best. blik penang nnti nk kena try

    ReplyDelete
  2. ntah nyer. ada ke signage kata tak boleh bising ke hape ke?
    standard la budak kecik kan. kekwat sgt!!!
    kat melaka ni kan tak byk kedai makan korea. ada pun aida tak berani masok since takde signage halal.
    teringin nak rasa makanan korea.
    iye la, lom pernah ke korea kan hi hi hi hi

    ReplyDelete
  3. Alaaaa...kat KL takde ke..akak suka je makanan Korea..kat KL area opis akak ni ada je restoran korean tp penuh hari- hari..lama nak tunggu turn...erm..kena pi Penang la macam ni...abaikan je apek tu..bukan apa...kita bayar kot..bukan datang makan free..

    ReplyDelete
  4. Kat Penang ke...bolehlah pergi kalau pergi cuti sana.. best tgk menu yang ada.

    ReplyDelete
  5. selalu gak outing ke penang boleh la singgah pas ni

    ReplyDelete
  6. Hahahaa... fokus ma anaknya mba (gagal fokus). Udah lapar banget sampai makan tangan sendiri hehehee.... nice day ya

    ReplyDelete
  7. Huarghhh bestnya makanan diaaaa korean food memang fav sangat ni
    Kena ajak husband pergi cuba

    ReplyDelete
  8. u should try mushroom soup dgn roti tu sumpah sedap! my fav!

    ReplyDelete
  9. Kawan-kawan Rawlins ramai yang suka makanan Korea nie, especially ayam goreng. Tapi Rawlins takde la nak masuk sangat makanan Korea nie. Hehe. Bukan la extreme suka - nak merasa takde hal. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah...rawlin kita geng..korean food not really my kind of food...but their fried chicken taste good...hahaha

      Delete
  10. I've tried BBQ Chicken before the chicken is really finger lickin good! I always recommend this place to my friends who love korean food.

    ReplyDelete
  11. Pernh mkn BBQ chicken ni.. Feel2 mcm kt Korea hehe tp outlets terdekat dh tutup nasibaik kt area opis ada outlets yg dkt

    ReplyDelete
  12. Aduiii kenapa la malang bertimpa-timpa ni T_T
    Dari tadi kita scroll fb, nampak makanan. Blogwalking pun, asyik keluar gambar makanan jugak..terliurnya seorang ibu yang sedang masih dalam pantang ini oii~

    ReplyDelete
  13. Liez tak pernah cuba lagi bbq chicken ni.. tp bila alia tunjuk gambar ayam2 dah terliur

    ReplyDelete
  14. Lamanya tak p makan di Auto City..dedulu masa study mesti makan di Auto City..seronokkkkkk makan situ, banyak pilihan restoran :D

    ReplyDelete
  15. sampai sekarang ni tak pernah rasa lagi makanan korea. ramai suruh cuba. sedap katanya

    ReplyDelete
  16. ayam ayam korea ni tengah trnd-in skang ni kan..takde yg gulung-gulung dgn cheese ke kat sini? hehe

    ReplyDelete
  17. Ye dah tau ianya HALAL. hahaha. Btw, kita certain Korean food je boleh makan. Menu kat sini dah ada rase melayu sikit or memng Korea sgt makanannya?? Hehe Kita pi Penang nanti, ajak kami pi naaa.

    ReplyDelete
  18. ehhhh BBQ chicken masih ada? Alia kalau nak tau, first restoran ala-ala ayam goreng korean yang masuk Malaysia dan pertama kali ruby cuba ayam pedas tu adalah BBQ Chicken ni la. Ya allah mengalir air hidung makan ayam pedas tu. Hahahah. sedap kan?

    ReplyDelete
  19. Awwwwww sedapnya ayam2 tu. Ditabur2 bijan nampak menyelerakan sangat. First time dgr nama restoran nie. Mungkin boleh cuba lepas nie.

    ReplyDelete
  20. I always passed the shop but no chance to try it. Can smell the nice aroma of the chicken. The menu looks so tempting. Next round I want try it.

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS