Tak sedar dag tengah bulan 4 dah and tak lama lagi dah nak masuk bulan posa oiiii. Sat sangat rasa jarak tu kan. Macam biasa la bila dah dekat nak puasa dekat blog pun akan ada review utk Ramadan Buffet la kan. And kali ni tak lain tak bukan dekat Lexis Suites Penang.

Cerita dia baru ja check out dari Lexis Suites Penang, keesokkannya tu pulak pi review buffet ramadan depa pulak. Sapa nak baca pasal review bilik dekat Lexis Suites Penang boleh baca dekat SINI

Untuk tahun ni, tema tahun ni adalah BAZAAR RAMADAN, AUTHENTIC MALAY AND ARABIC CUISINE. 




Lexis Suites Penang menawarkan lebih kurang 100 jenis juadah berbuka sempena Ramadan yang bakal menjelang tak lama lagi. Baik hidangan tempatan dan antarabangsa seperti pelbagai jenis ulaman, kerabu, kuih-muih, lauk-pauk masakan Melayu, hidangan sashimi, suo gearbox, nasi Arab seperti Nasi mendy, kebab Dan kambing golek dan tak ketinggalan juga kuih raya. 

Nak cerita pasal juadah yang ditawarkan ni banyak gila kot. Kalau nak buat list sampai 100 tu memang haiii lebam la jari-jari aku nak type kt fon ni ha. (oh well.. Aku sejenis manusia update blog thru fon saja ya) 

Jom la jamu mata hampa dengan gambar-gambar juadah yang disediakan. Minta maaf kalau ada yang tengok gambar time tengah puasa.   Mohon jangan dicarutkan diri ku ini ya. 


Aneka ulaman, sambal Dan macam-macam lagi. 


Pulut kuning, lemang, putu mayung dan putu poring. 


Aneka kurma, kerabu Dan gado-gado


Selection of fruits. 


Bahagian lauk pauk Melayu. 


Aneka lauk pauk Melayu


Aneka lauk pauk Melayu


Ayam tandoori, chapati  ekor lembu bakar, mee udang


Mee udang corner. 


Pencuci mulut. 


Japanese Corner. Ada sashimi, tako, sushi, oden. 


Bubur lambuk. Sedap gila hokey Bubur lambuk depa ni. Sate pun sedap. 


Kambing golek and sup gearbox. 


Arabic corner. Nasi kabsah, nasi mandi Dan kebab. 


Kambing golek menu wajib ada dekat Lexis Suites Penang ni ya. 



Aneka kuih muih. 


Terliur pulak tengok dessert dia. 


Aneka kuih raya. 



Air pun meriah. 


And paling win this gulai kawah anak lobster. 



Thank you Lexis Suites Penang for having us. 



My first round. 


Penuh meja. 


Lexis Suites Penang akan mula menghidangkan buffet Ramadan bermula dari 6 May 2019 hingga 5 Jun 2019 dari pukul 7pm - 11pm. Fuhh lama kan. Selalunya buffet Ramadan ni last call selalunya pukul 10 kot. Tapi kat Lexis Suites Penang ni extra 1 hr OK. 

And don't worry dekat Lexis Suites Penang ni surau ada kat tingkat 3 OK. So senang la kita nak perform solat Maghrib kan. Sapa  kata bukak posa kt luaq takleh nak solat kan. No excuse to that. 

Harga untuk Ramadan Buffet ni adalah RM98 nett untuk dewasa Dan RM68 untuk kanak-kanak / warga emas. Tapi kalau hampa nak murah jangan lupa opt for early bird vouchers. Harga untuk early bird cuma RM60 nett per adukt Dan RM48 nett per child / senior citizen. Dapat jimat banyak tu wei. Untuk yang early bird promo ni hampa kena beli awai2 ya.. Start dari sekarang sampai 20hb April SAHAJA ya. Diulang sampai 20 April SAHAJA. Jngan lupa guna QR CODE yang ada dekat bawah ni Dan key in promo code LSPRAMADHAN1



Kalau hampa terlepas untuk beli yang early bird ni, hampa boleh beli untuk harga RM80 nett per adult dan RM68 per kid/senior citizen dari 21th April til 5th of May 2019. Still boleh jimat jugak kan. Voucher boleh digunakan sepanjang bulan Ramadan ya. And setiap RM2 hasil jualan vouchers ni akan disumbangkan dinrumah anak yatim yang dipilih. 

And tak kurang juga Lexis Suites Penang  ada juga buat untuk Hari Raya Celebration pads 5th-6th June untuk buffet lunch bermula dari pukul 12.00pm-3.00pm. Harga untuk Hari Raya. Celebration lunch buffet adalah RM89 nett per adult Dan RM60 per kid/senior citizen. 

Good news for in house guests, untuk Ramadan Buffet kornag boleh Dapat harga  RM80 nett per adult Dan RM58 nett per kid/senior citizen. Manakala for Hari Raya Celebration lunch buffet , in house guest entitled untuk Dapat price RM68 nett per adult Dan RM50 nett per kid / senior citizen. 

For enquiries and reservations, jangan lupa contact 04-628 2888 or email to 
reservations@lexissuitespenang.com / fbc@lexissuitespenang.com

Lexis Suites Penang  
28, Jalan Datuk Kumbar, 
11920 Bayan Lepas, 
Pulau Pinang
04-6282888